Pages

Sunday, February 13, 2011

Semalam di Mersing

Rasanya kali terakhir berkunjung ke Mersing adalah semasa ke Tioman pada tahun 1998, terlalu banyak perubahan untuk tempoh 13 tahun. Rancangan awal nak ke Pulau Pemanggil di Cuti Raya Cina ni tak kesampaian kerana Jabatan Laut mengeluarkan arahan untuk membatalkan semua pergerakan bot. Untuk tidak menghampakan dan memenuhkan cuti selama 4 hari, kami bertolak juga ke Mersing . Program 2H 1M kami bermula pada hari Sabtu dan balik ke Melaka pada Ahad nya.

Masjid Daerah Mersing....

Pemandangan Laut China Selatan..
Disinilah tapak kami bermalam semasa Latihan Jarak Jauh dalam Pasukan 11 Angkut AW suatu masa duluuu.....