Pages

Saturday, January 9, 2010

2009 Yang Berlalu

2009 baru saja pergi meninggalkan kita. Usia yang ada bukannya makin panjang, tetapi semakin singkat mengejar waktu. 2009 juga menimbulkan banyak kenangan manis khususnya tersedianya blog merapu ni. Terima kasih sekali lagi untuk Cikgu Jumali yang memberi panduan asas membinanya hingga mampu terbentuk setakat ini. Kadang-kadang memang dirasakan tiada pembacanya, tapi ana seronok walaupun ada keadaan nya, sendiri tulis dan sendiri baca.
.
Tahun 2009 juga menemukan ana dengan rakan SMSJ77. Walaupun setakat melalui telefon dan blog, amat menyeronokkan. Terima kasih Sdr Alimor...Ana juga teruja apabila dapat berjumpa rakan Semenggok di Sabah dan menghadiri majlis kahwin di rumah Sdr Ased. Apapun 2009 pada ana, tahun yang agak tak menghadapi suasana yang tak diingini dan disukai sepanjang melaluinya dari Januari hinggalah ke malam 31 Dis. Moga semua kenangan yang dilalui akan menjadi panduan dan ingatan demi memperbaiki keadaan yang sediada....harap 2010 bertambah ceria dan makmur.... insyallah
.
Antara event untuk tatapan khususnya pembaca setia, isteri tercinta Teacher LindapCoop, anak-anak, Aqmal UTEM, Amar Seri tanjong dan Aslam TES, anak-anak buah, saudara mara dan rakan-rakan semua dimana saja berada. Pembacaan anda semua akan memberi semangat dan kesungguhan untuk ana terus menulis.....

Paling seronok ke Jakarta dan Bandung ialah mengalami kesesakan (macet) yang amat teruk di Jakarta dan bus rosak dipertengahan jalan. Tapi, geram kami terubat bila Pak Polisi datang dan layan kita orang. Ada yang sempat masuk patrol car untuk dengar muzik dangdut...

















Sesekali melayani anak-anak bersama keluarga yang lain do Kota Keriangan Genting seronok juga. Kalau ada sponser lagi best...memang banyak permainan tapi agak tak berapa nak berani....penakutlah tu !


















Ketika mengahdiri makan malam majlis perkahwinan anak Datuk Damanhuri dan Datin Enjah (...saudara isteri ana) di Damansara. Makan malam diiringi muzik Bale-bale (macam Indon jer) dan kami sempat merakamkan gambar di pelamin. Nani pun sama juga, tapi bukan kerana rela, tapi dicabar dengan bayaran RM 50... macamana Nani ?














Lawatan ke Aceh memang meninggalkan kesan mendalam, disambut keriangan waktu tiba disaluti hiba bila melalui tanah perkuburan mangsa tsunami.... kalau nak shopping, Aceh bukan tempatnya..










Dah lama tak menembak, gian juga. Tahun ni ana ikut isteri ana Teacher LindaCoop yang juga Guru Pasukan Kadet Sekolah. dari pagi sampai petang di Lapang sasar Terendak Kem, melecet juga bahu sebab dah lama tak guna M16 selepas keluar baris beberapa tahun lalu. Ana yang pakai trek biru dan baju hitam tu..











Biasalah bila sampai musim buah, ana akan bawa isteri dan anak-anak ke Segamat. Orang kata durian Segamat 1st class.......















Dalam kesibukan keluarga masing-masing, anak-anak Pok Cek dan Mak Yah ( mertua analah tu...), sempat juga mengumpulkan anak-anak, menantu dan cucu-cucunya dalam Program Hari Keluaraga di Pusat Korikulam Merlimau Melaka... seronok juga..














Raya tahun ni, Amar Seri Tanjong berjaya mengekalkan kemahirannya menganyam ketupat. Moga warisan ini dapat kekalkan sapertimana ana mewarisinya dari arwah ibu...
















Ke Sabah amat menyeronokkan, dapat ke dairy farm dan macam-macam lagi. Paling istimewa, dapat jumpa dan dijamu rakan Semenggok yang dah hampir 30 tahun tak jumpa...tengoklah kepala kami bertiga, tak tumbuh rambut lagi !












Bapa dan ibu Teacher LindaCoop serta saudara lelakinya termasuk adik perempuan dan iparnya ke Mesir sebelum menunaikan Umrah.... hanya gambar kat KLIA yang ader sebab ana dan isteri tak ikut sama.....















1 comment:

  1. gambar yng atas pelamin tu cntik kena dgn baju.....mcm ada hati nak naik lg ke....jgn marah cikgu lindaCoop....

    ReplyDelete