Pages

Monday, November 14, 2011

Aidil Adha Pengorbanan Teragung

9 Zulkijjah 1432 adalah hari dimana seluruh tetamu Allah wukuf di Arafah dan seharai selepas itu kita semua menyambut AidilAdha. Hari kemenangan yang dituntut untuk kita melaksanakan ibadah korban. Mengingkap kembalai pengorbanan Nabi Ibrahim ke tas anaknya Nabi Ismail semata-mata untuk tidak mengingkari perintah Allah dan akhirnya diganti dengan binatang sembelihan. itulah pengorbanan pa;img agung yang perlu kita hayati dan mengambil ikhtibar darinya.

Berlainan dengan kita terutama zaman mutakhir kini yang terlalu sukar dan liat untuk berkorban. Asyik dengan kenderaan dunia tetapi lupa akan kenderaan akhirat. Berkorban wang ringgit untuk melancong kesana sini tetapi sukar mengumpul wang untuk tuntutan sekali menunaikan Haji dan bermacam lagi...wallahwa'lam

Bersama isteri selesai sembahyang sunat AidilAdha di Masjid Selat, Pulau Melaka, Melaka

 
Anak-anak kami...Amar, Aslam dan Aqmal.. ..
 

Tuesday, November 8, 2011

Usaha Pasti Jaya

Alhamdulillah pada 3 Nov lepas, ana dapat hadir ke Majlis Kecemerlangan di SMK Seri Tanjong...dalam masa yg sama isteri ana berada di Shah Alam atas kapasiti Guru pengiring Koperasi yang berjaya keperingkat kebangsaan Program Keusahawanan Pelajar Koperasi..

Alhamdulillah sekali lagi pabila anak kedua ana, Amar Sri Tanjong yang akan menduduki SPM tahun ini mendapat 2 anugerah...pertama sebagai penerima sahsiah terpuji Tkt 5 dan Kecemerlangan Pelajar berasaskan keputusan peperiksaan percubaan SPM...Tahniah buat Amar Harris, moga momentum ini dapat diteruskan hinggalah peperiksaan SPM bermula pada 14 Nov dan tamat di awal Dis 2011 nanti..


Ayah sentiasa mendoakan kesihatan, ketenangan , keupayaan berfikir dan kesihatan yang baik buat Amar dan moga kejayaan menyebelahi orang yang berusaha insyallah.....


Tahniah Amar....





Senyuman 3 orang pendidik....

Monday, October 17, 2011

Niat Yang Mendalam

Musim Haji 1432H telahpun menjelang. Penerbangan pertama telahpun bermula sejak 29 September lepas. Umat islam yang terpilih menjadi tetamu Allah musim ini tentunya teruja dengan penuh kesyukuran dan ketakwaan memohon agar ibadah yang dituntut sekali seumur hidup jika mampu diterima oleh allah SWT. Mohon kempunan dan mohon diperteguhkan iman serta sihat tubuh badan menjalani ibadah serta selamat pergi dan juga selamat kembali.

Ramai rakan termasuk rakan-rakan fb berangkat ke Mekah musim ini tidak terkecuali saudara ana, kakak ipar Pn nLiza bersama suami En Zain yang telahpun berlepas pada 4 Oktober lalu serta adik ipar Pn Lina bersama suami Cikgu Razak yang dijangka berlepas pada 21 Oktber ini. Ana doakan kedua pasangan akan beroleh kesihatan, ketenangan, penuh tumpuan, harmoni suami isteri dan paling penting dapat menjalani ibadah tanpa gangguan. Moga Haji mereka mabrur dan mendapat keampunan sepenuhnya dari yang menjadikannya...insyaallah

Bersama Sdr Md Zin di Komplek Haji Kelana Jaya.....selamat berangkat...


Asraf....

Thursday, September 29, 2011

Moga Berkat Usia

Alhamdulillah kita masih bernafas dan diberi nikmat tidak terhigga ketakat ini yang membolehkan kita berbakti dan mengharungi hidup dengan penuh keinsafan terhadap yang menjadikannya. Sudah pasti nikmat iman adalah segalanya dan insyaallah berkat usaha dan doa kita akan mencapai keberkatan hidup dunia dan akhirat.

