Alhamdulillah, diberikan usia dan waktu ketemu lagi dalam blog merapu ni setelah beberapa hari sibuk dengan aktiviti dan cerita WC (World Cup) yang tak habis-habis. Walaupun ana tak pandai main bola, tapi minat telah sekian lama, sejak dibangku sekolah hinggalah sekarang. Satu ketika dulu di zaman Soh Chin An menjadi Kapten Melaka, seawal jam 4.30 ptg ana dan rakan dah santai kat Stadium Kubu bila ada perlawanan dan tragedi yang tak dapat ana lupakan adalah pabila bumbung Balai Raya yang hampir dengan sttadium runtuh akibat terlalu ramai di atasnya untuk menonton percuma. Masa WC berlansung selama sebulan ni, ana pun tak lepaskan peluang menonton, tapi taklah kegilaan sangat, sampai nak bangun tengahmalam, bercengkang mata. Bila bangun pagi mengantuk tak tentunpasal, lepastu bila berkerja tak cukup tumpuan. Percayalah, habis saja WC, tak kemana pun, balik asal. Pada ana, ianya hiburan semata-mata...lagipun Pasukan pilihan ana dah terkulai dipertengahan jalan.
Apapun, kita jangan sampai terleka dek hiburan dunia saja, sibuk dengan aktiviti dunia yang tak henti-hendi serta mengejar sesuatu yang tak sehingga manapun didunia ini. Sebuag hadith menyebut, barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai cita-cita yang terutama dalam hidupnya, maka Allah akan memberikan 4 perkara;
Satu, Kesusahan hati yang tidak putus-putus selamanya
Dua, Kesibukan yang tidak akan selesai selamanya
Ketiga, 'Kemiskinan' yang tidak berkesudahan dan
Keempat, Angan-angan yang berpanjangan.............Wallalwa'lam
Walaupun agak ketat aktiviti mingguan, ana sempat ke Sambutan HKS sekolah isteri ana Teacher LindaCoop...banyak gerai jualan dibuka dan katanya ramai yang mengaut untung besar.....
Gerai Jualan Kelas Amar Sri Tanjng dan rakan-rakan....berjualan ker atau mengadap komputer !!
Cikgu Emi pun turut berjualan...tentu ramai yang berbelanja kat gerai tu!
Hari mingggunya, ana dan ke Wangsa Maju untuk satu majlis kahwin anak sepupu ana...lihatlah majlisnya ...boleh tahan juga, ala Inggeris .....