Kini telahpun masuk bulan Zulkaedah dan seterusnya Zulhijjah. Bakal-bakal haji kita telahpun mula berangkat ketanah suci sejak 2 hari lepas. Bukan mudah untuk ketahap ini. Perlukan pengorbanan dan yang penting keyakinan menunaikan ibadah tersebut. Perginya mereka dengan harapan dapat merubah diri terutama dalam amalan keibadatan dan keredaan dalam menempuh hidup kita. Kesungguhan yang ditunjukkan di tanah haram, bukanlah sekadar memenuhkan program menunaikan haji selama lebih kurang 40 hari sahaja, saperti menghabiskan tempoh berkursus. Habis kursus, panasnya pun hilang dan lupa semula . Takkkanlah mengerjakan haji saperti itu. Membazir dan rugilah kita. Ana teringat teman sebilik sewaktu di Mekah dulu ditahun 2001. Pantang larangnya, ikut hukum hakamnya terlalu tinggi serta berbagai lagi peraturan yang begitu tegas harus diikut, sedangkan semuanya hilang apabila pulang ke tanahair. Yang haram tidak dibuat semasa di Mekah, tapi buat tak kisah dan tak nampak saja bila balik ke tanahair.
Ramai yang sanggup berkorban apa saja terutamanya untuk isteri dan anak-anak tetapi tidak terlintas berkorban untuk menjejaki bumi Mekah. Kita tak menjadikan menjejaki Mekah sebagai keutamaan saperti kita memberikan keutamaan pada kereta dan rumah. Kita akan mencari alasan apabila kita tak ada kesungguhan untuk kesana. Bila ada sesuatu keperluan lebih mendesak, maka dipergunakan alasan itu untuk tidak tertunainya rancangan ke Mekah. Bukannya apa, kadang-kadang bertangguh-tangguh itu akan memendekkan masa. Usia tidak menunggu kita. Entahkan sempat, entahkan tidak ,Allah sahaja yang mengetahuinya.
Ana bukannya apa, sekadar memberi semangat dan kekuatan pada sanak saudara dan pembaca untuk membulatkan tekad. Jika tidak tahun ini, mungkin tahun depan. Niat yang baik dan ditanam kukuh akan membuahkan hasil. Ana doakan kepada yang akan menunaikan fardu haji tahun ini akan mendapat keberkatan dan keredaan Allah. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur...insyaallah.
Ana teringat Pak Husin dari Kg Tenang kg, Labis,teman sebilik sebelah katil .... mana nak cari agaknya !
Antara pemandangan sekitar MasjidilHaram
No comments:
Post a Comment