Pages

Monday, August 10, 2009

Cakoi dan Roti Bom

Rasanya dah lima hari ana tidak bersua , mungkin sedikit sibuk atau ada banyak perkara yang ana belum selesai terutamanya ada acara rasmi ditempat ana minggu depan.Nampak macam tak ada apa-apa, tapi didalam hanya ana saja yang tahu. Walaupun wabak Selsema Babi H1N1 masih melanda, berdoa sajalah agak kita semua dijauhi dan dihindari dari penyakit tersebut. Yang peliknya ramai yang 'hilang' dari muka bumi ni bukan kawan kita yang berseronok dan berselera makan babi , tapi dari mereka yang geli dan muntah, bukan nak makan, baunya pun dah meloyakan. Tapi kenapa kita segan silu nak sebut selsematu dengan nama yang sebenar.

Hari Sabtu lepas, setelah habis membantu isteri Cikgu LindaCoop membereskan apa yang patut dirumah, teragak pula nak minum petang. Agak lama juga kami tak ke Jasin, dek kerana semua ada kat rumah termasuk Along UteM yang dicutikan kerana sakit selsema tu , kami pun bergerak ke Lipat Kajang.Ana memang ada sedikit aset kat sana, tapi masih berfikir-fikir samada ingin menetap disana atau tidak. banyak juga banglo dah ditegakkan oleh pembeli. Tapi ana rasanya ianya bergantung pada keadaan dan keselesaan disaat akhir. Mengambil jalan jauh, kami ke Tol Air Keroh dan sempat juga melihat pereambangan Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam (LTABB) yang giat projeknya dan ana rasa tak lama lagi akan siap. Bila siap sudah tentu akan memberi banyak menafaat kepada penduduk Melaka khasnya. Walaupun belum siap sepenuhnya, LTABB terus digunakan oleh penerbangan dari Pekan baru Indonesia dan terkini oleh Firefly antara Melaka dan Singapura.

Melalui lebuhraya kami keluar susur tol Jasin . Agak lengang tol tersebut dan tak kelihatan lansung kereta yang mengambil rehat disitu. Tak tahulah apa nasib tol tersebut hingga kini kurang sangat digunakan pengguna. Mungkin bila Lipat kajang dimajukan, dengarnya akan terbina Pusat Pengajian dan penuhnya perkampungan tersusun Lipat Kajang, keadaannya mungkin berubah. Jalan keluarnya pun dah bertambah baik dan tidak berlubang lagi.

Mengambil masa kira-kira 40 minit, kami pun sampai ke destinasi yang dituju. Dah lama kami tak santai dikedai tersebut sambil makan cakoi , cakoi hotdog atau roti bom, dengan penuh semangat dan ditahap keinginan yang tinggi, keluar dari kereta untuk mengambil tempat duduk. Malangnya kami hanya sempat membeli beberapa paket cakoi dan roti bom untuk bekalan terkini dan bulan puasa sahaja kerana anak tuan punya kedai akan menikah pada hari esoknya. Ana memang sering kesitu untuk membeli stok kerana ana rasa makanan berbentuk deiukian amat ringkas dan senang disediakan.

Walaupun kami gagal menikmati menjamah cakoi yang digoreng oleh 'gadis' anak taukeh, kami masih dapat menikmatinya apabila cakoi yang dibeli digoreng oleh 'mamat' anak anak yang suka memasak tu walaupun jam didinding sudah menunjukkan jam 9.00 mlm. Kami balik melalui Air Molek dan singgah di Tehel untuk menikmati 9 keping Capati, 10 keping Roti Jala dan 4 ketul ayam untuk kami berlima di gerai Pakistan.

Apapun, kami seronok pada petang tersebut....... itulah perangai kami...

HamzahMelaka