Pages

Thursday, September 30, 2010

Mohon Keberkatan Usia


Kadang kita lupa bahawa pemberian tuhan tu bukan setakat hartabenda, kesihatan badan, anak-anak atau pangkat dan darjat semata-mata. Nikmat kehidupan harian, kebahagian rumah tangga dan terasa selesa dengan keadaan keliling pun adalah pemberian tuhan yang perlu kita syukuri termasuklah usia kita yang kita tak tahu dimana penghujungnya juga perlu kita syukuri serta mohon keberkatannya. Semuanya ini akan digambarkan dengan kebahagian yang kita lalui sepanjang hayat.

Riwayat Hukamah, Lima jalan untuk mencapai kebahagiaan dan keselamatan; bermusyawarah untuk sesuatu pekerjaan, bersungguh-sungguh dalam mencapai tujuan, berbuat baik setiap hari, mensyukuri apa yang telah kita miliki dan janganlah kita memuji diri sendiri. Wallahwa'lam.

Selasa lepas, Aslam TES genap usia 11 tahun. Tak ada hadiah istimewa dari ana untuknya, memadai dengan doa dan mengharap agar Aslam TES diberikan jalan yang penuh berkat untuk mengharungi hidup ini. Untuk Aslam, ayah doakan agar menjadi anak yang soleh, berguna untuk ugama, ayah dan mama dan masyarakat serta negara, insyaallah.


Untuk tak menghampakan, kami makan malam di Medan Ikan Bakar Kuala Duyung..cerialah Acam !
Putera Bungsu..
Teacher LindaCoop sedang merenung laut agaknya....

Sibuk ngan hp dia...

Menyambut Hari Lahir yang sama ngan Aslam TES ialah Boss ana, Mr Wan...selepas Mesyuarat petang esoknya, kejutan acara memotong kek Hari lahir di adakan...Happy Birthday Boss!!..moga bertambah ceria untuk hari-hari mendatang

No comments:

Post a Comment