Pages

Tuesday, August 25, 2009

Air Kathirah dan Murtabak Daging

Kekangan masa, maklumlah bulan puasa, ana rasa kurang ruang untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ini. Alhamdulillah dah masuk 4 hari umat islam menunaikan tanggungjawabnya. Esok dah masuk hari ke 5, dan kalau kek dibahagikan dah jadi 1/6 bhg. Syukur....
Semalam ana dan isteri Teacher LindaCoop sempat menjenguk dan menjengah ke Pasar Ramadhan . Tak jauh dari ofis ana, berjalan kaki pun sampai. Lepas waktu pejabat, ambil masa sikit untuk cari makan berbuka. Khemah yang didirikan , tak terbilang oleh ana. Cuma, cuba yangkan padang seluas padang bola, dikelilingi oleh khemah jual juadah berbuka. macam-macam yang dijual bermula dari yang seringan-ringan juadah sehingga seberat-berat juadah yang kalau dimakan masa berbuka perut pun bolah jadi membatu. Kadang-kadang ana rasa, bulan puasa lagi tak dapat kawal makan sebab nafsu makan terlalu tinggi. Maklumlah lapar dan dahaga...
kami sempat membeli beberapa item, saperti biasa pastikan 'jangan tak cukup! '. Dengan membuat satu pusingan padang, kami sempat membeli Air Khatirah, Air Soya, Kueh Kauci, Kuah Talam (ana pun tak pasti), Murtabak Daging, Mee Hoon Goreng, Mee Goreng 2 bungkus dan Rojak. tapi yang paling seronok, anak kami Aslam TES dan Amar Seri Tanjong dah ke KFC beli Family Plate untuk berbuka. Apa pun, ada makanan yang tinggal dan dihabiskan semasa sahur.
Yang bestnya Pasar Ramadhan di tempat ana bermastautin ni ialah ramainya penjual Air Khatirah dan pembuat Murtabak. Sungguh dominan.
Melaka macam mana ?