Pages

Sunday, October 25, 2009

Family Day Pok Cek & Mak Yah ceria

Banyak kenangan, banyak keriangan dan banyak hikmah yang dapat selama kami berkampung di Pusat Kokurikulum Negeri Melaka bertempat di Kg Lancang Melaka dari hari Sabtu 24 Okt hingga Ahad 25 Okt. Family Day selama 2 hari untuk seluruh keluarga mertua ana ni, Tn Hj Yunos Jalal dan Hjh Jarah bte Dalip ini telah berjaya dianjurkan oleh oleh keluarga Norazlina Yunus dan suami serta keluarganya dengan jayanya. Tahniah dan terima kasih pada Azlina dan Razak atas daya usaha gigih beliau. Semua anak serta manantu termasuk ana terlibat sama dan mengikut bancian tiada yang tercicir dari menyertai program tersebut. Dengarnya, program telah dapat sponser dari MD PG Marine Sdn Bhd , Azli dan Siti yang juga ipar ana yang beroperasi di Pasir Gudang Johor. Terima kasih atas sumbangan tersebut. Moga sponser akan bertambah nilai apabila turn ana yang akan menganjurkan program ini berikutnya. Tempat dan masa biarlah menjadi tandatanya..

Pelbagai program telah diatur saperti Rock Climbing, Flying Fox, Paint Ball dan Sukaneka. Tak lupa juga ceramah kerohanian pada sebelah malam . Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah dan pengucapan airmata apabila seorang demi seorang anak dan menantu tampil menyampaikan ucapan sebelum pulang. Apapun, kami seronok dan insyaallah jika dipanjang usia, program yang sama akan diteruskan demi menjamin ikatan siraturrahim kami berkekalan.







































Antara gambar yang dapat dirakam.... bukan rakaman lagu Anor, Aiman atau Nani !