Alhamdulillah, kita telahpun selamat menyambut Hari Raya setelah 30 H berpuasa dengan jayanya. Saperti biasa, dalam kegembiraan menyambut raya, diperhatikan banyak perkara biasa yang perlu diperbetukan dan banyak perkara betul yang perlu dibiasakan terutama dalam menghormati huluran salam dan peluk cium bagi yang bukan mahram.. kadang-kadang ana juga terlepas pandang perkara ini disebabkan kebiasaan saban tahun. Insyaallah berkat doa dan kesungguhan, mudah-mudahan kita akan berubah.
.
Seminggu lepas raya, ana ke Pasir Gudang untuk menghadiri Majlis pernikahan Sdr Uteh (nama timangan). majlis penuh erti lagi meriah ni dilaksanakan dengan jayanya oleh ipar ana Sdr Azli dan Sdri Siti (kakak pengantin) yang bertindak sebagai penjaga dari kecil . Selepas majlis akad nikah di Surau Taman Mawar disebelah pagi dan diikuti dengan jamuan Hari Raya disebelah tengahari , pengantin diraikan dalam majlis makan malam di Tanjung Puteri Golf Resort. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tahniah kepada Adi dan Siti yang sponser semua event tu yang juga pemilik PG Marine dan Sitty Travel.
Sdr Azli turun padang memeriksa persiapan di Surau Taman Mawar
Ibu Mertuaku, Aper dan isteri ana..entah apa yang direnungkan !!
Ibu Siti memeriksa persiapan terakhir
Pengantin belum jadi.....alahai !!!
Wajah seorang bapa !
Bapa Mertuaku dan bakal besan..bila lagi tu !
Antara yang dapat dirakam majlis akad nikah di Surau Taman Mawar..
Aku terima nikah.........dengan mas kahwinnya ......ringgit, TUNAIII
Linda, Inah dan Liza dengan Ibu Tersayang !!
Senyum Bang !!!
Makan Malam di Tg Puteri Golf Resort
Rasa nak makan kek kat belakang tu !!
Teringin....ha ha ha !
No comments:
Post a Comment