Alhamdulillah selepas mendiam diri selama hampir 3 minggu, diberi nafas dan kesihatan badan berjumpa lagi melalui blog ini. Moga saudara mara, sahabat-sahabat, kenalan dan seluruhnya berolah ketenangan dan kesejahteraan dari awal 2011 hinggalah keakhirnya. Biasalah, bila awal tahun, nak urus anak-anak ke sekolah, tak terkecuali mama nya juga kembali ke sekolah. Walaupun usia melepasi setengah abad, ketentuannya dah begitu , masih punya anak di Tkt 5 dan Th 6 !!!
Sampai kini pun masih belum selesai mengatur jadual dan kesesuaian masa terutamanya jadual-jadual tuisyen...maklumlah Amar Seri Tanjung akan menduduki SPM dan Aslam TES dengan UPSR nya. Moga kedua-duanya akan berusah bersunguh-sungguh dan terserahlah apa yang akan kita raih akhir tahun nanti...insyaallah usaha dan tawakkal akan membuahkan kejayaan...
Amar kalau nak ke sekolah....
Aslam...macam tak cukup tidur jer..anak bongsu !
Wajah Amar dan Aslam semasa kecil......