Pages

Saturday, November 28, 2009

Qurban itu Pengorbanan

Pada sebelah petang sebelum magrib dan takbir raya bermula, ana dapat sms dari rakan di JB mengucapkan bahawa berkorban itu adalah satu pengorbanan, seterusnya kejayaan yang diraih juga memerlukan pengorbanan. Selamat Hari Raya Qurban untuk rakan sebilik ana selama 3 tahun semasa menuntut di UPM dulu. Moga Sdr Rodzi Rajimin akan membaca blog ini.
.
Hari Raya yang jatuh pada hari Jumaat tidak banyak yang boleh diketengahkan. Aktiviti Qurban rata-ratanya berlaku hari Sabtu sebab Jumaat kesuntukan masa untuk sembahyang raya seterusnya sembahyang jumaat. Biasanya program qurban dilaksana sebelah pagi.
.
Tahun ini rumah mertua ana sekali lagi menjadi tumpuan untuk program qurban Masjid kariah Pokok Asam. 3 ekor lembu kariah dan seekor dari kerabat isteri Teacher Lindacoop menjadikan 4 ekor semuanya. Sejak 7.30 pagi penyembelihan telah bermula dan tamat jam 11.30 pagi. Petugas sukarela yang ramai telah menjadikan program tersebut tamat lebih awal.
.
Mogo ibadat qurban dapat penghyatan dari kita semua dan insyaallah qurban akan membentuk kemurahan hati serta ketaqwaan iman.

Dari jauh ajer...takut tengok lembu disembelih

Asraf..asyik possing jer, kerja tak siap!

Turut sama potong daging

Tuesday, November 24, 2009

Derma Darah pun OK !

Sempena Hari Inovasi, Integriti dan ICT atau Hari 3i di pejabat tempat ana cari makan pada 23 November 2009 . Selepas beberapa acara sambutan ana berpeluang untuk menderma darah yang dianjurkan. Sejak tahun 2007 ana tak berkesempatan untuk menderma darah. Untuk yang ke 32 kalinya, ana rasa lega dengan peluang yang ada. Moga derma sedikit ini dapat membantu banyak kepada mereka yang memerlukan.
.
Apapun , ana gagal untuk mengeluarkan sejumlah 450 ml saperti dikehendaki kerana mengikut kata nurse bertugas, darah ana terlalu pekat. Tak kisahlah, biar darah pekat asalkan jangan darah manis !






Tak sakit pun!










Sokongan moral ...
Mahyudin, Kamarudin, Mansor dan Minyak


Sunday, November 22, 2009

Kenapa namanya Segamat ?

Dah hampir 1.5 tahun ana bermusafir di Segamat. Lama jugaktu. Sebelumni pun ana ada kata, bermastautin di Melaka, bermusafir di Segamat. Apapun, ana seronok tinggal disini namun rindukan Melaka kerana family ana berada di sana. Sapa yang tak sayang bini dan anak ! .
.
Tak ramai yang tahu mana datangnya nama Segamat ni. Sejak lahir hingga ke liang lahat menjadi orang Segamat, tapi masih tak tahu dari mana datangnya nama tersebut. Semasa ana nak rasmikan tempat ana mencari rezeki bulan Ogos lepas, ana tercari-cari sejarah Segamat untuk persembahan Multimedia. Tanya sana sini hinggakan buka internet nak tahu asal usul Segamat. Mengikut lagendanya, asalnya dari nama sebatang sungai yang cantik dan segar airnya. Suatu ketika dulu, sungai yang tidak bernama itu disinggahi oleh pembesar dari Melaka (negeri analah tu !) untuk mandi dan rehat. Oleh kerana kesegaran yang teramat sangat dirasai selepas mandian tersebut, sungai yang tidak bernama tu diberi nama Segar Amat sehinggalah sekarang yang telah bertukar menjadi Segamat.
.
Segamat yang dikelilingi dek hutan dan estat juga terkenal dengan raja buah tempatan iaitu durian sehingga Segamat digelar sebagai 'Selamat Datang ke Segamat, Bandar Raja Buah'. Seronok bila musim durian, tak seronok sebab tak boleh makan banyak durian...