Semalam 28 September adalah hari ulang tahun ke 12, anak ana Aslam TES dan tahun hadapan akan menjejakkan kaki ke sekolah menengah...insyaallah. Sambutan ringkas berupa makan malam sekeluarga berserta Atuk dan Neneknya di Muara Sg Duyung adalah atas pilihan dirinya sendiri. Ayah dan Mama senantiasa mendoakan keberkatan usia buat Aslam dan berharap Aslam akan lebih matang dalam tindakan serta pemikiran. Mudah-mudahan usia yang ada tidak dipersiakan dengan perkara tidak berfaedah tanpa sebarang matlamat hidup. ..moga Alllah sentiasa memberkatimu......





Tuesday, September 13, 2011

Syawal Sebulan !

Alhamdulillah kita telahpun dapat merayakan kemenangan setelah sebulan berpuasa melawan nafsu serta menahan diri dari perkara yang membatalkannya. Mudah-mudahan kemenangan ini dapat dikecapi dalam suasana penuh keinsafan dan tidak terosak oleh godaan syaitan dan nafsu pabila tamatnya Ramadhan. Tahniah dan syabas juga kepada mereka yang menghiasi kemenagna ini denga 6 hari berpuasa serta meneruskan kegembiraan sekadarnya. Mudah-mudahan kita tidak hanya bergembira menyambut Syawal tetapi bersedih dan lemah semangat semasa dibulan Ramadhan.

Ana sempat merakamkan beberapa foto sempena AidilFitri lepas. Moga kunjungan ana ini akan memberi erti kepada anak-anak ana tentang pengisian ziarah dan kunjungan saudara mara dan sahabat handai. Insyaallah mungkin tahun ini adalah sambutan raya terakhir semasa menetap di Bandar Melaka dan insyaallah tahun hadapan jika diizinkan , ana akan menyambutnya dirumah kekal ana di Kampung Sebatu, Merlimau, Melaka...insyaallah
Dipagi Syawal...Aslam, Aqmal dan Amar...

Bersama Datuk dan Nenda sebelah isteri ...ana yatim piatu !

Ipar dan Biras... 

Gaya cucu-cucu Datuk dipagi Raya.... 

Sepupu Mertua ...Mak Endun...macam YB pun ada ...!!

Adik Bapa Mertuaku...Pak Cik Yunue dan isteri... 


Salam kosong ker penuh...Azli dengan Mak Ngah..kakak Bapa Mertuaku...umur...mungkin lebih 85 tahun....syukur...!!

Rumah Abang ana...Bang Long Jazmi di Alor Gajah.... 

Satu-satumya yg masih ada...Mak Saudara ana di Kesang Laut Melaka...mudah-mudahan diberikan kesihatan yang baik..... 

Wednesday, August 10, 2011

Layakkah Kita Berhari Raya !


Masjid Jamek Kg Jawa Segamat

Hari ini sudah Ramadhan ke 10 dan alhamdulillah diberi nafas dan usia untuk terus mengaharungi kehidupan dengan penuh tabah dan selesa sekali. Moga ianya berterusan hingga suatu waktu penentuan yang kita sendiri tidak ketahui. Dah agak lama ana tak mencoret santai di blog ini. Mungkin hampir 2 bulan dan insyaalah dalam kesibukan Bulan Ramadahan, bulan penuh keberkatan dan keampunan ini dapat ana meneruskan segelumit minat ini bagi melahir dan menzahirkan apa yang tersirat . Pastikan pengisian Ramadhan mengikut acuan yang betul dan benar bagi melayakkan kita Berhari Raya.

Saperti biasa di hari pertama, ana meneruskan legasi arwah ibu tercinta, ana dan keluarga ke Madrasah/Sekolah AlNuriah, Sg Ugang, Melaka untuk sedikit sumbangan. Alhamdulillah dan terima kasih kepada isteri serta anak-anak kesayangan turut serta dan sama-sama meredhai tindakan yang dilaksanakan. Moga dan berdoa agar kesinambungan usaha mulia ini akan diteruskan oleh mereka kelak tanpa akhirnya.

