Pages

Saturday, April 3, 2010

Bagaimana ?

Dah hampir 2 minggu blog ini tak dikemaskini. Namun janganlah ada antara pengunjung berpatah arang, berkerat rotan untuk tidak melayarinya lagi. Mungkin ana sibuk sikit atau terkadang terkurang idea untuk dicoretkan. Hari Sabtu ni memang ada saja event nya, harini ana terpaksa ke sekolah anak ana untuk program  Gotong Royong Perdana katanya. Maklumlah pemimpin PIBG lah katakan..namun selepas makan tengahari jam 11.30 pagi ana terus balik.
.
Pada 30 Mac lepas, ana baru saja dapat berjumpa rakan-rakan sekolah lama yang bertugas dan menetap di Segamat. Alhamdullillah semua nya tidak diuzurkan dan kami riang dalam perbualan selepas hampit 33 tahun tidak bersua. Borak kami lajak ke jam 1.00 pagi. rasanya masih belum cukup untuk mezahirkan cerita dan kerenah kami semasa bersekolah dulu... apa pun , ana teruja dengan suasana yang cukup akrab walaupun telah terpisah sekian lama...alhamdulillah
.
Untuk rakan pembaca, hayatilah gurindam berikut....

Bagaimana boleh pandai, kalau bodoh macam keldai
Bagaimana boleh kaya, apa dibuat jarang berjaya
Bagaimana boleh maju, kalau usaha kurang laju
Bagaimana boleh selamat, kalau cakap tidak cermat
Bagaimana nak jadi penyair, kalau bahasa kurang mahir
Bagaimana boleh sihat, jikalau tidak cukup rehat
Bagaimana tak terbengkalai, buat kerja selalu lalai
Bagaimana jasa terbalas, jika hati tak pernah ikhlas
Bagaimana jiwa nak tenang, dengan nafsu tak pernah menang
Bagaimana hati nak senang, jikalau banyak fikir mengenang
Bagaimana kerja tak gagal, sekejap buat sekejap tinggal
Bagaimana orang nak sayang, budi tiada bahasa pun kurang
Bagaimana tuhan nak sayang, jika tak pernah ketikar sembahyang

Renung-renungkanlah....