Pages

Monday, March 15, 2010

Waktu Lapang Sebelum Waktu Sibuk

Kadang-kadang bukannya mudah untuk mengemaskini sesuatu blog. Perlu ada ketekunan dan kesungguhan yang tinggi barulah kesemuanya boleh berjaya. Minat juga penting. Tahniah buat rakan-rakan blog yang berjaya membina blognya tanpa rasa bosan atau terhenti dipertengahan jalan....
.
Hari  Sabtu lepas terlalu banyak ruang yang perlu diisi sehinggakan tiada masa terluang untuk santai atau urusan peribadi. Tak ada waktu lapang yang bermenafaat peribadi... Itulah ada disebut 5 perkara sebelum 5 perkara perlu direbut antaranya termasuklah Waktu Lapang Sebelum Waktu Sibuk. Tapi tak semua sibuk itu tidak berfaedah malah banyak intisari di dalamnya. Sabtu lepas , ana tidur di rumah kecil ana di Parit Pendekar Merlimau kerana ada majlis kahwin saudara arwah ibu ana. Bermula dari Jumaat malam hinggalah Sabtu petang sibuk dengan membantu saudara ana menjayakan majlis kahwin tersebut. Alhamdulillah, majlis Pak Long Jalil dan Mak Eton berjalan lancar walaupun diuji dengan hujan lebat sekejap-sekejap.
.
Awal pagi Ahad, ana dan keluarga telah berkemas awal untuk balik ke Melaka. Semasa berhenti sarapan pagi di gerai bersebelahan Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka, ana tersua Sdr Dr Ali Hussin rakan sekolah ana yang kini bertugas di Klinik Komuniti Peringgit. Beliau yang sering berinteraksi di blog SMSJ Connection batch 1977 kelihatan ceria dan mesra walaupun sudah 33 tahun tidak ketemu. Program seterusnya ialah ke Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam bagi menziarahi anak buah isteri ana yang telahpun selesai menjalani pembedahan . Alhamdulillah, Farah Anisah yang berusia 12 tahun beransur sihat dan Pak Ngah serta keluarga sentiasa mendoakan kesejahteraan buat Hanisah yang bakal menduduki UPSR September nanti...
.
Maka penuhlah 2 hari hujung minggu..apapun ana puas atas apa yang dilalui dan apa yang berlaku akan memberikan kelembutan hati dan kesediaan minda untuk bukan sekadar kepentingan diri. Kita juga adalah milik masyarakat kelling dan yang perlu dingat kita adalah milik Allah yang maha kuasa....


Antara yang dapat dirakamkan dalam majlis Perkahwinan di Pt Pendekar, Merlimau...



Fara Hanisah selepas menjalani pembedahan di Darul Ehsan Medical Centre..

Pandangan Plaza Masalam dari DEMC..