Pages

Wednesday, July 21, 2010

Sakit Tidak Mengenal Usia


Minggu lepas, satu lagi ujian untuk ana dan isteri ..Amar menjalani pembedahan tonsilnya yang telah sekian lama tidak diendahkan. Alahamdulillah, semua berjalan lancar dan tak ada komplikasi sepanjang pembedahan berjalan. Selama 2m 3h berada dihospital, Amar lega dengan apa yang laluinya dan kini selesa makan dan minum tanpa tonsil..moga Amar cepat sembuh untuk mengikuti persekolahannya saperti biasa. Apapun ana bersyukur kerana semuanya selamat dan semua yang berlaku ada hikmahnya, hanya mahluk saja sering mempertikaikan atas sebarang perkara yang menimpa dirinya...

Moga semua ini akan menjadi pedoman dan pengajaran kita semua. Kadang-kadang ujian itu terlalu kecil tetapi menjadi terlalu susah bagi kita. Kadng-kadang yang berlaku itu terlalu berat bagi yang melihat tetapi ringan bagi kita. Berdoa, berusaha dan tawakkal itu sebaik-baik perserahan...wallahwa'lam

Persediaan sebelum pembedahan..macam takut jer !!!



Sebelum masuk kebilik bedah...berdebar -debar tu !
Pada selasa lepas 20 Julai, ana sempat ke majlis perpisahan Boss Negeri Johor tempat ana cari makan..dalam majlis tu yang berprestasi cemerlang turut terima sijil..antaranya Sdr Mahyudin ...syabas!