Pages

Tuesday, October 20, 2009

Bajet Berhemat 2010

Baru beberapa jam lepas, ana minum dan makan bersama Cikgu Ibrahim Taigo. Memang sebelum ini pernah bertemu singkat semasa saya ke sekolah beliau untuk tugas rasmi. Tapi kali ini, suasananya belainan kerana kami dapat berbual panjang dan Sdr Ibrahim telah menjamu saya sebagai tetamu. Terima kasih banyak . Ana canggung untuk kerumah beliau kerana jarak masa terpisah telah membentuk satu identiti yang mungkin berbeza dari zaman kana-kanak dengan terkini sekarang ini. Seharusnya jumpa temu itu akan mengeratkan siraturrahim dan semestinya memberi kebaikan,.. insyaallah.
Lupakan seketika janji temu yang singkat seketika. Berbalik kepada cerita bajet 2010, dalam 2 hari lagi, 23 Okt ini rakyat akan dibentangkan dengan agenda belanjawan tahun depan. Sejauhmanakah rakyat kebanyakkan menyediakan telinga mereka untuk mendengar semua itu. Sefaham manakah kita golongan umum ini menganalisa apa yang akan disampaikan oleh menteri kewangan kita. pandaikah kita menilai dengan mendalam terhadap terma-terma ekonomi yang diutarakan. Atau kita bertindak sebagai pendengar tanpa penghayatan mendalam. Katanya bajet kali ini merupakan bajet berhemat yang akan memberi impak kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar. Sejauhmana kebenarannya, kita tunggu petang Jumaat ini. Tambahnya lagi, kerajaan akan berusaha mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah di luar bandar dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan sewajarnya serta lain-lain yang sentiasa menjadi tanda tanya.
Apa pun kita sama-sama tunggu apa yang akan berlaku pada jumaat ini. Sama-samalah berdoa agar kesejahteraan yang wujud selepas bajet dan bukannya kesengsaraan. Insyaallah berkat kebijaksanaan pembuat dasar, kita tidak akan menjadi golongan terpinggir.
Penjawat Awam... tunggu pengumuman bonus!

Monday, October 19, 2009

Ketemu rakan SMSJ77

Kadang-kadang hidup ini tak ada kepastian halatuju. hanya keyakinan yang membolehkan kita lebih stabil dalam emosi . Perbandingan pencapaian atau perbandingan material hanya memberikan tekanan dan tidak memberi faedah dalam hidup kita.
Setelah sekian lama, hampir 32 tahun, barulah kini dapat menerima dan mendengar khabar rakan sebaya yang sama-sama mengaji di Kluang dulu. Itulah yang jadi masalah besar ana, bila dah mula susah nak berhenti. Memang dah lama ana tahu pasal blog tersebut, Sdr Dr Lokman dah maklumkan mungkin setahun yang lepas tapi buat tak kisah ajer. Akhir-akhirni ada satu dua rakan yang contact dan minta ana buka blog tu. Apapun blog tersebut telah membuat ana tak lekang untuk melayarinya demi semangat ingin tahu dimana rakan semua berada setelah 32 tahun berlalu.
Perasaan tenang dan senang sekali bila lihat ramai rakan yang masih ingat antara satu sama lain dan tak kurang juga maklumat ada rakan yang dah bermenantu, kejayaan serta kesedihan bila dimaklumkan ada rakan kita yang dah pergi meninggalkan kita semua. Moga niat dan kerja murni itu dapat diteruskan khasnya buat Sdr Alimor yang rasanya tidak jemu-jemu menjejaki rakan-rakan kita tu.
Insyaallah segala kerja kita akan diberkati.

