Pages

Wednesday, December 16, 2009

Kenapa ke Sabah ?

Memang dah dirancang awal, kami akan bercuti di sabah tahun ini. Setakat itu sajalah yang kami mampubelanja. Ini adalah kali kedua trip ana bersama keluarga ke Sabah. Rancangan awalnya, ana nak bawa ibu bapa Teacher LindaCoop sekali (mertua analah tu !) tapi terpaksa dibatalkan disaat akhir gara-gara demam panas sehingga dimasukkan ke hospital beberapa minggu sebelum berangkat. Ditakuti sakitnya berulang, walaupun ana sekeluarga agak kecewa, namun terpaksalah dibatalkan hasrat tersebut.
.
Kali ini, ada kelainan sedikit dengan menggunakan khidmat agen pelancongan yang teratur lagi memudahkan. Kami terus dibawa ke Kundasang untuk bermalam disana. Hujung tahunni, biasalah cuacanya sejuk apatah lagi bila malam hari. Kami berkesempatan melihat sebentar Gunung Kinabalu(... bukan Gunung Kinajanda) diwaktu pagi, melawat Desa Diary Farm yang sangat menarik suasana dan pandangan serta air panas Poring. Meniti canopy walk sejauh hampir 100 meter membuatkan kami rasa seronok walaupun penat dan letih.
.
Apapun santai kami selama 4H 3M mulai 12 hingga 15 Dis 2009, amat berbaloi dan meninggalkan kesan. Semasa dalam penerbangan, isteri ana Teacher LindaCoop sempat bersembang dengan Paramugari bertugas. Menurut mereka, sejak sekolah mula bercuti, penerbangan ke Sabah pergi dan balik sentiasa penuh.... Adakah kerana seronok ke Kundasang berbanding Cameron Highland atau tahap mampu belanja telah bertambah atau Sabah menarik dimata ramai.
.
Ana tak kisah semua tu asalkan dapat cuci mata di Pulau Manukan, Pulau Sapi atau Pulau .... (dah lupa dah!)

.... semalam di Kundasang...







.....Sekitar Bandaraya KK...



....ke Pulau Sapi, Taman Negara Tuanku Abdul Rahman....




Ketemu Rakan Semenggok

Alhamdulillah, setelah hampir 30 tahun, sempena percutian ana di sabah baru-baru ni, ana telah diatur untuk ketemu rakan sepengajian di UPM Semenggok, Kuching, Sarawak satu ketika dulu. Sdr Nasaruddin atau lebih senang dengan panggilan Nasa , telah diatur temu oleh Sdr Md Nor yang berkhidmat di Sabah. Ana telah dijemput dari tempat penginapan dan seterusnya sembang-sembang malam di sebuah gerai agak istimewa.
juga.
.
Lebih teruja lagi, kami sekeluarga dijemput untuk santapan malam bersama Sdr Md Nor pada malam terakhir kami disana. Terima kasih kepada Sdr Nasa yang bersusah payah melayan kami sekeluarga. Ikhlas dari anak-anak ana, yang sentiasa memuji hidangan yang disediakan. Terima kasih banyak dan diharap Sdr Nasa yang telah menetap sejak 1984 di Sabah, berkeluarga di sana, akan sentiasa beroleh keberkataan dalam apa saja yang dilakukan. Moga ketemu dilain waktu.
.
Ana suka ke Sabah, tapi tak mahu jadi orang Sabah bah !!!






... bersama Sdr Md Nor selepas makan mlm di rumah Sdr Nasa ..