Pages

Monday, April 25, 2011

Bermulanya 1 Impian...

Memang hajat dan cita-cita untuk menetap kat kg bila tiba masa dan ketikanya. Alhamdulillah, kini semuanya baru saja bermula...mudah-mudahan pembinaan kediaman ni selesai tanpa masalah.. bermula pada 20 april lepas dan dijangka siap sepenuhnya pertengahan atau akhir September 2011

Terbinanya rumah ini, mudah-mudahan akan memberi keselesaan saudara mara untuk berkunjung dan menikmati suasana kg kelahiran , sama-sama membesar dan bermain semasa kecil bersama ibu tersayang dan ayah yang kini telah tiada...yang tinggal hanya kenangan manis yang sukar dilupakan dan pasti tak akan berulang lagi.....insyallah ana akan berpindah ke teratak ini pada Jan 2012...

Tapak asal yang sedia ditambak dan ditinggalkan kosong hampir 10 tahun...


Kerja-kerja penyediaan tapak dan stump ...

Kerja-kerja tapak telah bermula pd 20 April 2011 dan setelah 2 minggu Mat Bangla dan Mat Nepal bekerja dari pagi hingga petang... berubahlah strukturnya....


Semasa pembersihan dan penghapusan pokok kelapa yg tak produktif...sebab kerap disegat lebah, JCV pun guna kelambu........ 

Acam TES berlatarbelakang pohon durian....


Kolam pun dah digali...nak pelihara ikan apa ? Ikan Duyung kot... 

    

Sejak terbina Lebuh AMJ, habitat binatang nie dah terganggu dan berpindah tidak menentu..Pt Pendekar menjadi sasaran..dahlah mudah biak, malah merosakan tanaman...operasi kerap dilakukan... agak sukar sebab dilakukan di kawasan kediaman orang kg..... 

No comments:

Post a Comment