Alhamdulillah, dah hampir setahun terbinanya blogini, dah hampir 2 tahun ana berhijrah sementara di Segamat dan seminggu lagi adalah Ramadhan yang ke 3 kali ana di Segamat dan macam-macam lagi ... Arwah ibu dulu selalu ingatkan supaya berbuat kebajikan dibulan Ramadhan dan akan adakan kenduri tahlil sebelum Ramadhan serta bersedekah semasa Ramadhan.... tak kurang juga, penerapan budaya kebersihan sempena menyambut Ramadhan..
Sabtu lepas ana ambil kesempatan, bawa anak dan isteri ke Segamat untuk bantu bersihkan rumah tumpangan sementara ana .....setelah hampir separuh hari, barulah rumah tempat tinggal ana tu kelihatan sempurna untuk didiami..maklumlah, seminggu mungkin 2 atau maksima 3 mlm ana beradu disana , yang lainnya dimana lagi kalau tidak di Melaka . Apapun terima kasih kepada isteri dan anak-anak ana yang sedia membantu dan diakhiri dengan upah Makan Nasi Ayam Gemas di Taman Yayasan..moga usaha ini akan berterusan..
Jarak yang jauh mengambil masa lama untuk sampai...nasiblah Along UTEM sedia jadi pilot..apapun jalan Segamat-Tangkak tidak mesra pengguna kerana terlalu banyak selekoh dan jalannya amatlah sempit ..tak tahulah sampai bila keadaannya akan berubah...gambar puncak Gunung Ladang diliputi awan..
Antara pemandangan bandar Segamat....
Inilah rumah sewa tempat tinggal ana seorang diri...malam takut juga !!!