Ada masanya kita gagal mengawal keadaan. Ada masanya kita terlampau berlembut hati hingga kita mampu diperlekeh dan dipermainkan. Ada kalanya kita redha dengan apa yang menimpa. tapi kali ini, ana dan TeacherLinda mungkin telah sampai hadnya. Yang ditunggu tak sampai-sampai. yang sampai dan terima adalah janji...janji dan janji. Bila sampai masa, 'hapah' (bahasa Melaka kot) benda pun tak nampak.
Akhirnya ana dan isteri bawa kes ke Mahkamah Tribunal Melaka. Mudah-mudahan ianya menjadi pengajaran dan maklumat untuk semua rakan dan pembaca untuk bertindak mengikut saluran yang betul jika berlaku sedemikian rupa. Apapun kami diserbu wartawan setelah selesai pendengaran dalam mahkamah dan ianya telah tersiar dalam Sinar Harian pada 11 Mei 2011. Walaubagainapun, RM nya masih belum dapat dan perlu menjalani beberapa sessi tindakan seterusnya.
Moga niat baik kami dimakbulkan. Awas lah dengan Travel Agent yang tidak bertangungjawab !
TeacherLinda sedang menjawab pertanyaan wartawan....
Keratan Akhbar Sinar Harian 11 Mei 2011..
No comments:
Post a Comment