Thursday, October 15, 2009

Bermusafir di Segamat

Baru sekejap tadi berbuka puasa 6 hari yang akhir. Kononnya esok raya. Dah masuk hari ke 26 Syawal baru nak habis . Mungkin teringat makan lebih banyak dari ibadat. Harap-harap semakin senja menjelang ni, perangai turut berubah ikut peredaran masa. PMR untuk Amar pun dah tamat, serabut kat kepala ni dah bertambah kurang, cerita-cerita pasal perebutan JK Angkasa negeri pun dah kurang didengar. Yang tinggal mungkin pasal Cuti Sekolah dan Cuti Semester yang akan menjelang November ini. Adalah sedikit aktiviti yang dirancang, tapi tak tahu samada jadi atau pun tidak. Yang penting ada perancangan. Ikut kata Uztaz yang ceramah atas bus semasa melancong ke Aceh tempohari, bermusafir ni banyak hikmat dan kebaikkannya. Sebab itulah ana dan keluarga biasanya akan bermusafir seketika pabila cuti sekolah. Tempatnya biasa-biasa saja...

Tulisan ni mungkin merapu sedikit, tapi tak apalah asalkan ana dapat coretkan sesuatu untuk ana, isteri dan anak-anak serta rakan-rakan membacanya. Duk Segamat ni, kalau tak kena cara memang membosankan. Tapi ana selesa sebab beban kerja kat sini ringan sangat. Hari ni saja tak sampai 30 pengunjung ke kaunter kami untuk dapatkan perkhidmatan. Puratanya, 1 pelanggan setiap 15 minit. Alangkah seronoknya. Tapi, kadang-kadang tak ada cabaran lansung, kadang-kadang ada juga keadaan yang tak menang tepis dibuatnya.

Satu lagi, syoknya ana kat sini sebab cuacanya berbeza dengan bandar lain. Kelilingnya banyak estate dan hutan. Selalu juga hujan dan paling seronok selalu ada kabus waktu pagi. Mana nak ada kat Melaka ker atau Muar. Kalau hari berkabus, ana akan cepat ke ofis sebab nak menikmati keadaan yang jarang sekali ada ditempat ana. Perasaan macam kat Cameron Hingland...lama dah tak pergi tu!. Kadang -kadang hingga jam 8 pagi baru kabus hilang.

Apapun, hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Ana hanya rasa... Bermusafir di Segamat, Bermastautin di Melaka ...sampai biler yer ?









Suasana Segamat waktu pagi...

Tuesday, October 13, 2009

Teacher LindaCoop Terpilih Ahli JPN Melaka

Tahniah diucapkan kepada isteri ana, Teacher LindaCoop yang telah terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka dalam mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Negeri Melaka petang tadi. Dengarnya, isteri ana ni mendapat undi tertinggi mengalah 5 calon lain dengan 173 daripada 199 perwakilan memilih Teacher LindaCoop . Syukur alhamdulillah... mudah-mudahan segala kerja amal bakti ini yang sentiasa mendapat perkenan ana dan akan diberkati. Tahniah juga buat Cikgu Jamal dari Koperasi SMK Tun Perak yang turut terpilih buat kali pertama.

Apapun, ianya adalah satu tanggungjawab yang perlu digalas. Insyaallah ana akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi pada isteri ana ni untuk meneruskan jatuh bangun di dalam koperasi . Teringat sebelum ke Mesyuarat pagi tadi, isteri ana tanya, samada mendoakan kejayaannya... ana kata , apa saja keputusan yang dapat adalah ketentuan Allah yang maha kuasa dan kita terima saja. Alhamdullillah, kejayaan memihak padanya.

Tahniah sekali lagi... Ana... asalkan dapat ke Vietnam, cukup lah, tak lupa juga ke Singapore...