Replika airterjun di Majlis daerah segamat









Warung dipintu masuk Masjid India Segamat

Tuesday, November 17, 2009

Hujan itu Rahmat

Hujan itu rahmat. Moga begitulah. Biasalah bila hujung tahun, ramalannya memang begitu. Hujan berterusan akan turun tidak mengira waktu. Lebih lagi di Segamat ni yang pernah mengalami banjir besar beberapa tahun dulu. Moga tahun ni, insyallah dijauhkan dari musibah tu. Apapun, hujan kerap turun di Segamat ni. Kadang-kadang seharian tempat ana ialah di office dan dirumah saja. Suasana menjadi muram dan keadaan sejuk diwaktu malam. jadi jimatlah sikit letrik sebab tak perlu pakai aircond .
.
Waktu pagi kerap sangat berkabus. Kadang-kadang jam 8 pagi masih berkabus. Seronok juga jadi orang Segamat. Maksud ana, berkerja atau menetap sementara di Segamat. Bukan menjadi orang Segamat selamanya. Moga suasana ini berterusan untuk beberapa ketika.
'
Ana mengkagumi dan menghayatinya.... Melaka...ada ker suasana begini ?



Hujan di Melaka..belakangtu Menara Masjid AlAzim







Suasana biasa waktu pagi di Segamat....lihatlah PKH Segamat

Sunday, November 15, 2009

Seminggu itu singkat

Rasanya dah seminggu kita dak bertemu baca. Mungkin ana sibuk sikit minggu ini, begitu juga dengan isteri ana Teacher LindaCoop yang juga gak sibuk dan ana pun ikut sama sibuk. Selepas sehari ana di Seminar Cukai tajaan Kesatuan ana di Muar disambut pula dengan program isteri ana, Program 'Heritage Sleepover' dengan peserta terdiri dari murid dan guru bermalam di Flor De La Mar, kapal replika Portugis yang pernah takluk Melaka dulu. Hari sabtu pulak, duk sibuk persiapan Makan Malam Flora, SMK Seri Tanjung yang diadakan di Hotel Equatorial. Tapi sebelum tu, kami sempat ke Melaka Sentral duk cari beberapa barang lagi sebelum menjelang malam. Ana joint sekali sebab isteri ana yang sponser . Selain makan yang agak best jugak, ana sempat berduet dengan isteri ana dalam pertandingan suara emas (karaoke lah tu!) malam tu tapi tak berapa nak menang..sumbang agaknya. Ahad, isteri ana masih ada program yang perlu dilunaskan iaitu menyambut dan mengatur student dari Negara-negara Asean untuk lawatan 3 hari ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia . Ana dan anak-amak, Aqmal yang dah mula cuti semester, Amar dan Aslam terpaksalah dengan agenda yang lain dengan memenuhi jemputan rakan ana di Kg Tedong, Merlimau sebelum balik ke kg asal ana di Sebatu ,Melaka. Sebelum sampai, anak ana sempat beli kupang untuk santapan kupang bakar..
.
Apapun ana seronok dengan situasi tersebut dan ana rasa masa bergerak begitu pantas sekali. Betul ker?



































Pt Pendekar, Merlimau, Melaka


Monday, November 9, 2009

Carilah Keberkatan Usia !


Alhamdulillah, hari ini genap usia ana 49 tahun . Dah hampir senja usia tu...manakan tidak, penyakit sudah mula mengintai, kuasa pandangantelah dilemahkan, hanya mungkin semangat saja yang harus diteruskan. TQ kepada anak ana..Aqmal Hisyam, Amar Haris, Aslam Hadi dan isteri tercinta ana Teacher LindaCoop yang bersusah payah menyediakan juadah untuk santapan Harilahir.

Disamping itu, ucapan selamat juga buat mertua ana, Hj Yunus yang menyambut hari lahir ke 66 pada 7 Nov lepas. Jamuan ringkas telah ditaja oleh anak-anak dan menantu perempuan termasuk isteri ana di Medan Ikan Bakar, Kuala Duyung, Melaka.



