Pages

Thursday, June 16, 2011

TTP atau BH !

Alhamdulillah , sejak Januari 2011 ana berusaha mendapatkan semula wang pembatalan Umrah kami, akhirnya tertunai juga. Syukur kehadrat Allah kerana dengan izinnya jua dugaan ini dapat ditempuh dengan tabah dan penuh sabar. Walaupun amaun kecil bagi sesetengah orang namun ianya sungguh bererti buat kami kerana usaha itu membuktikan penghasilan dan akhirnya akan berhenti menjadi bualan ramai termasuk sindiran sinis rakan-rakan.

Apapun semuanya telah berakhir , jumlah dituntut telah diterima sepenuhnya dari Agen berkenaan pada 13 Jun lepas. Tuntutan Tribunal Penggunan telah didengar pada 10 Mei 2011 dan berita award yang diberikan telah tersiar di muka akhbar Melaka Hari Ini dan Sinar Harian Edisi  Tengah.. Tindakan lambat oleh Agen telah menyebabkan Laporan ke Penguatkuasa KPDNKK Negeri Melaka telah dibuat. Dalam pada itu juga pada 12 Jun 2011 sekali lagi tersiar di akhbar Berita Minggu edisi Khas berkaitan penipuan Wang Umrah .

Ana tak pasti yang manakah lebih berperanan sehingga tidak terlintas lansung wang tersebut dikembalaikan tanpa diduga....TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA (TTP) atau BERITA MINGGU......

Biarlah Agen Pelancongan menjadi rahsia...tapi bagi yang ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi ana 0196660041....syukur !

No comments:

Post a Comment