Pages

Wednesday, February 17, 2010

Panggilan Pulau....

Alhamdulillah, dipanjangkan usia dapat bersua temu kita lagi selelepas rakan-rakan tionghua kita baru saja lepas menyambut tahun barunya. Keselesaan kita lebih terasa pabila tempoh cuti yang agak lumayan. Bagi yang menyambung cuti tanpa sebab, mungkin ada lebih banyak masa untuk melahu, tapi yang ada kerja tertentu, mungkin ianya akan beres.
.
Kesempatan ini juga begitu bermakna bagi ana. Akibat isteri ana Teacher LindaCoop yang gemar sangat membaca majalah Libur menyebabkan ana kalut mengatur acara untuk percutian pendek yang tak dirancang lansung. Kali ini arahtujunya ialah Terengganu. Untuk membelibelah di sana, rasanya di Melaka lebih berbaloi... Jadi kali ini kami berubah angin untuk ke Pulau Kapas. Mungkin ramai rakan yang dah kesana, tapi itulah saja mampujalan ana dalam masa yang singkat ini. Persediaan yang suntuk menjadikan agak sukar mendapatkan tempat tinggal. Nasiblah ada bantuan rakan sekerja ana, Sdr Aziz Jaafar (tak ada kena mengena dengan pelokon era 60han tu !) untuk tempahan bilik dan sebagainya membolehkan ana kesana. Sdr Aziz ni adalah rakan ana semasa sama-sama menjadi wakil Kesatuan Sekerja tempat cari makan. Kini jawatan ana telahpun bertukar tangan, namun semangat kekeluargaan yang ditunjukkan amatlah tinggi dan ana sungguh menghargainya. Tambahan pula pada pagi sebelum ana berangkat ke pulau, kami telah ke rumah Sdr. Aziz untuk santapan pagi. Manakan tidak, kami telah dijamu dengan Nasi Dagang yang sungguh enak dan terdapat juga Spegetti... Mudah-mudahan keikhlasan akan memberkati hidup Sdr Aziz dan keluarga..
.
Perjalanan kami ke pulau sungguh teruja kerana angin pagi yang agak kuat membuatkan kami semua mengenakan jaket keselamatan. Namun kecerian mula terasa pabila kami kampir ke Pulau Kapas yang sering disebut-sebut oleh rakan sebelum ini. Dengan masa singkat, kami telah diaturkan untuk ke Taman Laut bagi aktiviti snorkelling. Sekali lagi, kami merasai kelainannya apabila bot dilabuhkan jauh dari pantai dengan air laut yang agak dalam. Mungkin ini pengalaman pertama kami dan begitu berbeza dengan apa yang kami alami di Pulau Manukan atau Pulau Sapi di Sabah. Belum pun ke Pulau Redang atau Pulau Perhentian, tentunya lebih baik dari apa yang kami alami...
.
Apapun khazanah alam masih terjaga dan amat mengasyikkan. Semua kejadian menggambarkan keagungan Yang Menjadikan. Kalau ikut kata ilmuan, melihat dan menghayati lautan luas memberikan kebaikkan apatah lagi menghayati siapakah yang menjadikannya. Hukamah pernak menyatakan, Iman itu ibarat air laut, yang kadangkala pasang dan kadangkala surut. Oleh kerana itu berusahalah kita supaya iman terus bertambah,,,bertambah dan terus bertambah...insyallah.
.
Dalam perjalanan pulang, kami sempat bertemu dengan rakan semasa mengajar di Melaka, Uztaz Zainudin dan isterinya, Cikgu Asmah. Walaupun bukan sebagai kunjungan balas, kedatangan kami ke rumahnya, Kg Bukit Payung saperti telah diatur dengan 'brunch' Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan sebagainya. Terima kasih Uztaz..Kami juga sempat berhenti sebentar di Dungun untuk menyaksikan Perandingan Petanq yang diwakili oleh SMK Seri Tanjong , sekolah isteri ana.
.
Santai 3H 2M di KT selesai dengan dugaan saperti di lain-lain kotaraya...kesesakan lalulintas...namun bukan itu saja, kedai makan pun sesak sama...syabas Terengganu !
Di rumah Sdr Aziz.....








Pemandangan di rumah Uztaz Zainuddin...









Panggilan Pulau....