Monday, October 12, 2009

Tahniah buat Bang Long Jazmi

Sempena sambutan Hari Lahir TYT Yang DiPertua Negeri Melaka, sekali lagi pengiktirafan kepada Bang Long (anak yang tua) ana, Tn Hj Jazmi Baba diberikan dengan pengurniaan Bintang Khidmat Terpuji (BKT). Majlis telah berlansung pada Sabtu lepas 10 Oktober 2009. tahniah diucapkan . Sdebelum ini bang Long ana ni telahpun dikurniakan Pingat Bakti Masyarakat (PBM) dan Pingat Jaksa Kebaktian(PJK) juga dari TYT Negeri Melaka.
Ana sekeluarga ingin merakamkan rasa syukur dan kebanggaan yang tidak terhingga kepada Bang Long Jazmi khususnya dan keluaraga beliau amnya atas pengurniaan pingat ini. Lahir bukan minta disanjung, Jasa bukan untuk dikenang, Berpolitik pun jauh sekali, hanya Perkhidmatan menjadi taruhan. Beliau kini berkhidmat di Pejabat Daerah Melaka Tengah, Melaka.
Moga pengorbanan bakti beliau akan menjadi contoh kita semua.

Saturday, October 10, 2009

Bila Gaji Dibayar Awal

Penjawat awamlah paling bertuah dinegara kita ni .. mankan tidak, gaji dibayar belum pun habis sebulan bekerja. Gaji bulan September telahpun dibayar pada 10 Sept lepas kerana Hari Lebaran jatuhnya pada 20 September dan kali ini gaji Okt juga telah dibayar pada 8 Okt lepas kerana sambutan Depavali pada 17 Okt ini. Bertuahlah kiter jika sebagai penjawat awam. TQ juga kepada pemerintah yang perihatin tentang gaji ni, walaupun mereka tahu bahawa gaji itu untuk perbelanjaan bulanan dan kini ditambah pulak dengan belanja perayaan..
Apa yang ana nak cerita ialah apabila gaji November yang akan diterima oleh kiter 47 hari selepas terimanya gaji Okt ini. Ana yakin rata-rata rakan kita dahpun membelanjakan sebahagian malahan mungkin hampir habis gaji Sept sepanjang Hari Lebaran tempoh hari. Gaji Sept yang sepatutnya dibuat belanja dalam bulan Okt ni munggkin dah pun habis sebelum waktunya.
Manakala gaji yang baru kita dapat 2 hari lepas iaitu 8 Oktober seharusnya adalah untuk belanja bulan November . Jika telahpun mengeluarkan sebahagian darinya untuk menampung belanja bulan Okt ni sendiri, maka kita bersedialah dengan kesempitan apabila memasuki bulan November nanti. Manakan tidak, kita perlu menunggu hampir 47 hari untuk menerima gaji berikutnya. Ana memang gemar mengikuti perkembangan pengguna khasnya penjawat2 awam ni. Sebab, kadang-kadang rakan-rakan kiter ni lansung tidak dapat merancang dan akhirnya tersepit pada pertengahan jalan. Mulalah nampak muka moyok, tidak ceria, tidak ingin turut serta dalam aktiviti melibatkan perbelanjaan dan sebagainya. Emosi mula berubah dan macam-macam lagi. Ana ceritani bukannya apa, sebab ramai rakan ana yang semacam itu dan sungguh menyedihkan. Mulalah tel sana sini , gosok belakang rakan ,cakap baik-baik rupanya nak mintak tolong dapatkan sedikit bantuan sebelum hari gaji tiba.
Apapun, bagi rakan yang baik hati ni, tolong juga kerana tak sampai hati. Tapi kadang-kadang saperti melepaskan kaldai tersepit, bila susah minta bantu, bila dah dapat gaji buat tak tahu, muka pun macam muka 10 sen bila jumpa kita. Doakanlah rakan-rakan kiter ni berubah demi untuk masa depan mereka sendiri.
Ana juga pernah menjadi mangsa keadaan ini....

Wednesday, October 7, 2009

Selamat Menduduki PMR Amar & Aiman

Moga tabah menghadapi peperiksaan PMR yang bermula hari ini 7 Oktber 2009 dan dijangka selesai minggu hadapan. Harap keduanya tidak gusar. Jawablah dengan tenang dan mulakanlah sesuatu dengan Bismillah....Insyaallah kedua kalian akan mendapat kejayaan .
Bagi seluruh keluarga, sama-samalah kita doakan kejayaan mereka.

