Pages

Thursday, January 28, 2010

Dimana Bumi DiPijak....

Hari ini genap 5 tahun ayah ana meninggalkan kami dan 4 bulan lagi genap juga 5 tahun ibu yang dikasihi meniggalkan kami. Moga kedua roh ayah dan ibu akan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan dikasihi Allah swt. AlFatihah...
.
Sesekali balik ke kampong halaman, pastinya sayu dan kesedihan merungkai hati dan perasaan ana. Kenangan-kenangan lama, bermain bersama rakan semasa kecil dan remaja, sentiasa ada dalam ingatan dan sungguh meriangkan. Bila terlihat tempat-tempat bermain masa kecil, tersentuh hati rasanya dan kadang-kadang dilamun dengan cerita-cerita lama. Rumah pesaka yang kini didiami saudara bungsu ana sudah jarang dilawati kecuali hari raya dan jika ada perkara-perkara penting yang memerlukan ana pergi kesana. Begitulah keadaannya, dan ana yakin keadaan yang sama akan dirasai oleh kalian semua apabila sampai masa dan ketika.
.
Sepanjang usia Ayah dan Ibu ana, rasanya ana telah dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang perlu digariskan oleh syarak sebagai seorang anak. Hidup mereka rasanya tidak terabai, malahan adik bongsu ana sanggup bersara pilihan untuk tinggal bersama beliau. Maklumlah kami tiada puteri dalam keluarga kami. Lantaran atas rasa tanggungjawab tersebut, ana telah berusaha membina sebuah pondok kecil atas tanah pemberian ibu tidak jauh dari rumahnya. Tujuannya agar ana, isteri dan anak-anak dapat menjenguk dan bermalam disana dihujung minggu sambil membantu dan menatap wajah ibu dan ayah.
.
Kini rumah kecil tersebut jarang dikunjungi lagi. kadang-kadang sebulan sekali baru kesana dan rasanya dah lebih setahun kami tidak bermalam disana. Semua harapan hilang begitu saja. Rumah kecil yang didirikan di Solok Parit Pendekar, Sebatu, Merlimau, Melaka adalah tapak asal moyang ana dan kini jadi milik ana. Ana berharap satu hari nanti ana akan balik ke lubok tersebut dengan kediaman yang berwajah baru dan menghuninya hingga akhir hayat. Mudah-mudahan doa dan harapan ana akan termakbul dan berharap akan dapat menyumbang bakti untuk saudara dan rakan taulan yang sudah ana kenal sejak kecil lagi. Insyallah...
.
Dimana Bumi Dipijak, Disitu Langit Dijunjung...jemputlah ke kg bila musim buah !









Aslam..gembira bila berada di kg

2 comments:

  1. hamzah, aku pernah kerumah kamu semasa kita disekolah menengah, tetapi rumah itu adalah rumah tua kayu yang ada tiang dan serambi, rumah itu persisi rumah dato aku semasa aku kecil dulu, aku juga pernah berjumpa kedua arwah ayah dan emak kamu pada masa itu, semuaga roh mereka berdua didalam rahmat dan belas ehsan Allah jua, alFatiha.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas ingatan...moga dapat cerita panjang bila jumpa nanti..belum berkesempatan

    ReplyDelete