Pages

Monday, March 1, 2010

Dimana Bumi DiPijak (Part 2)

Kita baru saja masuk ke bulam Mac 2010 dan tak lupa juga Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad saw pada 12 RabiulAwal jumaat lepas. Selawat dan Salam keatas baginda dan moga kita semua beroleh safaatnya dihari kemudian.
.
Kesempatan cuti hari Jumaat ana ambil untuk membawa family balik ke kampong serta bermalam disana. Lari dari kesibukan bandar, ruang yang ada memberikan kami banyak masa untuk menjenguk tempat-tempat yang biasa kami lawati pabila berada di kampong. Kami sempat ke Kuala Kg Sebatu untuk mencari ikan atau kupang segar dari nelayan pantai . Tapi, kami gagal mendapatkannya kerana ianya bukanlah masa mendarat nelayan. Kini Kuala Kg Sebatu dalam proses menjadikannya ZIA atau Zon Industri Akuakultur . Moga rakan-rakan nelayan akan memperolehi menafaatnya...
.
Kami juga sempat ke Sungai Rambai dan sempat berhenti diwarung tepian jalan untuk belian kupang serta pelbagai lagi. Keriangan kami terganggu apabila kereta yang ana pandu terbenam ditepi jalan semasa kami berhenti. Mujurlah kenderaan ana tu menggunakan 4WD dan mudah dikeluarkan ...
.
Apapun kami seronok bila bermalam di kg. dengan makan tengahari disediakan oleh hero-hero kami dan termasuk juga minum pagi esoknya. Tempat jatuh lagi dikenang.......