Pages

Monday, November 8, 2010

Hargailah Usia !

Alhamdulillah kita masih berupaya untuk mengaharungi kehidupan dengan penuh kesempurnaan. Hanya sebagai manusia biasa kita biasanya terlupa akan segala nikmat dan sering terlupa untuk mensyukurinya. Hari ini, tarikh setengah abad usia ana, 50 tahun telah berlalu dan yang tinggal mungkin sedikit sahaja lagi, hanya Allah yang maha kuasa menentukannya. Ana yakin dengan kehidupan ini, segala ketentuan, usaha yang tertunai atau permintaan yang mungkin belum dinikmati serta segalanya bukanlah milik kita. Usaha dan doa serta berserah itu lebih nikmat dari berusaha tanpa mendapat keredaannya. Ana berdoa agar segala perbuatan kita mendapat keberkatan nya. WallahWa'lam.

Saat paling manis bagi ana ialah membawa isteri ana Teacher LindaCoop dan ketiga-tiga putera ana ke tanah suci untuk Umrah pada tahun 2007.....moga mendapat keampunan sempurna dari yang menjadikan dan semoga ianya tersemat disanubari AqmalUTEM, AmarSriTanjong dan AslamTES ...

Seminggu yang lepas sibuk dengan beberapa majlis yang kesemuanya berlansung di Pasir Gudang Johor. Ipar ana, Sdr Azli dan isterinya Pn Siti berangkat ke Mekah pada 6 Nov 2010 dan disebelah malam sebelum berangkat telah diadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil..turut sama ialah pelajar-pelajar Tahfiz AlQuran Sidi Ibrahim dari Johor Bahru....moga mendapat Haji yang mabrur....insyalllah



Sebelum itu pada 31 Nov, majlis pernikahan dan persandingan Adik ipar (bungsu lelaki) telah berlansung dirumah pengantin perempuan, juga di Pasir Gudang. Alhamdulillah, majis telah berjalan lancar dan majlis dirumah bertandang dirumah pengantin lelaki telah diadakan secara sederhana tetapi meriah...


Selamat Pengantin Baru...


Ini adalah petugas-petugas khas dari PG Marine Sdn Bhd milik Sdr Azli dan Pn Siti...nasib baik ada mereka semua ni, kalau tidak !!...apapun TQ semua...jasamu dikenang..

Seminggu sebelum itu berlansungnya Sambutan Hari Inovasi dan Seminar Kebangsaan Cukai 2010 di opis tempat ana cari makan...OK lah, ada program Berbalas Pantun yang disertai rakan ana, Sdr Othman...tak sangka , dia pun orang seni juga...pantun satuuu!!!


Lepas makan jangan lupa kemas pinggan....masyaallah banyaknyer !!!!