Pages

Sunday, August 2, 2009

petanq 'double' Terbuka Melaka dan Hari KOHEM

Dua hari ni memang sibuk sikit, isteri tercinta Teacher LindaCoop sama sibuk, Bendahari Persatuan Petanq Negeri Melakalah katakan... Ana pun turut sama memesrakan keadaan dengan turut serta dalam aktiviti tersebut. Bermula dari pagi Sabtu KOPSERTA turut sama ambil bahagian dalam Hari KOHEM SMK Seri Tanjong dan disambung dengan Petang di Gelanggang Petanq berdekatan sekolah dan sehinggalah menanti siapakah juara pada petang Ahad. KOHEM nampaknya macam berjaya dan 'bergaya' dengan penyertaan yang pada pendapat ana amat menggalakkan. Tentu banyak untuk yang dapat.....
Apa yang ana nak cerita ialah lebih kepada tentang Petanq. Rasanya teramat 'grand' pertandingan tu sehingga TYT Negeri Melaka yang rasmikan . Malangnya selepas jamuan , malam tu jugak pihak JKR dan Penerangan dah angkut barang-barang mereka sebaik saja TYT meninggalkan majlis. Tinggallah petugas dengan 'pembesar suara asli' untuk teriak dan panggil ketua pasukan bagi cabutan undi. Itulah fitra kehidupan, tunjuk baik dan elok depan orang yang dipandang 'paling atas', bila dengan yang lain.. 'siapa kau' aku nak layan...
Yang paling menarik tentang petanq ni adalah sambutan dari seluruh pelusuk negara kecuali Sabah dan Sarawak yang sedia datang untuk menyertainya. Hebatkan ? itulah yang dikatakan minat. Andai pertandingan dibuat diserang laut sekali pun, sanggup kumpul wang dan luangkan masa untuk datang. Ana memang tabik... rasanya ana tak sanggup buat macam tu... setakat baling bola besi tu, dalam keadaan hujan dan panas, gelanggang tanpa atap, panas batu dan pasir bila gelanggang dipanah matahari, rasanya banyak lagi permainan yang lebih menyeronokkan..
Kadang-kadang ana terfikir , Petanq ni bukan satu sukan tetapi lebih kepada hobi , sebab kesungguhan dan sifat tidak kisah tentang makan, tempat tinggal dan keselesaan dari pemerhatian ana tidak dipentingkan lansung oleh peserta. Perkara ini ana dah luahkan kepada Cikgu LindaCoop dan dia macam 'nak' setuju dengan pendapat ana. Tak ubah macam kaki pancing, sanggup tidur tepi pantai atau sungai demi menunggu umpan diragut ikan, tak kira waktu, hujan dan sebagainya. "Keseronokkan" menyertai Petanq sangat tinggi dikalangan peserta, manakan tidak, kalau yang tersingkir awal, diukur dari segi perniagaan memang merugikan sebab pendaftarannya saja sudah RM 60 untuk lelaki dan RM 50 untuk wanita. Itu tidak masuk minyak dan tol dan makan selama 2 hari yang ditanggung sendiri.
Apapun kerana minat dan 'hobi', kita memang sanggup mengeluarkan sejumlah belanja, manalah tahu dengan pelaburan yang sedikit tu akan memberikan sejumlah RM 2500.00 jika bergelar juara. Juara cuma sepasukan, yang tersingkir sudah pastinya ramai tapi jangan lupa kita juga boleh mengeluarkan sejumlah wang dengan bersedekah untuk pelaburan yng lebih kekal dan besar pulangannya... wallahwa'lam
hamzahMelaka