Pages

Sunday, August 30, 2009

Setelah 9 hari berpuasa

Hari ni dah masuk hari kesembilan umat Isalam berpuasa, alhamdullillah nampaknya semua steady. Anak terkecil pun tak mengadu dahaga atau lapar. Walaupun kadang-kadang cuaca tak menentu, mereka semua bersemangat untuk bangun sahur dan mengikut ana ke surau untuk solat sunat tarawikh. Biasanya bila sampai kepertengahan puasa, minda kita juga dah jadi biasa dengan keadaan. Lapar dan dahaga dah tak begitu terasa. Yang penting hati dah tak tenang sebab teringatkan raya yang semakin hampir. Terfikir mungkin baju yang tak beli atau belum siap ditempah, kueh mueh hidangan istimewa raya yang belum dibuat atau dibeli dan macam-macam lagi yang perlu difikir terutama dek orang sebelah kiter. Tapi isteri ana, Teacher LindaCoop tak macam tu, kalau sibuk pun hanya sekadar menyediakan juadah berbuka untuk kami sekeluarga. Macam-macam keinginan tercetus dikepala yang kadang-kadang tercapai hajat atau sebaliknya.
Ada rakan ana kata, mungkin kalau tak ada si hawa di atas muka bumi ni, rasa rasanya tak seronok. lebih extreame lagi ada yang kata kalau tak ada perempuan, mungkin tak ader raya. Betul ker ? Tahu ajerlah kalau harapkan mamat , buat tak reti ajer. Hari biasa atau raya sama saja. Bukan niat ana nak komen kaum hawa tu, tapi begitulah fe'el nya setiap kali menjelang syawal. Tentu sekali gelagat begini begitu dominen dan tak boleh dinafikan. Kiter saperti ana, jangan pulak tidak menimbang lansung semua idea yang dilontarkan, kadang-kadang ader juga yang baik dan boleh pakai. Ikutkan saja asalkan tindakan tidak mengatasi perasaan dan yang paling penting tidak menimbulkan sebarang tekanan. Ada pula rakan ana kata, setiap kali hari terakhir berpuasa, bukan teringat nak takbir raya sebelah malamnya, tak dok mengomel ada perkara lagi yang belum siap, belum beli, belum pasang, belum ambil dan sebagainya.
Apapun tiap tahun kita akan menyambut syawal dan pastinya syawal tetap ader walaupun kita sudah tiada dimuka bumi ini.
Selamat Berpuasa dan jangan lupa untuk membayar zakat fitrah...untuk Negeri Melaka kalau tak silap RM 6.30 seorang.

Tuesday, August 25, 2009

Air Kathirah dan Murtabak Daging

Kekangan masa, maklumlah bulan puasa, ana rasa kurang ruang untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ini. Alhamdulillah dah masuk 4 hari umat islam menunaikan tanggungjawabnya. Esok dah masuk hari ke 5, dan kalau kek dibahagikan dah jadi 1/6 bhg. Syukur....
Semalam ana dan isteri Teacher LindaCoop sempat menjenguk dan menjengah ke Pasar Ramadhan . Tak jauh dari ofis ana, berjalan kaki pun sampai. Lepas waktu pejabat, ambil masa sikit untuk cari makan berbuka. Khemah yang didirikan , tak terbilang oleh ana. Cuma, cuba yangkan padang seluas padang bola, dikelilingi oleh khemah jual juadah berbuka. macam-macam yang dijual bermula dari yang seringan-ringan juadah sehingga seberat-berat juadah yang kalau dimakan masa berbuka perut pun bolah jadi membatu. Kadang-kadang ana rasa, bulan puasa lagi tak dapat kawal makan sebab nafsu makan terlalu tinggi. Maklumlah lapar dan dahaga...
kami sempat membeli beberapa item, saperti biasa pastikan 'jangan tak cukup! '. Dengan membuat satu pusingan padang, kami sempat membeli Air Khatirah, Air Soya, Kueh Kauci, Kuah Talam (ana pun tak pasti), Murtabak Daging, Mee Hoon Goreng, Mee Goreng 2 bungkus dan Rojak. tapi yang paling seronok, anak kami Aslam TES dan Amar Seri Tanjong dah ke KFC beli Family Plate untuk berbuka. Apa pun, ada makanan yang tinggal dan dihabiskan semasa sahur.
Yang bestnya Pasar Ramadhan di tempat ana bermastautin ni ialah ramainya penjual Air Khatirah dan pembuat Murtabak. Sungguh dominan.
Melaka macam mana ?