Tuesday, October 6, 2009

Amar Seri Tanjong menduduki PMR 2009

Baru sebentar tadi buka dan baca blog Farah Hanani, anak saudara yang berada di Putra Jaya. Banyak juga imformasi didalamnya.. tahniah..
Dalam kesibukan menjalankan aktiviti harian, dah sampai masanya Amar akan menduduki PMR mulai 7 Okt ni. Mudah-mudahan berkat usaha yang nampak gigih tu akan membuahkan kejayaan, Insyaallah. Walaubagaimanapun, masih belum terlambat untuk mengukuhkan keyakinan dan keazaman agar persediaan lebih mantap tanpa ragu.


Moga Amar cekal menghadapi ujian ini dan ayah ,mama serta keluarga mendoakan kejayaan Amar demi masa depan Amar dan keluarga sekeliannya. Banyakkan solat dan doa, itulah sahaja senjata orang mukmin setelah berusaha.
Selamat menduduki peperiksaan PMR buat Amar Harris

Friday, October 2, 2009

Bila Padang Menjadi Pilihan

Jika itulah pilihan mahakuasa, tak dapat kita menolaknya. Ketentuan darinya mengatasi segala. Gempa dengan kekuatan 7.9 pada sekala richter telah meranapkan sebahagian besar Padang. Padang yang pernah ana jejaki 2 hari selepas PRU 2008 lepas, memberikan kenangan pada ana. Ana cuba juga SMS pemandu pelancong yang kerap berutus SMS hingga sekarang tetapi masih belum ada berita . Mungkin semua rangkaian telekumunikasi masih belum pulih sepenuhnya. Mudah-mudahan rakan ana itu selamat dari malapetaka yang dasyat ini.


Padang yang rasanya hampir 100% muslim . Masjid dan mousalah berada saling dekat antara satu sama lain. Difahamkan , penduduknya patuh pada ajaran Islam sejak dahulu lagi. Disanalah lahirnya Pak Hamka yang terkenal itu. Ramai kalangan pemimpin lampau kita mengaji ugama di Padang mahupun Bukit Tinggi. Sebuah poster kempen yang masih ana ingatlah Kempen atau Program Solat Suboh Berjemaah yang dianjurkan oleh Gebenor Provinci Padang. Walaupun nampak macam tak sampai kepemikiran kita, namun ada kelainannya. Mudah-mudahan jejak langkah yang sama diikuti oleh pemimpin kita disini.


Padang yang cantik dan aman itu telah punah menyembah bumi. Terletak menghadap ke Lautan Hindi dan bandarnya tidaklah segawat Jakarta atau Medan atau Bandung. Penjual jalanan juga sukar ditemui disana. Apapun semuanya tinggal kenangan sahaja bagi kami. Insyaallah, kalau diberi kesempatan kami ingin melawat Padang sekali lagi. Moga apa yang menimpa keatas umat Padang akan menjadi pengajaran dan ikhtibar buat kita semua.

Antara gambar kenangan kami ....







Dihadapan Rumah Gadang Minangkabau











Pak Zam, pemandu palancong bergambar kenangan
bersama isteri ana Teacher LindaCoop

Monday, September 28, 2009

Tsunami Yang Semakin DiLupakan

Segala apa yang ada didunia ini adalah hak Allah, kekuasaannya dan dialah penentu segala kejadian. Begitulah yang terjadi di bumi Aceh Darussalam, bumi bertuah Indonesia yang begitu lama bergelumang dengan kancah kedidaksetabilan politiknya sehinggalah tsunami berjaya menyatukannya. Alhamdulillah... begitulah serba sedikit cerita yang kami dengar sewaktu mengadakan lawatan singkat kebumi Aceh .
Sesampainya kami di Lapanganterbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda, rombongan kami seramai 26 orang disambut mesra oleh pemandu pelancong yang menunggu. Dari kemesraan yang ditunjukkan , jauh sekali menggambarkan keadaan yang digembar gemburkan oleh media Indon tentang Malaysia yang kononnya meniru tarian Bali sehingga sanggup melontarkan slogan Ganyang Malaysia. Rombongan kami dibawa ke rumah makan untuk makan siang sebelum kami dibawa ke Hotel Lading, Banda Aceh untuk menginap.

