Pages

Tuesday, August 18, 2009

Seminggu Sebelum Ramadhan !

Setengah rakan kita memang menunggu-nunggu kedatangan Ramadan, namun setengah yang lain takut akan kehadiran Ramadhan. Ada pula tu yang tak perasan lansung akan kehadiran bulan Ramadhan. Yang menuggu tu , biasanya suka bila tiba bulan Ramadhan. Apa tidaknya, diwaktu siang masa dapat dijimatkan dengan tiadanya waktu makan dan minum. Kalau tidak, pastinya sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari dan minum petang mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 2 jam sehari. Jadi dapatlah digunakan masa tersebut untuk kerja-kerja lain saperti mengemas rumah, masa yang leih untuk berehat atau panjangkan sikit waktu ibadat. Ada juga gembira bila tiba Ramadhan, bukan niat nak puasa kelas pertama, tapi dah terbayang nak tukar langsir, nak buang semua yang lama ganti yang baru, nak beli baju yang dah lama sangat diidamkan sebab janji raya baru nak belikan dan bermacam-macam lagi keinginan. Pokoknya, bila sambut puasa, raya dah terbayang depan mata. Rasanya isteri tercinta saya, Teacher LindaCoop tak begitu....


Yang takut datangnya Ramadhan, lain pulak ceritanya. Kalau kat sekolah, Techer LindaCoop selalu cerita, budak perempuan lagi 'cenekil' dari lelaki sebab dia orangni lagi banyak trick nya... sendiri tanggunglah. Tapi bagi sesetengah rakan ana yang dah mencapai usia separuh abad lain pulak ceritanya. Ada yang mengadu takut kasut longgar bila tiba bulan puasa, terbayang murtabak kat pasar ramadhanlah, teringat nasi beringin dan macam-macam lagi. Cerita beli makan kononnya untuk buat berbuka puasa sering timbul bila bulan puasa bermula. bayangkan, mulai jam 1.00 thari, gerai dah mula jual makanan dan munuman. walaupun dibungkus tapi peliknya tak kanlah minuman berais boleh disimpan dari jam 1.00 hingga 7.15 petang, cairlah ia... jadi sebanarnya untuk apa, tak puasa lah tu...
Moga Ramadhan ini akan memberi keberkatan kepada kita semua... Selamat Berpuasa

1 comment:

  1. KELEBIHAN RAMADHAN :
    Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.
    Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi.
    Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi.

    ReplyDelete