Tuesday, August 18, 2009

Seminggu Sebelum Ramadhan !

Setengah rakan kita memang menunggu-nunggu kedatangan Ramadan, namun setengah yang lain takut akan kehadiran Ramadhan. Ada pula tu yang tak perasan lansung akan kehadiran bulan Ramadhan. Yang menuggu tu , biasanya suka bila tiba bulan Ramadhan. Apa tidaknya, diwaktu siang masa dapat dijimatkan dengan tiadanya waktu makan dan minum. Kalau tidak, pastinya sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari dan minum petang mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 2 jam sehari. Jadi dapatlah digunakan masa tersebut untuk kerja-kerja lain saperti mengemas rumah, masa yang leih untuk berehat atau panjangkan sikit waktu ibadat. Ada juga gembira bila tiba Ramadhan, bukan niat nak puasa kelas pertama, tapi dah terbayang nak tukar langsir, nak buang semua yang lama ganti yang baru, nak beli baju yang dah lama sangat diidamkan sebab janji raya baru nak belikan dan bermacam-macam lagi keinginan. Pokoknya, bila sambut puasa, raya dah terbayang depan mata. Rasanya isteri tercinta saya, Teacher LindaCoop tak begitu....


Yang takut datangnya Ramadhan, lain pulak ceritanya. Kalau kat sekolah, Techer LindaCoop selalu cerita, budak perempuan lagi 'cenekil' dari lelaki sebab dia orangni lagi banyak trick nya... sendiri tanggunglah. Tapi bagi sesetengah rakan ana yang dah mencapai usia separuh abad lain pulak ceritanya. Ada yang mengadu takut kasut longgar bila tiba bulan puasa, terbayang murtabak kat pasar ramadhanlah, teringat nasi beringin dan macam-macam lagi. Cerita beli makan kononnya untuk buat berbuka puasa sering timbul bila bulan puasa bermula. bayangkan, mulai jam 1.00 thari, gerai dah mula jual makanan dan munuman. walaupun dibungkus tapi peliknya tak kanlah minuman berais boleh disimpan dari jam 1.00 hingga 7.15 petang, cairlah ia... jadi sebanarnya untuk apa, tak puasa lah tu...
Moga Ramadhan ini akan memberi keberkatan kepada kita semua... Selamat Berpuasa

Monday, August 17, 2009

Ramadan Kian hampir

Dalam tempoh 4 hari lagi Seluruh Umat Islam akan menyambut Bulan Ramadhan. Ana ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca . Moga dibulan Ramadhan ini kita semua akan diberi keinsafan dan dapat mendidik nafsu kita yang baik dan sempurna. Ana mohon maaf jika terlanjur kata dan tersilap catat kepada seluruh pembaca.
Selamat Berpuasa....

Friday, August 14, 2009

Lagi Cerita Tentang Selsema Babi H1N1 !!!

