Kadang-kadang ada antara kita menganggap, bila sampai tamatnya satu tahun, maka berakhirlah satu 'episod'. Bila bermula tahun baru, maka bermulalah episod yang baru. Seolah-olah macam drama bersiri dalam TV. Maka dengan sebab itu, ramai diantara kita akan mencetak senarai azam yang baru pabila tahun baru muncul. Senarai azam lama, entahkan terhasil atau termakbul dah tak penting lagi. Dibibir kita hanya terlintas soalan dan angan-angan dengan azam yang baru.
.
Bercita-cita kononnya untuk berhenti merokok, berhenti beradu nasib di ENE, berangan-angan mendapat keuntungan lebih atau apa saja berbentuk pengharapan material adalah azam lapuk yang sepatutnya tak perlu diulang untuk tempoh puluhan tahun. Azam yang begitu, ana dah dengar sejak ana berhingus lagi hinggalah kini.
.Cubalah kita beralih arah yang berbeza sedikit dalam mengolah azam ini. Pastikan keazaman kita dapat membantu saudara kita dengan tidak menimbulkan kesusahan dan pergantungan padanya. Dalam ertikata lain, azam yang dapat membentuk kehidupan kita selesa dan bahagia dengan apa yang kita ada. Tambahnilai sifat-sifat keperibadian sediada agar ianya terserlah dilihat mulia dan berpekerti tinggi. Laksanakan tindakan dengan jujur serta ikhlas. Ana bukan apa, untuk mengingatkan diri ana sendiri. Dengan usia yang akan mencecah setengah abad tahun 2010, ana rasa perlu kepada semua ini.
.
Janganlah jadi saperti kacang yang lupakan kulit. Bila berkilat, cantik dan sedap dikunyah, dia lupa akan asal usulnya. Begitulah antara kejayaan kehidupan yang dicapai berbanding dengan usia . Janganlah kita leka akan usia yang semakin hampir meninggalkan kita dek kerana kesenangan dan keselesaan hidup yang dikecapi. Ingatlah hari perhitungan. Keseronokan hanya sementara. Kehidupan semula itu kekal selamanya.
.
Mudah-mudahan tahun baru 2010 memberi erti buat kita semua. Pertingkatkanlah kesungguhan dan kecapilah nikmat yang ada dan jangan lupa mesyukurinya. Insyaallah segala yang kita lakukan akan diberkati...
Carilah ketenangan.... Masjid Jamek Daerah Segamat
No comments:
Post a Comment