Pages

Tuesday, March 23, 2010

Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul...

Saperti biasa, bila tiba hujung minggu tak lekang dari event yang macam-macam. Maaf buat rakan ana di Kg gangsa, Melaka Sdr Aziz kerana tak dapat hadir jemputan pada 20 Mac lepas. Ana dan rombongan keluarga terpaksa ke Pasir Gudang Johor untuk satu majlis agak penting juga . Majlis Pertunangan ipar ana Nor Firdaus dengan pilihannya Cik Norazura yang telah berlansung meriah di Tmn Mawar, Pasir Gudang. Family dipihak perempuan yang sedia menunggu kami berasa lega pabila semuanya selesai dalam tempoh tak sampai sejam...alhamdulillah.Ana selaku jurucakap pihak lelaki berasa syukur dan lega. Moga pertunangan akan berakhir dijinjang pelamin dan hingga keakhir hayat. walaubagaimanapun, majlis agak tegang sedikit pabila tempoh pertunangan dan akad nikah mohon dipendekkan tetapi terdapat bantahan dari pihak perempuan atas alasan yang sungguh tidak munasabah. Semuanya itu adalah tersebab dari kebiasaan adat yang seharusnya diubah dan dibuang jika tidak membawa apa-apa kebaikkan.. Walaubagaimana pun majlis berjalan lancar dengan upacara menyarung cincin pertunangan oleh Kakak Sulong pihak lelaki Pn Norhaliza dan setrusnya dijamu dengan beriani kambing yang amat menyelerakan. Terima kasih kepada En Wahid selaku tuan rumah...

Sehari sebelum majlis pertunangan, mengambil peluang bila ke Johor ialah program 1H 0M di Kota Singa. Kali ini ana sebagai peneman kerana rombongan Cik Kiah ni terdiri dari kaum ibu termasuk isteri ana Teacher LindaCoop . Tak banyak tempat dapat pergi , hanya ke Arab Street dan Pasar Gelang Serai sahaja. Kami makan tengahari di Zam-zam Restaurant seterusnya sembahyang Zohor di Masjid Sultan berdekatan. Ana seronok ke Kota Singa kerana keceriaan bandarayanya serta akurnya pengguna kepada peraturan sediada. Walaubagaimanapun rata-rata rasanya menganggap Kota Singa sebagai Dekat Dimata, jauh Dihati...betulker ?