Mengikut statistik pagi tadi 14 Ogos 2009 seramai 51 rakyat kita telah meninggalkan dunia ini, kalau ada pun yang masih tinggal dibumi ini hanyalah jasad yang letaknya 7 kaki dibawah permukaan bumi. Ana sebenarnya tak suka nak cerita pasal penyakit ni lagi, sebab kadang-kadang nak sebut perkataan binatang tu pun dah malas. Apa yang ana rasa pelik tetapi yakin dengan ketentuan yang maha esa, majoriti yang meninggal adalah dari bangsa kita, Melayu Islam. Masa dengar khutbah tengahari tadi, penyakit yang berlarutan ni pun diketegorikan sebagai musibah dan pembalasan dari Allah. Nauzubillah Min zaliq. Mudah-mudahan wabak ini dajauhakan dari kita semua.
Berbalik pada cerita tadi, masa ana buat pemeriksaan Ulangan di Putra Hospital pasal sakit Batu Karang ana, rata-rata yang pakai topeng ni adalah orang kita. Tak kiralah yang kerja kat sana atau yang datang nak dapatkan rawatan. Sahabat kita yang suka makan babitu, tak pakai lansung, kalau adapun terlalu minima. Ana agak, apa yang berlaku ialah apabila virus yang nak masuk kebadan kawan kita tu ternampak dah semacam dari mana dia berasal, jadi akhirnya virus tersebut beralih pula kebadan yang dipandangnya sebagai manusia. maka dengan sebab itu, kita yang Melayu Islamlah yang senang sangat terkena sakit ni hingga membawa maut.
Moga kita semua dapat senantiasa berdoa dan kekal berdoa tanpa jemu sehingga penyakitni terhapus dari bumi tercinta ini. Tapi jangan lupa untuk kaum lelaki mungkin ada satu lagi penyakit yang takut terkena iaitu penyakit takut B1N1....
Moga dijauhkan juga musibah tu.....
HamzahMelaka

Monday, August 10, 2009

Cakoi dan Roti Bom

Rasanya dah lima hari ana tidak bersua , mungkin sedikit sibuk atau ada banyak perkara yang ana belum selesai terutamanya ada acara rasmi ditempat ana minggu depan.Nampak macam tak ada apa-apa, tapi didalam hanya ana saja yang tahu. Walaupun wabak Selsema Babi H1N1 masih melanda, berdoa sajalah agak kita semua dijauhi dan dihindari dari penyakit tersebut. Yang peliknya ramai yang 'hilang' dari muka bumi ni bukan kawan kita yang berseronok dan berselera makan babi , tapi dari mereka yang geli dan muntah, bukan nak makan, baunya pun dah meloyakan. Tapi kenapa kita segan silu nak sebut selsematu dengan nama yang sebenar.

Hari Sabtu lepas, setelah habis membantu isteri Cikgu LindaCoop membereskan apa yang patut dirumah, teragak pula nak minum petang. Agak lama juga kami tak ke Jasin, dek kerana semua ada kat rumah termasuk Along UteM yang dicutikan kerana sakit selsema tu , kami pun bergerak ke Lipat Kajang.Ana memang ada sedikit aset kat sana, tapi masih berfikir-fikir samada ingin menetap disana atau tidak. banyak juga banglo dah ditegakkan oleh pembeli. Tapi ana rasanya ianya bergantung pada keadaan dan keselesaan disaat akhir. Mengambil jalan jauh, kami ke Tol Air Keroh dan sempat juga melihat pereambangan Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam (LTABB) yang giat projeknya dan ana rasa tak lama lagi akan siap. Bila siap sudah tentu akan memberi banyak menafaat kepada penduduk Melaka khasnya. Walaupun belum siap sepenuhnya, LTABB terus digunakan oleh penerbangan dari Pekan baru Indonesia dan terkini oleh Firefly antara Melaka dan Singapura.

Melalui lebuhraya kami keluar susur tol Jasin . Agak lengang tol tersebut dan tak kelihatan lansung kereta yang mengambil rehat disitu. Tak tahulah apa nasib tol tersebut hingga kini kurang sangat digunakan pengguna. Mungkin bila Lipat kajang dimajukan, dengarnya akan terbina Pusat Pengajian dan penuhnya perkampungan tersusun Lipat Kajang, keadaannya mungkin berubah. Jalan keluarnya pun dah bertambah baik dan tidak berlubang lagi.