Tahun ini, sapertimana biasa persediaan sederhana menjadi pilihan . Ramadhan haruslah dipenuhi semampu mungkin . Pembaziran perlulah dielakkan . Kita sering bercakap bahawa pembaziran itu perbuatan syaitan. Berbelanjalah dengan berhemat dan pastikan makanan tidak terbuang begitu sahaja selepas berbuka. Doa dan keampunan dipohon mana terkurang, lebih terfikir dibenak fikiran adalah masa depan Aslam TES dan Amar Sri Tanjung yang akan menduduki UPSR dan SPM selepas EidulFitri nanti. Moga kejayaan menyebelahi kami, namun ana sentiasa redha akan ketentuannya.

Sedikit tentang Pasar Ramadahan yang rata-rata mendapat sambutan. Juadah dan segala macam makanan menyentuh selera kita .  Jagalah nafsu mata sebelum membeli dan pastikan sekali lagi samada kita benar-benar ingin menikmatinya atau sekadar suka membeli tanpa had dan akhirnya ditongsampahkan. Insyaallah segalanya akan berjalan dengan baik. Tahniah juga kpd Warga Penjawat Awam termasuk juga isteri ana Teacher LindaCoop  yg akan menikmati bonus 1/2 bulan Ogos ini. Sukacita juga diingatkan bahawa wang bukanlah segalanya TETAPI segalanya memerlukan wang.....fikir-fikirkanlah..


Singgah di Hang Tuah Mall untuk pekena Teh Tarik selepas Solat Tarawikh malam pertama Ramadhan di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka...


Thursday, June 16, 2011

TTP atau BH !

Alhamdulillah , sejak Januari 2011 ana berusaha mendapatkan semula wang pembatalan Umrah kami, akhirnya tertunai juga. Syukur kehadrat Allah kerana dengan izinnya jua dugaan ini dapat ditempuh dengan tabah dan penuh sabar. Walaupun amaun kecil bagi sesetengah orang namun ianya sungguh bererti buat kami kerana usaha itu membuktikan penghasilan dan akhirnya akan berhenti menjadi bualan ramai termasuk sindiran sinis rakan-rakan.

Apapun semuanya telah berakhir , jumlah dituntut telah diterima sepenuhnya dari Agen berkenaan pada 13 Jun lepas. Tuntutan Tribunal Penggunan telah didengar pada 10 Mei 2011 dan berita award yang diberikan telah tersiar di muka akhbar Melaka Hari Ini dan Sinar Harian Edisi  Tengah.. Tindakan lambat oleh Agen telah menyebabkan Laporan ke Penguatkuasa KPDNKK Negeri Melaka telah dibuat. Dalam pada itu juga pada 12 Jun 2011 sekali lagi tersiar di akhbar Berita Minggu edisi Khas berkaitan penipuan Wang Umrah .

Ana tak pasti yang manakah lebih berperanan sehingga tidak terlintas lansung wang tersebut dikembalaikan tanpa diduga....TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA (TTP) atau BERITA MINGGU......

Biarlah Agen Pelancongan menjadi rahsia...tapi bagi yang ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi ana 0196660041....syukur !

Monday, May 16, 2011

Ke Mahkamah Tribunal

Ada masanya kita gagal mengawal keadaan. Ada masanya kita terlampau berlembut hati hingga kita mampu diperlekeh dan dipermainkan. Ada kalanya kita redha dengan apa yang menimpa. tapi kali ini, ana dan TeacherLinda mungkin telah sampai hadnya. Yang ditunggu tak sampai-sampai. yang sampai dan terima adalah janji...janji dan janji. Bila sampai masa, 'hapah' (bahasa Melaka kot) benda pun tak nampak.

