Pages

Wednesday, April 28, 2010

LTA Melaka

Semasa ana bersekolah dan tinggal di asrama  SMK Munshi Abdullah selama 1 tahun 1 penggal dulu, bila hujung minggu jika tiada apa yang nak dibuat, kami akan ke Lapangan Terbang Batu Berendam sambil menunggu kalau-kalau ada Kapal Terbang yang mendarat.. Kini lapangan terbang yang dimaksudkan telah berubah wajah . Beberapa hari lepas semasa ana dan keluarga nak ke Restoran Sdr Aziz di Lapangan Simpanan Kenderaan Berat Melaka, kami sempat singgah di Terminal Baru Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Beberapa gambar dapat kami rakamkan, tapi yang malangnya ana gagal menemui rakan yang dimaksudkan kerana cuti hari minggu. Apapun, LTAM amat membanggakan rakyat jelata N Melaka walaupun setakatini hanya satu pesawat yang mendarat dalam sehari, itu pun penerbangan dari Pekan Baru, Indonesia....





Monday, April 19, 2010

Santai Petang di Sungai Kapeh

Dah hampir 2 tahun ana bertugas di Segamat, tapi naif sangat tentang tempat-tempat riadah yang menarik. Nasiblah ada rakan Sdr Tukiman , Boss JPJ bertentang belakang dengan opis ana. Dialah yang mengajak ana dan rakan Sdr Patah untuk santai petang di Taman Rekreasi Sg Kapeh. Awalnya agak berat juga, setelah beberapa kali mula berjogging, dah mula rasa seronok. Apapun Taman Rekreasi ni macam tak berapa popular walaupun dipenghujung trak terdapat taman permainan, rumah rehat, padang yang cantik dan sebuah gelanggang futsal..moga usaha bersama rakan-rakan ana di segamat ni akan berterusandan melahirkan badan yang cergas, minda cerdas...insyallah



Sdr Patah juga turut berminat untuk berjogging........

Bersama Sdr Tukiman selepas berjogging..


Thursday, April 8, 2010

Masjid Selat

Biasalah bila MJ sampai bermakna esoknya ana balik ke Melaka. Saperti biasa MJ ana barada di Segamat dengan menikmati suasana MJ tersendiri. MJ tu...malam Jumaat.
.
Biasanya kalau berkunjung ke Melaka, tak habis dengan membeli belah dan tapak warisannya. Kalau sebut Melaka Raya, ramai yg terbayang karaoke dan dangdut dari mula matahari terbenam hingga lewat malam. Kita lupa ditengah kesibukkan Malaka Raya terbinanya sebuah masjid indah menghadap Selat Melaka. Masjid Selat yang dah lebih 10 tahun usianya sungguh menarik dan sesuai untuk santai petang dengan keluaraga selepas solat Asar. Namun tak ramai kesana kerana kesibukkan trafik dan tersasar dari laluan orang ramai. Kini sebuah komplek Arab  City sedang dibangunkan bersebelahan Masjid Selat.
.
Apapun ana dan isteri sempat merakamkan beberapa paparan untuk tatapan semua.......biar kurang Masjid asalkan banyak ke Masjid....







Saturday, April 3, 2010

Bagaimana ?

Dah hampir 2 minggu blog ini tak dikemaskini. Namun janganlah ada antara pengunjung berpatah arang, berkerat rotan untuk tidak melayarinya lagi. Mungkin ana sibuk sikit atau terkadang terkurang idea untuk dicoretkan. Hari Sabtu ni memang ada saja event nya, harini ana terpaksa ke sekolah anak ana untuk program  Gotong Royong Perdana katanya. Maklumlah pemimpin PIBG lah katakan..namun selepas makan tengahari jam 11.30 pagi ana terus balik.
.
Pada 30 Mac lepas, ana baru saja dapat berjumpa rakan-rakan sekolah lama yang bertugas dan menetap di Segamat. Alhamdullillah semua nya tidak diuzurkan dan kami riang dalam perbualan selepas hampit 33 tahun tidak bersua. Borak kami lajak ke jam 1.00 pagi. rasanya masih belum cukup untuk mezahirkan cerita dan kerenah kami semasa bersekolah dulu... apa pun , ana teruja dengan suasana yang cukup akrab walaupun telah terpisah sekian lama...alhamdulillah
.
Untuk rakan pembaca, hayatilah gurindam berikut....

Bagaimana boleh pandai, kalau bodoh macam keldai
Bagaimana boleh kaya, apa dibuat jarang berjaya
Bagaimana boleh maju, kalau usaha kurang laju
Bagaimana boleh selamat, kalau cakap tidak cermat
Bagaimana nak jadi penyair, kalau bahasa kurang mahir
Bagaimana boleh sihat, jikalau tidak cukup rehat
Bagaimana tak terbengkalai, buat kerja selalu lalai
Bagaimana jasa terbalas, jika hati tak pernah ikhlas
Bagaimana jiwa nak tenang, dengan nafsu tak pernah menang
Bagaimana hati nak senang, jikalau banyak fikir mengenang
Bagaimana kerja tak gagal, sekejap buat sekejap tinggal
Bagaimana orang nak sayang, budi tiada bahasa pun kurang
Bagaimana tuhan nak sayang, jika tak pernah ketikar sembahyang

Renung-renungkanlah....