Mengambil masa kira-kira 40 minit, kami pun sampai ke destinasi yang dituju. Dah lama kami tak santai dikedai tersebut sambil makan cakoi , cakoi hotdog atau roti bom, dengan penuh semangat dan ditahap keinginan yang tinggi, keluar dari kereta untuk mengambil tempat duduk. Malangnya kami hanya sempat membeli beberapa paket cakoi dan roti bom untuk bekalan terkini dan bulan puasa sahaja kerana anak tuan punya kedai akan menikah pada hari esoknya. Ana memang sering kesitu untuk membeli stok kerana ana rasa makanan berbentuk deiukian amat ringkas dan senang disediakan.

Walaupun kami gagal menikmati menjamah cakoi yang digoreng oleh 'gadis' anak taukeh, kami masih dapat menikmatinya apabila cakoi yang dibeli digoreng oleh 'mamat' anak anak yang suka memasak tu walaupun jam didinding sudah menunjukkan jam 9.00 mlm. Kami balik melalui Air Molek dan singgah di Tehel untuk menikmati 9 keping Capati, 10 keping Roti Jala dan 4 ketul ayam untuk kami berlima di gerai Pakistan.

Apapun, kami seronok pada petang tersebut....... itulah perangai kami...

HamzahMelaka

Thursday, August 6, 2009

Melaka Diserang Selsema Babi H1N1 !

Belum pun hilang dari benak orang Melaka pasal pemeliharaan babi yang turun temurun di Paya Mengkuang dan tergantungnya kepala babi dirumah salah seorang pemimpin 'kampong', kini Melaka dikejutkan pula dengan penyakit sahabat kepada babi , selsema babi H1N1. Dengan ada angka kematian, membuktikan penyakit tersebut amat serious dan perlu dibendung.
Tapi apa yang ana nampak, saperti petikan berita TV semalam, banyak komen tentang tidak ada kesungguhan yang menyeluruh membenteras penyakit ni. Manakan tidak, ada sebilangan kita yang masih tak tahu tanda-tanda terkena penyakit tersebut. Kini semua klinik di Melaka penuh sejak awal pagi. Tak terkecuali klinik-klinik swasta kerana terlalu bimbang dengan penyakit tersebut. Ana memang akui hal tersebut. Tapi bila ana teringat, uztaz ana kata dulu, tiada penyakit yang berjangkit dan larilah kita dari pesakit kusta. Tapi dalam kes ini, nampaknya ada jangkitan, kalau tak sebagai pesakit, sebagai pembawa pun sudah tidak menyeronokan.
Apa pun pihak berkuasa perlulah bertindak dengan aktif. Mungkin ini ujian pertama untuk Kementeria Kesihatan. Kalau sebelum ni banyak kes kerana pembawaan nyamuk, dia buat kempen 'bunuh' nyamuk. Sembur sana sini, sampai ada kawan ana balik tengah malam buat over time sebab nak bunuh nyamuk. Tapi kali ini, nampak lain pulak. Mungkin bukan dari babi yang ada manusia makan tu, tetapi mungkin dari 'kutu babi' sebab tu lah kita tak bunuh babi yang saya maksudkan. Atau , takut sahabat kita tak dapat makan kalau semua babi dibunuh.
Entahlah, apapun ana rasa kita perlu sentiasa beringat. Pentingnya berdoa agar dijauhi dari melapetaka ini. Orang Melaka kena awas lebih. Dah lama kita bergembira. Maklumlah Melaka Ceria, Melaka Maju 2010. Tapi kalau kena kuarantin satu rumah, pastikan ahli rumah juga diberi kebenaran untuk bercuti. Sebab ikut cerita isteri ana Teacher LindaCoop , suami dan anak dari sekolah yang sama dikuarantin tetapi bila isteri yang berkerja di majikan lain menanyakan samada boleh diberi cuti yang sama, majikan tidak mengizinkan. Maka, kuarantin yang laungkan hanya tinggal sia-sia.
Moga wabak ini akan pulih sedikit masa lagi. Berdoalah.....
HamzahMelaka

