Biasalah bila MJ sampai bermakna esoknya ana balik ke Melaka. Saperti biasa MJ ana barada di Segamat dengan menikmati suasana MJ tersendiri. MJ tu...malam Jumaat.
.
Biasanya kalau berkunjung ke Melaka, tak habis dengan membeli belah dan tapak warisannya. Kalau sebut Melaka Raya, ramai yg terbayang karaoke dan dangdut dari mula matahari terbenam hingga lewat malam. Kita lupa ditengah kesibukkan Malaka Raya terbinanya sebuah masjid indah menghadap Selat Melaka. Masjid Selat yang dah lebih 10 tahun usianya sungguh menarik dan sesuai untuk santai petang dengan keluaraga selepas solat Asar. Namun tak ramai kesana kerana kesibukkan trafik dan tersasar dari laluan orang ramai. Kini sebuah komplek Arab City sedang dibangunkan bersebelahan Masjid Selat.
.
Apapun ana dan isteri sempat merakamkan beberapa paparan untuk tatapan semua.......biar kurang Masjid asalkan banyak ke Masjid....