Tak banyak hiburan dihidangkan kepada penduduk mahupun pengunjung disana. Kami cuba juga untuk mendapatkan khidmat urut tadisional wanita atau pijit dalam bahasa Indonnya, tapi menghampakan kerana pakar urutnya masih bercuti lebaran. Boleh dikatakann 100% wanita di Aceh mengenakan tutup kepala atau bertudung semasa ditempat awam. Masjidnya membanggakan, besar dan cantik . Dan yang paling menyentuh perasaan saya ialah masjid menjadi tempat rekreasi keluarga disiang hari . Solat menjadi keutamaan orang Aceh.
Satu lagi yang membuat saya teruja ialah rupa paras mereka tidak saling tumpah saperti kita disini. Bahasa dialeknya pun tidaklah sepekat orang Pulau Jawa atau Medan. Kalau sekali lihat, tidak dapat dibezakan antara orang kita ataupun Aceh. Semasa kami membeli belah bersama rakan, setelah sekian lama kami dikedai pakaian, kami telah ditegur oleh orang Aceh yang gagal mengenalpasti kami samada orang Malaysia atau Aceh dan akhirnya kami berbual mesra saperti telah lama kenal satu sama lain.

Tsunami telah banyak merubah keadaan di Aceh. Setiap kejadian, mungkin dianggap musibah oleh manusia tetapi mempunyai hikmahnya disisi Allah. Kejadian yang melanda Aceh juga pesisir pantai Kedah dan Pulau Pinang di negara kita, memberi seribu satu makna bagi kita yang masih hidup ini. Perginya disebabkan tsunami bukan bererti pembalasan atas perbuatan mereka, dan bagi kita yang masih diberi nafas untuk hidup ini belum pasti tidak menerima pembalasan dihari kemudian. Kewajaran kita mengambil iktibar dari kejadian tsunami amatlah dituntut. Manakan tidak, kawasan disekeliling Masjid Rahmatullah, ranap menjadi padang jarak padang terkukur, namun masjid tetap berdiri teguh. Kapal yang begitu besar dan berat boleh terdampar didaratan sejauh 4.8 km dari pantai. Bot Nelayan yang tersangkut dibumbung rumah dan sebagainya.
Apapun lawatan kami selama 3H 2M bermula 25 - 27 September 2009 ini sungguh berbaloi dan dipenuhi dengan rasa keinsafan. Berdoalah kita agar kejadian tuhan yang azab itu tidak berlaku di negara kita. Hanya keinsafan boleh mendidik kita menjadi insan sempurna.

Sebelum kami berangkat pulang, kami sempat melawat Sekolah Anak-anak yatim dipinggir Banda Aceh . Sebelum kami kesana, kami sempat membeli kuah mueh raya yang masih ada dijual digerai tepian jalan. Alangkah seronoknya kami bila melihat Dodol, karas, kueh goyang, pisang salai, wajik sirat dan bermacam kerepek serta baulu saperti ditempat kita dapat dinikmati disana. Sahlah fakta sejarah mencoretkan bahawa kita serumpun dan mempunyai kaitan tersendiri sejak zaman silam lagi. Sedikit sumbangan diserahkan ke Sekolah Anak yatim sebelum kami dijamu menggantikan Makan Siang oleh pihak sekolah tersebut.

