Pages

Monday, January 3, 2011

Bermulanya 2011

Alhamdulillah, kita telah pun melangkah ke tahun baru 2011. Moga tahun baru ini akan memberikan lebih keyakinan bagi kita untuk menempuh masa-masa mendatang. Syukur juga kerana tahun yang ditingalkan tidak menimbulkan sebarang masalah kepada ana dan keluarga. 2010 juga memberi seribu erti bagi ana  pabila usia mencecah 50 tahun. 2010 juga mengajar erti persahabatan bila mana dapat bertemu rakan-rakan sekolah dari sekolah rendah hinggalah ke menara gading dan bermacam lagi yang tidak dapat digambarkan...

Apa pun 2011 menanti dengan tenang. Tahun ini juga akan menyaksikan rakan pejabat ana, Sdr Hj Ab Patah dan Sdr Solikin bersara dari perkhidmatan. Tahun ini juga rancangan membina teratak tempat tinggal tetap ana akan bermula dan di tahun ini juga mengharapkan kecemerlangan bagi anak-anak ana Amar Harris yang menghadapi peperiksaan SPM dan Aslam Hadi dengan UPSR nya. Moga kesemuanya terlaksana dengan lancar dan teratur...insyaallah


Membeli keperluan sekolah anak di kedai alat tulis, tak perasan dibelakangnya terbentang Sungai Melaka...indah dan bersih, moga jika ke Melaka nanti nikmatilah keindahan Bandaraya Melaka sepanjang sungai menaiki bot...






Sehari sebelumnya....sambutan Hari Lahir Ziqah UMS (anak saudara) dan isteri ana, Teacher Linda di adakan serentak....moga diberikan keberkatan usia...
 


Perasan.... ha ha ha