Majlis makan petang yang bermula jam 6.00 tamat sejam kemudian. Antara imej yang dapat dirakam oleh lensa hanphone ana..ragam orang makan






Best nyer!!!!!

Saturday, November 7, 2009

Guru pun bukan Malaikat !

Harta benda dan anak adalah perhiasan dunia. Itu yang sering kita masukkan ketelinga oleh mana-mana penceramah. Perhiasan tentunya cantik dan molek dipandang dek mata dan hati. Selama ini, perhiasanlah yang menjadi pujaan kita semua khasnya kaum hawa.
.
Kalau kita tahu perhiasan itu sesuatu yang sedap dipandang mata, perlulah dijaga dengan baik. Kalau ianya jenis logam, kenalah digilap dan dibersih supaya tidak berkarat atau berkarah dalan loghat orang Melaka. Tidak pudar atau tumbuh kulat. Kalau ia koleh minuman, biarlah tidak geli bila dibibir semasa meneguk air ketekak.
.
Begitulah dengan anak kita yang ana katakan sebagai perhiasan tadi. Didikan yang 'sempurna' perlulah diberikan. Pastikan anak kita tak berkarat , tak berkarah, tidak kotor atau menjadi saperti sampah yang hendak dilupuskan. Pastikan anak kita jadi sesuatu yang boleh digunapakai dengan sebaiknya. Ana ni bukan apa, nak ingatkan juga diri ana sendiri. Ajarlah mereka menghormati ibu bapa, guru dan peraturan hidup yang ada. Bukan biar lantak buat apa mereka suka tanpa kawalan.
.
Anak yang dikatakan perhiasan dunia ni, kini lebih advanced dari apa yang kita sangka. Dia tak terfikir kadang-kadang tempat menimba ilmu tu bukan bapak dia punyer, boleh buat sesuka hati. Tapi kalau dirumah, bukan pijak semut tak mati tapi dipijak dek gajah pun belum tentu mati. Yang sebetulnya, tak ada kawalan lansung dirumah.
.
Apa pun kejadian di sebuah sekolah di Cheras tu, yang nasib baik tak buta di'bantai' guru disiplin tu, pada ana perkara biasa saja. Anak kita sendiripun yang tak seramai mana sukar dikawal. Kalau dah jenis kurang ajar tu, jenistu lah jugak. Susah nak ubah. Semoga mendapat pertimbangan yang wajar bila terima cerita yang macam ni. 1000 murid kat sekolah tak buat hal, tapi dia sorang yang kena belasah. Kenapa agaknya...,baiknya, dah terlampau, tu pasal guru disiplin bagi gincu kat kening dia. Tu pandangan ana, bukan kerana isteri ana Teacher LindaCoop seorang guru. Tapi cerita perangai murid kat sekolah ni, kalau dikumpul, ana dah boleh buat satu buku cerita.
.
Moga titik penyelesaiannya akan tercapai. Guru pun bukan malaikat, insan yang ada hati dan perasaan. Jadikanlah sekolah tempat menimba ilmu untuk masa depan anak-anak kita, bukan tempat anak kita mempamerkan perangai yang seramainya orang benci tapi hanya mak bapaknya saja yang suka. Fikir-fikirkanlah...
Sekolah... tempat belajar atau tunjuk lagak?

