Biasalah bila tiba musim cuti sekolah, 2 event yang biasa berlaku, pertamanya melancong bersama keluarga dan keduanya kenduri mendirikan masjid. Sejak dari mula cuti sekolah, dah bertimbun kad jemputan diterima. Kalau tak dicatit dipapan putih biar senang dilihat, ada juga yg terlupa nak penuhi jemputan. Maaf sajalah mana yang tertinggal.
.
Yang buat kenduri kahwin pun macam dah tak ada masa lain. Tunggu cuti sekolah, kononnya anak buah dan saudara mara ramai membantu. Zaman sekarang ni dah tak pakai tu semua. Semuanya ada perundingcara perkahwinan dan makan minumnya dibayar , asalkan semua beres, hatipun senang. Tapi itu terpulang pada diri sendiri. Tepuk dada, tanya selera dan poket. Janganlah berhabis dek kerana nak bergaya dan menunjuk-nunjuk. Habis majlis salam kautnya pun belum tentu dapat kambus separuh lubang. Akhirnya, pengantin seronok, mak bapak yang merana.
.
Dulu, masa dan zaman ana nak kawin, wang cari sendiri. Kalau rundingnya baik, wang hantarannya tak seberat mana. Bab ni ana kena ucap terima kasih kat bapa isteri ana Teacher LindaCoop (mertuaku lah tu!)yang rasanya tak membebankan ana bila nak menikah dengan anaknya. Walaupun separuh papa masa tu, tapi alhamdulillah semuanya beres. Mas kawin pun tak hutang !.
.
Apapun yang lebih penting adalah pengisian selepas kahwin. Perkongsian yang dipersetujui bersama haruslah dijaga dan diatur dengan baik agar ianya berkembang dan memberi pulangan yang lumayan. Paling penting adalah perancangan hidup walaupun kita tak berapa nak perasan pada masa kita masih kecil ianya harus diteruskan hingga kita hampir ke liang lahat.
.
Kepada yang menerima menantu dan mengadakan majlis mendirikan masjid, moga tabah dan didoakan majlis berjalan lancar. Ana lambat lagi.....isteripun baru satu...haha
.
.
.
.
Selamat Pengantin Lama...