Pages

Friday, October 30, 2009

Dari mimbar Masjid Kg Jawa

Biasalah bila hari Jumaat, ana akan mengenakan pakaian lengkap berbaju kebangsaan bila ke pejabat. Hari ni lain sikit, dah lama tak pakai baju melayu Johor atau baju kurung Johor atau baju kecak musang...ana pun tak pasti sebutannya. Nyata berpakaiian ala Johor ni menimbulkan kesan. Terasa betul jadi orang Johor. Bila sampai ke masjid nampak ramai yang mengenakan pakaian tersebut. Yang bezanya sikit, sampin nya dipakai dengan bajunya dilepaskan keluar. Ana teringat masa ana nak menikah dulu, cara pakainya begitu. Mungkin tinggal disempadan dgn Muar, ada juga kesan yang jadi ikutan... Tinggalkan sebentar tentang cerita baju tu.. sebab walaupun belajar di Johor, ana tidak ditakdirkan jadi orang Johor.

Balik ke cerita dalam masjid, khutbah hari ini banyak berkisar pasal keimanan. Walau sebanyak mana kerja ibadah yang kita kerjakan akan jadi sia-sia jika tidak beriman dengannya, apatah lagi menyekutukannya dengan yang lain. Nauzubillah... Jadi apa yang perlu bagi kita ialah memperkukuhkan iman supaya setiap gerakgeri kita menjadi ibadah yang diberkati dan diterima olehnya. Teringat ana akan ceramah Dr Mohd Fadzilah Kamsah, tentang seorang guru ikhlas dalam pengajarannya , insyaallah akan membuahkan kejayaan pada muridnya, tapi jika tiada keikhlasan, walaupun mengajar dengan penuh teknik dan cara, kejayaan mungkin sukar dicapai. Begitulah juga dengan iman. Dia yang menjadikan dan dialah yang menentukan landasan untuk kita di bumi ini. Wallalwa'lam.

Selesai sembahyang, ana dan anak ana Amar yang ikut sama ke Gegamat setelah habis PMR terus ke RZ Restaurant untuk makan tengahari. Dah lama tak kesana dan terasa rindu akan masakannya. Sebab dah lama tak jumpa, ana sempat berborak sekejap dengan taukehnya, Sdr Razali...ni patut dapat komisen sebab promote RZ. Ana sempat juga bertegur sapa denga ADUN Datuk Sulaiman Taha yang makan bersama keluarganya dan yang paling seronok terjumpa Sdr Rashid, AJK PIBG ana yang turut ada di situ. Apapun, kedai yang hampir penuh itu membuatkan ana rasa kurang selesa menyebabkan ana selesai awal..
.
Kalau nak makan ikan baung...jom lah ke Segamat ,ana tak makan tapi seronok tengok orang lain makan






Ana & Masjid Kg Jawa