Pages

Thursday, February 11, 2010

Suami Perlu Tahu.......

Ana baru saja habis baca mesej dalam fb dari rakan ana, Sdr Mashor. Seronok dan ceria ceritanya walaupun sesekali menulis. Cerita pasal usia dan tabiat kerap kencing malam. Menariknya, usia tidak akan menunggu kita walau sedetikpun. Tetap bertambah, bertambah hinggalah kewaktu yang ditetapkan untuk kita berpindah ke alam yang lain. Kencing malam yang sahabat ana katakan mungkin berbeza mengikut usia, ikut kemampuan dan jika sering kecing malam tanpa kawalan, itu tandanya dah jatuh sakit dan pergilah berjumpa doktor atau makan ramuan-ramuan tardisional yang diluluskan.
.
Hari ini hari Khamis. Esok hari Jumaat, penghulu segala hari. Kalau malamnya bisanya disebut dengan malam Jumaat. Biasanya malam Jumaat ni, ana memang akan bermalam di Segamat. Jarang ketikanya, ana dapat bermalam di Melaka kerana ana akan balik menjenguk keluarga biasa pada hari Rabu pertengahan minggu. Malam Jumaat ni adalah malam yang baik dan digalakkan membuat kebajikan. Baik untuk mendekatkan diri kepada pencipta. Maknanya banyak perkara baik patut diisi terutamanya disebelah malam. Bangun malam amatlah digalakkan walaupun dengan apa tujuan sekalipun......
.
Cerita pasal suami, sebelum ni ana pernah menulis atas tajuk yang hampir sama. Kebahagiaan tak semestinya dengan hamparan kemewahan depan mata. Kadang-kadang kebahagiaan terpancar dengan sedikit peranan yang tak seberapa oleh suami. Bukannya apa, nak pesan kat diri ana , juga rakan yang sudi mendengar. Kadang-kadang harta benda melimpah, perang suami isteri tak pernah tamat. Baiknya bila sama-sama ke majlis perkahwinan, kenduri dan sebagainya atau rakan/saudara berkunjung kerumah atau anak yang mengerti ada didepan mata. Bila semuanya tiada, gencatan senjata berubah menjadi perang semula. Tak kiralah, perang dingin atau panas, sama saja.....Cukuplah dengan apa yang ada. Ambil beratlah keluhan isteri. banyakkan berkomunikasi dan berbincang terutama atas realiti hidup suami isteri. Yang paling mudah, ingatlah tarikh lahir isteri, ingatlah tarikh ulangtahun perkahwinan dan kalau boleh tunjukkan juga kita ingat tarikh-tarikh lahir anak-anak kita. raikan mana yang perlu. Dengan cara ini, terserlahlah kita sebagai suami yang bertanggungjawap dan prihatin terhadap keluarga.
.
Kebahagiaan bukan mutlaknya terletak kepada harta benda tetapi kebahagiaan akan kita dapat apabila hidup kita diberkati. Keberkatan akan diperolehi apabila kita memanafaatkan rohani dan jasmani kita, memberi menafaat kepada masyarakat keliling dan yang paling penting, redha dengan ketentuannya...wallalwa'lam






Masjid Jamek Daerah Segamat ...

1 comment:

  1. nazaramin_55@yahoo.comFebruary 26, 2010 at 4:44 PM

    Salam Tuan Haji Hamzah,

    Bagus blog tuan ni. Sori lambat buka. Ada pula gambar Lt Hamzah di satu sudut. Teringat zaman dimana kita sama-sama pergi latihan.

    Tahun baru cina yang lepas kami di Paka terengganu juga. Makan sat
    ar lagi. Bermalam dirumbia Resort dan malam kedua di Residence Inn. Bolohlah. tak pergi pulau. Kalau tak ke terengganu, kami pergi pulau sibu di Johor. Tapi program keless.

    Last week kami di Muar dan Melaka. Best mee rebus dan satay muar. Bawa menantu balik kampong. Punyalah seronok mereka. Minggu ini ajak balik muar lagi nam makan satay lagi. Manaboleh ya. Makan s at ay di Celcom KL dah.

    Keep it up. dan salam pada famili u semua.

    ReplyDelete