Sudah hampir 3 minggu blog ini tidak dijengok. Seribu alasan boleh diberikan, tapi itu bukannya penyudah kepada sesuatu kegagalan. Apa pun kita masih bernafas lega dengan apa yang kita miliki. Diam tak diam, kita sudahpun sampai kepenghujung tahun masihi 2010. Alhamdulillah kita juga telah mengecapi nikmat tahun baru 1432 H dua minggu yang lepas. Tak banyak yang dapat dipahat diingatan, dilakar dihati dan disentuh disanubari sepanjang tahun 2010 ini. Niat ana untuk ke tanah suci dipenghujung tahun tak kesampaian walaupun niatnya ada dan sedikit usaha telah dibuat. Semuanya atas kehendaknya jua....
Banyak juga event dan lakaran yang tercatat sepanjang tahun 2010. Ana berpeluang berjumpa rakan-rakan sekolah lama yang lebih 30 tahun tidak ketemu. Terima kasih kepada Sdr Alimor yang tak jemu-jemu mengadakan pertemuan kami semua. Tahun ini juga mencatat sejarah tersendiri pabila umur yang ada telah diiktiraf sebagai usia emas 50 tahun dan sewajibnya baki usia yang ada digunakan sebaiknya untuk bekal akan datang. Diperingkat usia sebegini seharusnya tingkahlaku, gerak perbuatan dan ungkapan kata-kata selari dengan usia dan pengalaman hidup yang kita telah lalui. Apapun tahun 2010 memberi seribu kenangan.... ....
Sempena Cuti Sekolah, kami berkunjung ke pameran MAHA di Serdang...seronok berkunjung ke gerai pameran walaupun dalam keletihan separuh hari...
Nenas pun boleh menjadi pintu gerbang....
Gimik kepada pengeluar Kopi Cap Hang Tuah....ingatkan patung, rupanya orang...macam-macam!!!!
Ini baru kepala nyer !! ikan tuna tu...
Tinggal kenangan....
Lembu tempatan...
Hujung minggu lepas, kami ke Hulu Langat ke Nur Lembah Pangsun untuk riadah sambil melihat tempat-tempat menarik bagi aktiviti pelajar ...sebelum beredar balik, kami dibawa melawat sekitar kem tersebut...cantik dan menarik sekali .......
No comments:
Post a Comment