Sepatutnya bila mula tahun baru, blog ini seharusnya berketerampilan baru. namun kekangan masa tidak mengizinkan ana berbuat demikian. Inipun dah lah tak kesua, sebab maklumlah bulan pertama tahun memang begitu. Belum punya momentum , belum punya rempah dan ratusnya untuk dikisar.
.
Apapun ana tertarik dengan nukilan rakan ana, Sdr Rahim Yusof dala blog rakan sekolah ana bagaimana mengisahkan 3 menantu yang mana 2 darinya mendapat hadiah dari ibu mertua kerana bertindak menyelamatkan ibu mertua itu dari tenggelam dilaut. Walau bagaimanapun menantu ke3 mendapat mendapat hadiah paling prestij dari 'bapa' mertuanya kerana membiarkan ibu mertuanya tenggelam kelaut. Walaupun nampak lucu, namun hakikat dihati kecil manusia mungkin begitu agaknya. namun ana menyeru, rakan-rakan ana sekelian supaya jangan terlintas lansung untuk bertindak sedemikian rupa..
.
Yang ana nak kongsi kali ini ialah bagaimana nak jadi insan terutamanya 'lelaki' pilihan. Dari ceramah di TV, kita maklum ada hadith Nabi yang mengatakan bahawa 3 perkara yang disukainya iaitu wangi-wangian, menghormati wanita dan mereka yang beramal ibadat. Berapa ramaikah diatara kita yang boleh berbuat demikian. Biasanya bila kita menyukai insyaallah kita akan disukai. Bila kita menghormati orang, maka kita akan dihormati. begitulah hakikatnya.
Yang ana nak kongsi kali ini ialah bagaimana nak jadi insan terutamanya 'lelaki' pilihan. Dari ceramah di TV, kita maklum ada hadith Nabi yang mengatakan bahawa 3 perkara yang disukainya iaitu wangi-wangian, menghormati wanita dan mereka yang beramal ibadat. Berapa ramaikah diatara kita yang boleh berbuat demikian. Biasanya bila kita menyukai insyaallah kita akan disukai. Bila kita menghormati orang, maka kita akan dihormati. begitulah hakikatnya.
.
Namun untuk menjadi lelaki pilihan wanita bukannya mudah. Tidak timbul tips ini tidak sesuai untuk usia seangkatan ana kerana disukai oleh wanita bukanlah semestinya berakhir dengan perkara yang sangat dibenci oleh golongan wanita sendiri. Tulisan ini hanyalah untuk membuat sedikit alligment kepada rakan-rakan ana sendiri serta pembaca untuk memperbaikki apa yang kalian ada termasuk ana sendiri.
.
Selain perwatakan romantik, lelaki perlulah kemas dan bersih. tidak pengotor dan berserabut. Bergaya mungkin juga ada sumbangannya tetapi perlu tepat pada masa dan ketika. Suatu keadaan yang lain, yang matang juga menjadi pilihan. Kenapa boleh jadi begitu. Mungkin agaknya yang matang itu lebih bijaksana, lebih stabil dan cool. Itu sebabnya rakan-rakan ana sering berkata, lelaki biasanya tidak kaya harta tapi kaya dengan kasih sayang. Betul ker?
.
Satu lagi yang manarik dalam kuliah tersebut ialah minat wanita kepada lelaki yang agak kelakar sedikit atau senang membuat suasana lawak. Itu pun jadi musykil bagi ana. Semua ni, mengkin betul setelah kajian dilakukan. Apapun yang paling penting jadilah lelaki yang boleh membimbing wanita dalam keagamaan kerana itu lebih kekal abadi.
.
Maga rakan lelaki ana semuanya baik hati bukannya murah hati... Jadilah lelaki yang boleh membuat keputusan kerana ketidakpandaian kita membuat keputusan tidak digemari wanita....Wallahwa'lam
Inikah jejaka pilihan Teacher LindaCoop......