Pages

Thursday, October 15, 2009

Bermusafir di Segamat

Baru sekejap tadi berbuka puasa 6 hari yang akhir. Kononnya esok raya. Dah masuk hari ke 26 Syawal baru nak habis . Mungkin teringat makan lebih banyak dari ibadat. Harap-harap semakin senja menjelang ni, perangai turut berubah ikut peredaran masa. PMR untuk Amar pun dah tamat, serabut kat kepala ni dah bertambah kurang, cerita-cerita pasal perebutan JK Angkasa negeri pun dah kurang didengar. Yang tinggal mungkin pasal Cuti Sekolah dan Cuti Semester yang akan menjelang November ini. Adalah sedikit aktiviti yang dirancang, tapi tak tahu samada jadi atau pun tidak. Yang penting ada perancangan. Ikut kata Uztaz yang ceramah atas bus semasa melancong ke Aceh tempohari, bermusafir ni banyak hikmat dan kebaikkannya. Sebab itulah ana dan keluarga biasanya akan bermusafir seketika pabila cuti sekolah. Tempatnya biasa-biasa saja...

Tulisan ni mungkin merapu sedikit, tapi tak apalah asalkan ana dapat coretkan sesuatu untuk ana, isteri dan anak-anak serta rakan-rakan membacanya. Duk Segamat ni, kalau tak kena cara memang membosankan. Tapi ana selesa sebab beban kerja kat sini ringan sangat. Hari ni saja tak sampai 30 pengunjung ke kaunter kami untuk dapatkan perkhidmatan. Puratanya, 1 pelanggan setiap 15 minit. Alangkah seronoknya. Tapi, kadang-kadang tak ada cabaran lansung, kadang-kadang ada juga keadaan yang tak menang tepis dibuatnya.

Satu lagi, syoknya ana kat sini sebab cuacanya berbeza dengan bandar lain. Kelilingnya banyak estate dan hutan. Selalu juga hujan dan paling seronok selalu ada kabus waktu pagi. Mana nak ada kat Melaka ker atau Muar. Kalau hari berkabus, ana akan cepat ke ofis sebab nak menikmati keadaan yang jarang sekali ada ditempat ana. Perasaan macam kat Cameron Hingland...lama dah tak pergi tu!. Kadang -kadang hingga jam 8 pagi baru kabus hilang.

Apapun, hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Ana hanya rasa... Bermusafir di Segamat, Bermastautin di Melaka ...sampai biler yer ?









Suasana Segamat waktu pagi...

3 comments:

  1. Selamat tinggal di Segamat, Hamzah. Tempat lahir aku dan tempat membesar. Hujung minggu engkau balik Melaka. Aku kalau balik selalu hujung minggu. Kampung aku kat Medoi. Lagi banyak kabus macam yang engkau suka tu.

    ReplyDelete
  2. Tak sangka ada geng yang nak baca blog merapu ni..TQ lah, Medoi tu ada jugak kami sampai..

    ReplyDelete
  3. Nak singgah rumah aku senang aja, dekat mesjid no.47, Jalan Dahlia. Yang ada emak dan adik aku aja. Masuk Medoi buat apa? Orang sana semua tak layak bayar cukai.

    ReplyDelete