Pages

Wednesday, August 10, 2011

Layakkah Kita Berhari Raya !


Masjid Jamek Kg Jawa Segamat

Hari ini sudah Ramadhan ke 10 dan alhamdulillah diberi nafas dan usia untuk terus mengaharungi kehidupan dengan penuh tabah dan selesa sekali. Moga ianya berterusan hingga suatu waktu penentuan yang kita sendiri tidak ketahui. Dah agak lama ana tak mencoret santai di blog ini. Mungkin hampir 2 bulan dan insyaalah dalam kesibukan Bulan Ramadahan, bulan penuh keberkatan dan keampunan ini dapat ana meneruskan segelumit minat ini bagi melahir dan menzahirkan apa yang tersirat . Pastikan pengisian Ramadhan mengikut acuan yang betul dan benar bagi melayakkan kita Berhari Raya.

Saperti biasa di hari pertama, ana meneruskan legasi arwah ibu tercinta, ana dan keluarga ke Madrasah/Sekolah AlNuriah, Sg Ugang, Melaka untuk sedikit sumbangan. Alhamdulillah dan terima kasih kepada isteri serta anak-anak kesayangan turut serta dan sama-sama meredhai tindakan yang dilaksanakan. Moga dan berdoa agar kesinambungan usaha mulia ini akan diteruskan oleh mereka kelak tanpa akhirnya.

Tahun ini, sapertimana biasa persediaan sederhana menjadi pilihan . Ramadhan haruslah dipenuhi semampu mungkin . Pembaziran perlulah dielakkan . Kita sering bercakap bahawa pembaziran itu perbuatan syaitan. Berbelanjalah dengan berhemat dan pastikan makanan tidak terbuang begitu sahaja selepas berbuka. Doa dan keampunan dipohon mana terkurang, lebih terfikir dibenak fikiran adalah masa depan Aslam TES dan Amar Sri Tanjung yang akan menduduki UPSR dan SPM selepas EidulFitri nanti. Moga kejayaan menyebelahi kami, namun ana sentiasa redha akan ketentuannya.

Sedikit tentang Pasar Ramadahan yang rata-rata mendapat sambutan. Juadah dan segala macam makanan menyentuh selera kita .  Jagalah nafsu mata sebelum membeli dan pastikan sekali lagi samada kita benar-benar ingin menikmatinya atau sekadar suka membeli tanpa had dan akhirnya ditongsampahkan. Insyaallah segalanya akan berjalan dengan baik. Tahniah juga kpd Warga Penjawat Awam termasuk juga isteri ana Teacher LindaCoop  yg akan menikmati bonus 1/2 bulan Ogos ini. Sukacita juga diingatkan bahawa wang bukanlah segalanya TETAPI segalanya memerlukan wang.....fikir-fikirkanlah..


Singgah di Hang Tuah Mall untuk pekena Teh Tarik selepas Solat Tarawikh malam pertama Ramadhan di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka...