Harta benda dan anak adalah perhiasan dunia. Itu yang sering kita masukkan ketelinga oleh mana-mana penceramah. Perhiasan tentunya cantik dan molek dipandang dek mata dan hati. Selama ini, perhiasanlah yang menjadi pujaan kita semua khasnya kaum hawa.
.
Kalau kita tahu perhiasan itu sesuatu yang sedap dipandang mata, perlulah dijaga dengan baik. Kalau ianya jenis logam, kenalah digilap dan dibersih supaya tidak berkarat atau berkarah dalan loghat orang Melaka. Tidak pudar atau tumbuh kulat. Kalau ia koleh minuman, biarlah tidak geli bila dibibir semasa meneguk air ketekak.
.
Begitulah dengan anak kita yang ana katakan sebagai perhiasan tadi. Didikan yang 'sempurna' perlulah diberikan. Pastikan anak kita tak berkarat , tak berkarah, tidak kotor atau menjadi saperti sampah yang hendak dilupuskan. Pastikan anak kita jadi sesuatu yang boleh digunapakai dengan sebaiknya. Ana ni bukan apa, nak ingatkan juga diri ana sendiri. Ajarlah mereka menghormati ibu bapa, guru dan peraturan hidup yang ada. Bukan biar lantak buat apa mereka suka tanpa kawalan.
.
Anak yang dikatakan perhiasan dunia ni, kini lebih advanced dari apa yang kita sangka. Dia tak terfikir kadang-kadang tempat menimba ilmu tu bukan bapak dia punyer, boleh buat sesuka hati. Tapi kalau dirumah, bukan pijak semut tak mati tapi dipijak dek gajah pun belum tentu mati. Yang sebetulnya, tak ada kawalan lansung dirumah.
.
Apa pun kejadian di sebuah sekolah di Cheras tu, yang nasib baik tak buta di'bantai' guru disiplin tu, pada ana perkara biasa saja. Anak kita sendiripun yang tak seramai mana sukar dikawal. Kalau dah jenis kurang ajar tu, jenistu lah jugak. Susah nak ubah. Semoga mendapat pertimbangan yang wajar bila terima cerita yang macam ni. 1000 murid kat sekolah tak buat hal, tapi dia sorang yang kena belasah. Kenapa agaknya...,baiknya, dah terlampau, tu pasal guru disiplin bagi gincu kat kening dia. Tu pandangan ana, bukan kerana isteri ana Teacher LindaCoop seorang guru. Tapi cerita perangai murid kat sekolah ni, kalau dikumpul, ana dah boleh buat satu buku cerita.
.
Moga titik penyelesaiannya akan tercapai. Guru pun bukan malaikat, insan yang ada hati dan perasaan. Jadikanlah sekolah tempat menimba ilmu untuk masa depan anak-anak kita, bukan tempat anak kita mempamerkan perangai yang seramainya orang benci tapi hanya mak bapaknya saja yang suka. Fikir-fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment