Pages

Monday, September 28, 2009

Tsunami Yang Semakin DiLupakan

Segala apa yang ada didunia ini adalah hak Allah, kekuasaannya dan dialah penentu segala kejadian. Begitulah yang terjadi di bumi Aceh Darussalam, bumi bertuah Indonesia yang begitu lama bergelumang dengan kancah kedidaksetabilan politiknya sehinggalah tsunami berjaya menyatukannya. Alhamdulillah... begitulah serba sedikit cerita yang kami dengar sewaktu mengadakan lawatan singkat kebumi Aceh .
Sesampainya kami di Lapanganterbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda, rombongan kami seramai 26 orang disambut mesra oleh pemandu pelancong yang menunggu. Dari kemesraan yang ditunjukkan , jauh sekali menggambarkan keadaan yang digembar gemburkan oleh media Indon tentang Malaysia yang kononnya meniru tarian Bali sehingga sanggup melontarkan slogan Ganyang Malaysia. Rombongan kami dibawa ke rumah makan untuk makan siang sebelum kami dibawa ke Hotel Lading, Banda Aceh untuk menginap.

Tak banyak hiburan dihidangkan kepada penduduk mahupun pengunjung disana. Kami cuba juga untuk mendapatkan khidmat urut tadisional wanita atau pijit dalam bahasa Indonnya, tapi menghampakan kerana pakar urutnya masih bercuti lebaran. Boleh dikatakann 100% wanita di Aceh mengenakan tutup kepala atau bertudung semasa ditempat awam. Masjidnya membanggakan, besar dan cantik . Dan yang paling menyentuh perasaan saya ialah masjid menjadi tempat rekreasi keluarga disiang hari . Solat menjadi keutamaan orang Aceh.
Satu lagi yang membuat saya teruja ialah rupa paras mereka tidak saling tumpah saperti kita disini. Bahasa dialeknya pun tidaklah sepekat orang Pulau Jawa atau Medan. Kalau sekali lihat, tidak dapat dibezakan antara orang kita ataupun Aceh. Semasa kami membeli belah bersama rakan, setelah sekian lama kami dikedai pakaian, kami telah ditegur oleh orang Aceh yang gagal mengenalpasti kami samada orang Malaysia atau Aceh dan akhirnya kami berbual mesra saperti telah lama kenal satu sama lain.

Tsunami telah banyak merubah keadaan di Aceh. Setiap kejadian, mungkin dianggap musibah oleh manusia tetapi mempunyai hikmahnya disisi Allah. Kejadian yang melanda Aceh juga pesisir pantai Kedah dan Pulau Pinang di negara kita, memberi seribu satu makna bagi kita yang masih hidup ini. Perginya disebabkan tsunami bukan bererti pembalasan atas perbuatan mereka, dan bagi kita yang masih diberi nafas untuk hidup ini belum pasti tidak menerima pembalasan dihari kemudian. Kewajaran kita mengambil iktibar dari kejadian tsunami amatlah dituntut. Manakan tidak, kawasan disekeliling Masjid Rahmatullah, ranap menjadi padang jarak padang terkukur, namun masjid tetap berdiri teguh. Kapal yang begitu besar dan berat boleh terdampar didaratan sejauh 4.8 km dari pantai. Bot Nelayan yang tersangkut dibumbung rumah dan sebagainya.
Apapun lawatan kami selama 3H 2M bermula 25 - 27 September 2009 ini sungguh berbaloi dan dipenuhi dengan rasa keinsafan. Berdoalah kita agar kejadian tuhan yang azab itu tidak berlaku di negara kita. Hanya keinsafan boleh mendidik kita menjadi insan sempurna.

Sebelum kami berangkat pulang, kami sempat melawat Sekolah Anak-anak yatim dipinggir Banda Aceh . Sebelum kami kesana, kami sempat membeli kuah mueh raya yang masih ada dijual digerai tepian jalan. Alangkah seronoknya kami bila melihat Dodol, karas, kueh goyang, pisang salai, wajik sirat dan bermacam kerepek serta baulu saperti ditempat kita dapat dinikmati disana. Sahlah fakta sejarah mencoretkan bahawa kita serumpun dan mempunyai kaitan tersendiri sejak zaman silam lagi. Sedikit sumbangan diserahkan ke Sekolah Anak yatim sebelum kami dijamu menggantikan Makan Siang oleh pihak sekolah tersebut.

Tsunami yang melanda Aceh antara jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang pada 26 Disember 2004 telah merubah sosioekonomi serta politik Aceh. Kini Aceh kekal makmur dibawah Jakarta dan 85% perwakilan GAM telah memenangi PEMILU baru-baru ini. Tidak silaplah fakta sejarah GAM menuntut merdeka kerana rata-rata rakyatnya menyokong perjuangan GAM. Begitulah serta sedikit cerita yang telah diceritakan oleh pemandu pelancong kami. Moga ramai rakan-rakan kita akan teringin ke Aceh untuk mengambil iktibar dari kejadian tersebut. Wallahwa'lam.....












Begitulah serba sedikit coretan yang dapat dimuatkan semasa kami menyertai rombongan NGO Barisan Bertindak Perpaduan Melayu bersama NYDP Angkasa. Moga catatan ini akan memberikan kedaran kepada ana dan pembaca sekelian.

No comments:

Post a Comment