Pages

Monday, November 22, 2010

Moga Hajinya Mabrur

Alhamdullillah, rakan-rakan pejabat ana Sdr Patah dan Sdr Mashor serta isteri Pn Arpah, rakan-rakan lain tak terkecuali sahabat-sahabat sekolah lama ana serta rakan masyarakat ana telahpun tamat menjalani ibadah haji dan kini dalam proses untuk pulang beberapa hari lagi. Berkat usaha dan kesungguhan serta keihlasan mereka semua ke bumi Makkah Mukarramah moga akan beroleh Haji yang Mabrur. Moga sekembalinya nanti akan membawa cahaya dan keberkatan untuk kita semua.

Pengorbanan juga perlu dizahirkan dengan perbuatan. Ana pernah katakan dulu bahawa ibadah korban itu juga satu pengorbanan. Tahun ini ana sekeluarga menyambut Hari Raya AidilAdha di rumah ipar yang kini masih berada di Mekah di Taman Mawar Fasa 5, Pasir Gudang, Johor. Seronok juga dengan suasana pagi raya diikuti dengan ibadah Korban sebaik sahaja selesai Solat Aidil Adha di Surau Taman tersebut.

Sebelum ke Surau untuk Solat sunat AidilAdha...

Aqmal dan Amar...

Suasana Majlis Korban....








Pejabat ana juga turut mengadakan Majlis Qurban pada Hari Raya ke 3. Majlis anjuran PERKIS telah berjalan lancar dengan bermula ditempat penyembelihan di Kg Sri tanjung, Muar...Ketua Umum PERKIS, Tn Hj Zainudin urut serta dalam proses penyembelihan hinggalah tamat program... 

....bersama rakan sekerja, En Juwahir...

Kerja-kerja melapah sedang dijalankan....

...turut sama memotong daging, disebelah tu Hj Jasmani... 

...orang kuat kami...steady Din !!