Akhirnya ana dan isteri bawa kes ke Mahkamah Tribunal Melaka. Mudah-mudahan ianya menjadi pengajaran dan maklumat untuk semua rakan dan pembaca untuk bertindak mengikut saluran yang betul jika berlaku sedemikian rupa. Apapun kami diserbu wartawan setelah selesai pendengaran dalam mahkamah dan ianya telah tersiar dalam Sinar Harian pada 11 Mei 2011. Walaubagainapun, RM nya masih belum dapat dan perlu menjalani beberapa sessi tindakan seterusnya.

Moga niat baik kami dimakbulkan. Awas lah dengan Travel Agent yang tidak bertangungjawab !


TeacherLinda sedang menjawab pertanyaan wartawan....

Keratan Akhbar Sinar Harian 11 Mei 2011.. 



di Melaka Hari ini...


Monday, April 25, 2011

Bermulanya 1 Impian...

Memang hajat dan cita-cita untuk menetap kat kg bila tiba masa dan ketikanya. Alhamdulillah, kini semuanya baru saja bermula...mudah-mudahan pembinaan kediaman ni selesai tanpa masalah.. bermula pada 20 april lepas dan dijangka siap sepenuhnya pertengahan atau akhir September 2011

Terbinanya rumah ini, mudah-mudahan akan memberi keselesaan saudara mara untuk berkunjung dan menikmati suasana kg kelahiran , sama-sama membesar dan bermain semasa kecil bersama ibu tersayang dan ayah yang kini telah tiada...yang tinggal hanya kenangan manis yang sukar dilupakan dan pasti tak akan berulang lagi.....insyallah ana akan berpindah ke teratak ini pada Jan 2012...

Tapak asal yang sedia ditambak dan ditinggalkan kosong hampir 10 tahun...


Kerja-kerja penyediaan tapak dan stump ...

Kerja-kerja tapak telah bermula pd 20 April 2011 dan setelah 2 minggu Mat Bangla dan Mat Nepal bekerja dari pagi hingga petang... berubahlah strukturnya....


Semasa pembersihan dan penghapusan pokok kelapa yg tak produktif...sebab kerap disegat lebah, JCV pun guna kelambu........ 

Acam TES berlatarbelakang pohon durian....


Kolam pun dah digali...nak pelihara ikan apa ? Ikan Duyung kot... 

    

Sejak terbina Lebuh AMJ, habitat binatang nie dah terganggu dan berpindah tidak menentu..Pt Pendekar menjadi sasaran..dahlah mudah biak, malah merosakan tanaman...operasi kerap dilakukan... agak sukar sebab dilakukan di kawasan kediaman orang kg..... 

Wednesday, April 20, 2011

Kehangatan Saigon

Ahamdulillah dapat ketemu lagi dalam blog ini. Kesibukan telah menghalang ana untuk mencoret sesuatu diblog ini. Benarlah, gunakan waktu lapang sebelum datang waktu sibuk...

Rombongan Ci Kiah selama 4H 3M ke Ho Chi Mint atau dikenali dengan Saigon satu masa dulu amatlah teruja dan menceriakan. Hasil gigh rakyat Vietnam selepas perang membuatkan Vietnam dikenali dimata dunia khasnya kesudian menyedia kemudahan dan kemesraan menyambut pelancong.

Apapun menjejakkan kaki ke Vietnam amatlah menyeronokkan terutama bagi wanita yang gemar membeli belah...namun awas bagi kaum lelaki kerana .....


Saigon Internatinal Airport..



Bangunan sejarah tinggalan Peranchis

Saigon juga dikenali Motor Bike City


Jangan lupa untuk membeli belah....

Kesan semangat dan kesungguhan rakyat Vietnam menentang penjajah...di Gu Chi Village





Delta Mekong....







Bersama Chef Muhamad Foo di Satay House, Saigon


Mungkin sedap agaknya...hidangan istimewa rakyat Vietnam ?


Rombongan Cik Kiah....


Bertemu dengan mantan KSN di Hotel yg sama...Tan Sri Halim Ali...


Peninglah Juruteknik kalau nak baiki....sam spt di Thailand  !!!