Tsunami yang melanda Aceh antara jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang pada 26 Disember 2004 telah merubah sosioekonomi serta politik Aceh. Kini Aceh kekal makmur dibawah Jakarta dan 85% perwakilan GAM telah memenangi PEMILU baru-baru ini. Tidak silaplah fakta sejarah GAM menuntut merdeka kerana rata-rata rakyatnya menyokong perjuangan GAM. Begitulah serta sedikit cerita yang telah diceritakan oleh pemandu pelancong kami. Moga ramai rakan-rakan kita akan teringin ke Aceh untuk mengambil iktibar dari kejadian tersebut. Wallahwa'lam.....












Begitulah serba sedikit coretan yang dapat dimuatkan semasa kami menyertai rombongan NGO Barisan Bertindak Perpaduan Melayu bersama NYDP Angkasa. Moga catatan ini akan memberikan kedaran kepada ana dan pembaca sekelian.

Sunday, September 20, 2009

Ketupat dan Rendang Raya





Belajar membuat ketupat.....




Biasanya tiapkali raya, ketupat dan rendang tak pernah tinggal, pendekata sehari sebelum raya sehari suntuk duk buat dan masak ketupat yang hampir mengambil masa 3 1/2 jam. Begitu juga dengan rendang, dari cair secair air hinggalah sepekat sampai lenguh tangan mengacaunya dikuali. Tiap tahun ana beraya di rumah mertua bapa Teacher LindaCoop, anak yatim piatu apakan daya. Tapi apapun persedian dan sambutan raya tetap meriah sebelum ana balik kekampung kelahiran ana untuk hari kedua. Yang menariknya rayani, anak ana berjaya menganyam ketupat tradisi kita buat kali kedua. Semakin pandai dan cekap.. Harap-harap tak lupalah untuk dibawa ketahun hadapan dan harap-harap juga yang lain akan cuba sama termasuklah anak-anak buah isteri ana nani, Ashraf, Saufi dan Aiman. Apapun kami seronok sama-sama menyediakan juadah untuk berbuka hari terakhir ramadhan dan sambutan Hari Raya 1430 H
Selamat Hari raya AidilFitri....

Thursday, September 10, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Batin khususnya kepada Ibu Mertua dan Bapa Mertua (ibu bapa Teacher LindaCoop) , saudara mara terdekat, rakan-rakan seperjuangan yang jauh atau yang dekat dan tidak ketinggalan juga kepada semua pembaca blog ini.

Moga kehadiran syawal ini akan memberikan kita semangat untuk lebih beramal dan berbuat kebajikan.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN....

Jangan lupa tunaikan tanggungjawab dengan membayar Zakat Fitrah.
Jumpa lagi selepas Aidil Fitri.

Dari kami sekeluarga;

Hj Hamzah Baba, Hjh Norhalinda Yunos, Aqmal Hisyam Hamzah, Amar Harris Hamzah, Aslam Hadi Hamzah

Friday, September 4, 2009

UPSR 2009


Alhamdulillah dah 14 hari kita menjalani ibadat puasa, moga keberkatan makin bertambah, keyakinan makin menebal, doa yang insyaallah termakbul. Anak-anak kecil tabah mengharungi puasa, gembira masa berbuka. Begitulah semangat dan kesungguhan, yang pasti hari lebaran menjelang tiba. Anak-anaklah paling gembira, ibu bapa belum tentu, silap-silap sengsara selepas raya.

Selasa depan, 8 September hingga Khamis 10 September, anak-anak tahun 6 akan berhadapan dengan halangan pertama alam persekolan , periksa UPSR. Sekolah Acam TES pun tidak terkecuali. Ana, selaku Pengerusi PIBG, mendoakan semoga sekolah pujaan ana ni berjaya meningkatkan prestasinya. Mudah-mudahan sempena peperiksaan dalam bulan puasa ni , lebih tenang dan senantiasa dalam pertolongan Allah. Gangguan syaitan rasanya tak ader, yang ada mungkin nafsu nak makan sebab lapar dan dahaga, maklumlah kanak-kanak.. Apa pun ana doakan kejayaan untuk semua. Along UTeM pun dulu masa ambil PMR dalam bulan puasa, keputusan membanggakan, masa SPM dah malas sikit... jadi, yang penting adalah USAHA, DOA dan TAWAKKAL...