Thursday, November 5, 2009

Murahkan Hati, Mahalkan Harga Diri

Tengahari tadi baru saja selesai makan tengahari bersama 2Ic ana ( 2Ic tu kalau di kem tentera, second incharged atau orang no 2) .Jamuan teringkas yang pernah ana adakan untuk boss ana ni dan memangnya dah dirancang awal . Beliau akan balik ke Sabah mulai Dis ni dan mungkin sukar untuk jumpanya lagi. Diharap , akan menjadi ingatan dan kenangan buat beliau. Jika ada kesungguhan dan keikhlasan kita akan bertemu lagi. Selamat berangkat ke Sabah Mr Ong.....
.
Biasalah kalau hujung tahun ni, semua keadaan seolah-olah mengejar masa. Cuti sekolah pun makin hampir. Senang cakap, bila sekolah mula bercuti kita akan menjadi lebih menumpukan keluarga dari organisasi. Ibu bapa sedaya upaya akan berusaha untuk memenuhkan masa cuti dengan pelbagai program yang berfaedah. Tak kurang juga yang sudah merancang untuk bercuti jauh dan sebagainya. Baguslah kalau ada kehendak yang begitu.
.
Apa yang ana nak kongsi ni ialah ada antara kita yang berkira sangat untuk menyumbang apatah lagi menderma yang tanpa paksaantu. Kadang-kadang mengeluarkan RM 1 dari saku saperti rugi pendapatan sehari. Kawan ana kata orang macam ni, hilang 10 sen pun dia pergi buat report Polis..punyerler buruk perangai. Perangai terlampau berkira ni bukan sahaja tak baik tapi menimbulkan menyampah rakan-rakan. Dia terlupa dengan sumbangan sedikit akan mencambah menjadi banyak. Dengan derma sedikit, akan meringankan banyak beban pada penerima. Alangkah beruntungnya kita kalau dapat membantu dan mengembirakan mereka. Dr Fadzilah Kamsah dalam bukunya kata , kalau kita mengembirakan dan memberikan keseronokan kpd orang, orang itu pula akan berasa seronok dan gembira untuk membantu yang lain dan begitulah seterusnya. Barulah dunia ini tenteram
.
Percayalah, semakin banyak kita memberi, insyallah semakin banyak yang kita akan terima...wallahwa'lam
.






Dialah penawar dan racun....

Monday, November 2, 2009

Coret-coret pagi Isnin

Diam tak diam dah pun masuk Nov 2009. Bulan ni , bln hari lahir ana. Dah hampir ke penghujung rupanya. Kalau keluk graf ekonomi, puncaknya sudah di atas dan kini menurun bukit. Makin jauh semakin laju kita meninggalkan usia kita.
.
Biasalah bila Isnin, permulaan hari bekerja. Macam letih pun ada, macam lemah dan tak bermaya pun ada. Malas tu cubalah elakkan. Tapi begitulah hakikat kehidupan, lambat panas. Kalau dah panas susah pulak nak berenti. Tulis ni pun untuk seronok-seronok saja. Tu sebab ana gelarkan blog ini blog merapu, tapi kalau dapat komen dari pembaca, mungkin lain pula. Tulisan pun lebih bersopan dan berhemah. Apapun tak ader promosi yang dibuat. Bila ditanya, Teacher LindaCoop isteri ana tu, dia sendiri tak begitu cukup masa untuk membacanya.
.
Masa di highway pagi tadi, ana ader ternampak iklan baru untuk syarikat broadband tanpa wayar yang baru, P1 wimax. Kata promo nya sedap sekali..Sudah Potong ! of course kata iklan dalam TV. Ana suka sangat tengok iklan tu walaupun pringkat mulanya agak macam tak sedap difaham. Dan , tentu ramai lagi yang suka . Jika kita suka, perlulah dilahirkan dengan tindakan. Menyukainya sahaja tidak memadai tanpa tindakan. Zaman dah berubah, dunia dah maju. Bukannya apa, ana pun taklah semuda mana, tapi ana minat tentang dunia tanpa sempadan ni. Guna komputer dan broadband. Jadikan komputer satu keperluan. Jadikan komputer dalam membantu kerja harian kita. Tentu ramai yang macam ana, tak ada ilmu terdidik dalam komputer tapi meminatinya. Tapi sebahagian kita, tak mahu cuba. takut nak cuba dan yang paling malang beranggapan semua itu membebankan mereka. Terpulanglah...
.
Ini bukan promote P1Wimax, kita ada banyak pilihan. Ikut mana yang baik bagi kita. Berubahlah minda, beralihlah tindakan kepada gaya yang baru. Moga ramai rakan dan pembaca akan menyahut cabaran ini.
.
Ana dah potong bertahun-tahun dulu....potong getah