Tuesday, August 4, 2009

Satu permulaan yang baik

Berbunga-bunga hati ana bila terbaca komen pembaca blog ana, walaupun rasanya memang kenal orangnya tapi tiada niat untuk memaklumbalas komen tersebut. Biarkan menjadi santapan mata, mudah-mudahan turun kehati. Mungkin etikanya begitu. Kalau ada unsur timbalbalas, perbahasan pulak jadinya. Walaupun nampak tegas komen tu, tapi ana akan membacanya dalam rentak yang cukup berhemah.
Satu respon yang memang ana harapkan agar budaya membaca dan beridea ini dicambahkan. Berkembang mengikut edaran zaman. Kalau nak baca buku, mungkin kurang menarik dan tak boleh diluahkan melaui perkataan. Harap putera-putera ana akan turut sama membudayakan blog ini. Ana akan cuba menambahbaikkan blog ini agar akan ada ruang untuk menyampaikan maklumat serta makluman terkini. Moga satu hari nanti blog ini akan menjadi pengerat silaturahim kita semua.
Wassalam.....hamzahMelaka

Monday, August 3, 2009

Demam Hari Isnin

Dulu masa ana kerja kat KL, zaman bujang masa tu, awek ader tapi kat Melaka dan dah jadi isteri pun kini, memang sering ambil MC kalau tak Isnin mungkin juga Isnin dan Selasa. maklumlah duk jauh, nak lama sikit ronda Bandar Melaka. Bila dah berjanggut putih ni, rasa bersalah jugak, tapi biarkan begitu saja, buat-buat mcam tak ingat ,lama-lama lupalah, tapi dalam 'buku' masih kekal , tak boleh padam.


Kini ana sekali lagi selepas berkeluarga anak 3 hero, travel pagi-pagi , ambil masa lebih 1.30 jam untuk sampai tempat kerja. Dah tak macam dulu lagi, ambil MC suka hati. Kini komited nya lebih, sebab tak mahu lagi rasa macam dulu. Bila sampai ofis mata dah mula kuyu sebab panahan lampu kereta dari depan. Itu memang kelemahan ana. Digagahkan juga, buat kerja macam biasa sebab nak pastikan upah yang dapat itu berkat, nak bagi anak-anak rezeki, isteri pun ader, tapi.... Teacher LindaCoop pun ana belanja juga walaupun dia ada income sendiri. Jadi bila kerja tu kena ikhlas dan jujur. Jangan duk asyik fikir gaji dan pangkat orang lain. selalu ana ulang, setinggi mana income yang kawan kiter dapat, mungkin 10 sen pun kita tak merasa. jadi apa yang kita nak sibukkan fulus orang lain. yang kita punya, kita sayang dan jaga jangan terlepas.


Hari Isnin biasanya lewat nak bertindak, lewat nak berfikir sebab injin belum panas. kalau ada tindakan kerja, mungkin tangguh hingga selasa sebab hari Isnin macam rasa nak rehat lagi. Tapi, hari ni lebih rasa rehatnya kerana sistem komputer kami 'down' sejak pagi. maklumlah kerja tempat terpencil kerap sangat berlaku macam tu. Macam faham-faham jer, bukan ana yang demam, komputer pun demam. sampai kepetanglah duk kerja , orang melaka kata 'mengepis' tak tahu apa nak buat.


Isteri ana selalu pesan, buatlah benda yang berfeadah... insyallah akan ana usahakan..