Acam TES akan ambil UPSR tahun 2011.... lama lagi tuuu..

Tuesday, September 1, 2009

PKH Segamat genap setahun



Pada 20 Ogos lepas iaitu 2 hari sebelum menyambut Ramadhan, satu perasmian 'gilang gemilang' untuk PKH Segamat telah dilaksanakan. Sederhana tetapi tetap meriah mengikut citarasa ketua. Terima kasih bagi yang terlibat dan kalau ada lagi pun adalah Perasmian LHDNM Cawangan Segamat yang mana rasanya ramai kalangan pekerja dah pun meluruskan kaki dan tangan dikedai kopi atau bermunajat di masjid ataupun dah berpindah kedunia lain. wallahwa'lam.


Pelbagai suasana dan keluhan terasa. Ada yang pahit, ada yang manis.. suka dan duka, malas dan rajin, ambil tahu dan buat tak kisah, bertanggungjawab dan lepas tangan, riang dan duka, jujur dan curi tulang, beria dan sambil lewa dan pelbagai suasana dapat disaksikan....


Moga PKH Segamat ceria selalu...

Sunday, August 30, 2009

Setelah 9 hari berpuasa

Hari ni dah masuk hari kesembilan umat Isalam berpuasa, alhamdullillah nampaknya semua steady. Anak terkecil pun tak mengadu dahaga atau lapar. Walaupun kadang-kadang cuaca tak menentu, mereka semua bersemangat untuk bangun sahur dan mengikut ana ke surau untuk solat sunat tarawikh. Biasanya bila sampai kepertengahan puasa, minda kita juga dah jadi biasa dengan keadaan. Lapar dan dahaga dah tak begitu terasa. Yang penting hati dah tak tenang sebab teringatkan raya yang semakin hampir. Terfikir mungkin baju yang tak beli atau belum siap ditempah, kueh mueh hidangan istimewa raya yang belum dibuat atau dibeli dan macam-macam lagi yang perlu difikir terutama dek orang sebelah kiter. Tapi isteri ana, Teacher LindaCoop tak macam tu, kalau sibuk pun hanya sekadar menyediakan juadah berbuka untuk kami sekeluarga. Macam-macam keinginan tercetus dikepala yang kadang-kadang tercapai hajat atau sebaliknya.
Ada rakan ana kata, mungkin kalau tak ada si hawa di atas muka bumi ni, rasa rasanya tak seronok. lebih extreame lagi ada yang kata kalau tak ada perempuan, mungkin tak ader raya. Betul ker ? Tahu ajerlah kalau harapkan mamat , buat tak reti ajer. Hari biasa atau raya sama saja. Bukan niat ana nak komen kaum hawa tu, tapi begitulah fe'el nya setiap kali menjelang syawal. Tentu sekali gelagat begini begitu dominen dan tak boleh dinafikan. Kiter saperti ana, jangan pulak tidak menimbang lansung semua idea yang dilontarkan, kadang-kadang ader juga yang baik dan boleh pakai. Ikutkan saja asalkan tindakan tidak mengatasi perasaan dan yang paling penting tidak menimbulkan sebarang tekanan. Ada pula rakan ana kata, setiap kali hari terakhir berpuasa, bukan teringat nak takbir raya sebelah malamnya, tak dok mengomel ada perkara lagi yang belum siap, belum beli, belum pasang, belum ambil dan sebagainya.
Apapun tiap tahun kita akan menyambut syawal dan pastinya syawal tetap ader walaupun kita sudah tiada dimuka bumi ini.
Selamat Berpuasa dan jangan lupa untuk membayar zakat fitrah...untuk Negeri Melaka kalau tak silap RM 6.30 seorang.