Pages

Tuesday, September 13, 2011

Syawal Sebulan !

Alhamdulillah kita telahpun dapat merayakan kemenangan setelah sebulan berpuasa melawan nafsu serta menahan diri dari perkara yang membatalkannya. Mudah-mudahan kemenangan ini dapat dikecapi dalam suasana penuh keinsafan dan tidak terosak oleh godaan syaitan dan nafsu pabila tamatnya Ramadhan. Tahniah dan syabas juga kepada mereka yang menghiasi kemenagna ini denga 6 hari berpuasa serta meneruskan kegembiraan sekadarnya. Mudah-mudahan kita tidak hanya bergembira menyambut Syawal tetapi bersedih dan lemah semangat semasa dibulan Ramadhan.

Ana sempat merakamkan beberapa foto sempena AidilFitri lepas. Moga kunjungan ana ini akan memberi erti kepada anak-anak ana tentang pengisian ziarah dan kunjungan saudara mara dan sahabat handai. Insyaallah mungkin tahun ini adalah sambutan raya terakhir semasa menetap di Bandar Melaka dan insyaallah tahun hadapan jika diizinkan , ana akan menyambutnya dirumah kekal ana di Kampung Sebatu, Merlimau, Melaka...insyaallah
Dipagi Syawal...Aslam, Aqmal dan Amar...

Bersama Datuk dan Nenda sebelah isteri ...ana yatim piatu !

Ipar dan Biras... 

Gaya cucu-cucu Datuk dipagi Raya.... 

Sepupu Mertua ...Mak Endun...macam YB pun ada ...!!

Adik Bapa Mertuaku...Pak Cik Yunue dan isteri... 


Salam kosong ker penuh...Azli dengan Mak Ngah..kakak Bapa Mertuaku...umur...mungkin lebih 85 tahun....syukur...!!

Rumah Abang ana...Bang Long Jazmi di Alor Gajah.... 

Satu-satumya yg masih ada...Mak Saudara ana di Kesang Laut Melaka...mudah-mudahan diberikan kesihatan yang baik..... 

No comments:

Post a Comment