Pages

Friday, June 4, 2010

Khazanah Alam (Part 2)

Kadang-kadang tak semua yang kita inginkan akan dapat dinikmati dan bukan semua yang orang lain harapkan dari kita, dapat kita penuhi. Yang lebih penting kita haruslah sentiasa redha atas semua perkara selepas berusaha dan bersyukur akan segala bentuk nikmat yang telah kita nikmati di bumi Allah ni.
.
Mungkin lama dah blog ini tidak dijengok dan pada minggu lepas sekali lagi ana , isteri ana Teacher LindaCoop serta Aqmal UTEM menuju ke Jerantut atas sedikit urusan perniagaan Koperasi Sekolah yang masih belum selesai. Melalui jalan yang berbelok-belok membuatkan kami tak senang diam dalam kereta. nasiblah ada pemandu gantian..apapun jalan yang ana lalui adalah lebih baik dari jalanraya yang menghubungkan Segamat - Tangkak yang tak berubah-ubah dan memedihkan hati serta pandangan sejak bertahun-tahun dulu..

Mengambil peluang ke Jerantut, kami sempat juga sekali lagi ke Taman Negara...masih banyak lagi yang belum dijejaki.. 

Trek yang lembab dan licin menyukarkan perjalanan, tapi yang seronoknya kami tersempak dengan sebuah keluarga yang sedang asyik santap dipertengahan laluan...berselera nampak !!




Selesai laluan hutan kami menyusuri sungai untuk ke air terjun dan Pusat Pemuliharaan Ikan Kelah...laluannya menyiksakan,penuh batu dan jeram.. apa nak buat.. harung juga..