Pages

Sunday, January 30, 2011

Hujan itu Rahmat ! Segamat banjir lagi !!!

Apapun yang mendatang adalah dugaan yang mahakuasa. Bukan sahaja kedukaan dianggap sebagai ujian ,malahan keceriaan juga akan menjadi ujian jika dikaji secara mendalam..Alhamdulillah kita masih diberi nafas untuk meneruskan hidup ini dengan keupayaan berfikir bagi mengatasi sesuatu musibah.

Hujan di Segamat sejak 5 hari lepas menyaksikan Sungai Segamat naik keparas hampir bahaya. Inilah pertama kali ana melihat kenaikkan airnya sebegitu rupa sejak tinggal di Segamat Ogos 2008 dulu. Segamat pernah dilanda banjir yang menjadi igauan seluruh penduduknya pada Disember 2006. Berdoalah agar keadaan ini tidak bertambah parah, insyaallah...



Hari ini 31 Jan 2011 pejabat ana di landa banjir sedalam 2 kaki..sejak Dis 2006 inilah julung kali opis ana dinaikki air..menyedihkan sekali, banyak barangan rosak dan rasanya mengambil masa untuk beroperasi semula..ana telah mengharungi air yang mengalir laju, alhamdulillah sampai juga akhirnya ke opis ana....
























Selepas hari ketiga dilanda banjir, kerja-kerja pembersihan pun bermulalah...alhamdulillah rakan-rakan dari Muar turut membantu....TQ En Mad and geng yang telah bertungkus lumus memastikan premis kembali bersih dan dapat beroperasi saperti biasa....berdoalah agar tidak banjir lagi !!!