Pages

Thursday, October 28, 2010

Kompang

Semasa zaman kanak-kanak dan remaja, tidak melepaskan peluang untuk belajar irama kompang. Alat tradisi turun temurun dan bila ianya didendangkan, tentu sahaja ada tanda keriangan sedang berlansung saperti Majlis Perkhwinan atau Majlis Rasmi yang lain. Bertambah ceria lagi, bagi mereka yang mengakhiri zaman bujang akan di serikan dengan kompang dan persandingan bila sampai waktunya. Juga tak terkecuali ana juga pernah melalui zaman itu.

Apapun, ana sempat melihat sendiri bagaimana kompang itu dihasilkan . Untuk membeli beberapa kompang bagi kegunaan murid-murid sekolah isteri anaTeacher LindaCoop, ana telah ke Parit Jawa, Muar ke kilang membuat kompang. Selain dapat membeli kompang pada harga tanpa orang tengah, alhamdulillah dapat juga ana ilmu bagaimana kompang dihasilkan.

Kayu Durian atau Leban dipotong kecil sebelum dilarik
Kulit kambing yang telah dikeringkan...
sebelum dilarik...


Kayu yang telah diraik dikenali sebagai 'baloh'...
Proses memasang kulit kambing dan diregangkan..

kompang yang telah siap untuk dijual..
ramai suka yang ini...anda bagaimana ?