Pages

Wednesday, December 1, 2010

Membina Masjid Pertama !

Biasalah bila tiba musim cuti sekolah, kad jemputan supaya hadir ke majlis meraikan anak-anak rakan, saudara dan kenalan datang berlipat kali ganda dari biasa. Jika ikut hukum, tanpa keuzuran melampau, jemputan perlu ditunaikan ikut kemampuan. Begitulah senarionya hinggalah minggu terakhir cuti sekolah nanti. Apa pun majlis yang dikatakan mendiri dan membina masjid ini amatlah dituntut oleh ugama bila sudah sampai ketahap wajib kahwin. Namun perlu diingat bahawa terbinanya masjid ini tidak terdorong untuk membina masjid yang kedua atau ketiga kerana ugama memang membenarkannya tetapi tidak menuntut kita berbuat demikian, Wallahwa'lam.

Beberapa hari lepas, ana dan isteri juga tak terlepas dari memenuhi jemputan rakan dan jiran, namun disebabkan kekangan masa ada juga yang terlepas...ana mohon maaf banyak-banyak. Ana sempat ke Taman Saujana Ampang ke runah rakan ana Kapt (B) Nazar yang sama-sama ana dalam pasukan dulu . Sempat menunggu sehinggalah pasangan pengantin sampai , namun terpaksa juga meninggalkan majlis untuk terus ke pameran MAHA di Serdang tetapi gagal berbuat demikian kerana kesesakan trafik dan hujan lebat. Moga petemuan kami akan terus kekal abadi dan penuh keikhlasan...insyaallah

Mendirikan Masjid suatu ibadah yang cukup indah...Masjig Kg Jawa Segamat


Pemandangan Majlis .....

Pelamin pun ok...

Siapa pulak nie.....pun ok juga...sorry yer !!!

....yang mana satu kakak, yang mana satu adik ?...yang tetengah tu Mama Linda...gambar ibunyer tak dapat dirakam.....sibuk kot !!

Bersama Sdr Nazar .....boleh tahan jugak !!!

Ketibaan mempelai.....banyak makan cencalok (dulu tinggal di Melaka..)...tu sebab hujan, tapi tak apa...hujan rahmat...Sdr Nazar kata, cepat dia dapat cucu...ha ha ha...

Sepadan...moga bahagia keakhirnya ...