Pages

Thursday, June 24, 2010

Semangat Hang Jebat

Dah hampir 2 minggu tak bersua . Sessi persekolahan pun dah bermula. Tak banyak yang dapat dibuat sepanjang cuti sekolah. Banyak juga jemputan kahwin tak tertunai dan bermacam lagi tinggal begitu saja. Apa yang boleh dikatakan, hargailah masa yang lapang sebelum datang waktu sibuk. Ana juga sempat ke Majlis Penutupan SUKMA ke 13 Melaka 2010, penuh gilang gemilang dan orang Melaka pastinya berbangga dengan penganjuran sukan tersebut..Sebelum Magrib lagi, ana dan family dah berada dalam Stadium Hang Jebat. Panas dan peluh menyimbah tak pun melemahkan semangat kami...itulah Semangat Hang Jebat...ana sempat menunaikan fardu Magrib disurau stadium, luas dan berkarpet biru...tapi malangnya tak berkipas lansung ...apa lagi berpeluh satu badan...Apapun ana puas dengan persembahan penutup dan moga SUKMA akan ke Melaka lagi...

Antara pemandangan dalam Stadium Hang Jebat yang dapat dirakamkam...
.....bertemu Pasukan Petanq lelaki Melaka yang kesemuanya bekas murid SMK Seri Tanjung.....

....semasa ke pameran Read Malaysia di The Mines Kuala Lumpur pada minggu pertama Cuti sekolah...

...sebelum ke Stadium Hang Jebat, sempat ke jemputan kahwin di Masjid Tanah, rakan guru Teacher LindaCoop...Selamat berumahTangga buat Cikgu Md Zin....