hamzahMelaka

Sunday, August 2, 2009

petanq 'double' Terbuka Melaka dan Hari KOHEM

Dua hari ni memang sibuk sikit, isteri tercinta Teacher LindaCoop sama sibuk, Bendahari Persatuan Petanq Negeri Melakalah katakan... Ana pun turut sama memesrakan keadaan dengan turut serta dalam aktiviti tersebut. Bermula dari pagi Sabtu KOPSERTA turut sama ambil bahagian dalam Hari KOHEM SMK Seri Tanjong dan disambung dengan Petang di Gelanggang Petanq berdekatan sekolah dan sehinggalah menanti siapakah juara pada petang Ahad. KOHEM nampaknya macam berjaya dan 'bergaya' dengan penyertaan yang pada pendapat ana amat menggalakkan. Tentu banyak untuk yang dapat.....
Apa yang ana nak cerita ialah lebih kepada tentang Petanq. Rasanya teramat 'grand' pertandingan tu sehingga TYT Negeri Melaka yang rasmikan . Malangnya selepas jamuan , malam tu jugak pihak JKR dan Penerangan dah angkut barang-barang mereka sebaik saja TYT meninggalkan majlis. Tinggallah petugas dengan 'pembesar suara asli' untuk teriak dan panggil ketua pasukan bagi cabutan undi. Itulah fitra kehidupan, tunjuk baik dan elok depan orang yang dipandang 'paling atas', bila dengan yang lain.. 'siapa kau' aku nak layan...
Yang paling menarik tentang petanq ni adalah sambutan dari seluruh pelusuk negara kecuali Sabah dan Sarawak yang sedia datang untuk menyertainya. Hebatkan ? itulah yang dikatakan minat. Andai pertandingan dibuat diserang laut sekali pun, sanggup kumpul wang dan luangkan masa untuk datang. Ana memang tabik... rasanya ana tak sanggup buat macam tu... setakat baling bola besi tu, dalam keadaan hujan dan panas, gelanggang tanpa atap, panas batu dan pasir bila gelanggang dipanah matahari, rasanya banyak lagi permainan yang lebih menyeronokkan..
Kadang-kadang ana terfikir , Petanq ni bukan satu sukan tetapi lebih kepada hobi , sebab kesungguhan dan sifat tidak kisah tentang makan, tempat tinggal dan keselesaan dari pemerhatian ana tidak dipentingkan lansung oleh peserta. Perkara ini ana dah luahkan kepada Cikgu LindaCoop dan dia macam 'nak' setuju dengan pendapat ana. Tak ubah macam kaki pancing, sanggup tidur tepi pantai atau sungai demi menunggu umpan diragut ikan, tak kira waktu, hujan dan sebagainya. "Keseronokkan" menyertai Petanq sangat tinggi dikalangan peserta, manakan tidak, kalau yang tersingkir awal, diukur dari segi perniagaan memang merugikan sebab pendaftarannya saja sudah RM 60 untuk lelaki dan RM 50 untuk wanita. Itu tidak masuk minyak dan tol dan makan selama 2 hari yang ditanggung sendiri.
Apapun kerana minat dan 'hobi', kita memang sanggup mengeluarkan sejumlah belanja, manalah tahu dengan pelaburan yang sedikit tu akan memberikan sejumlah RM 2500.00 jika bergelar juara. Juara cuma sepasukan, yang tersingkir sudah pastinya ramai tapi jangan lupa kita juga boleh mengeluarkan sejumlah wang dengan bersedekah untuk pelaburan yng lebih kekal dan besar pulangannya... wallahwa'lam
hamzahMelaka

Saturday, August 1, 2009

Salam Perkenalan

Alhamdulillah, selepas bersusah payah , bukan setakat untuk membuat blog ini tetapi bersusah payah mendapatkan sifu bagi mengajar cara membuat blog ini, akhirnya tercapai juga dengan bantuan Cikgu Jumali. TQ Cikgu Jumali..... insyaallah ilmu yang sedikit dicurahkan akan memberi menaafaat kepada semua.

Hajat ana untuk membina blog ini amatlah tinggi, sehingga kehari ini barulah hajat itu tercapai. Itu pun selepas isteri tercinta ana menyatakan yang dia dah ada blog sendiri sedangkan yang ana tahu isteri ana ni tak begitu 'mesra komputer' . Tercabar betul rasanya.... apa pun TQ sekali lagi pada Cikgu Jumali atas bantuan dan tunjukajar dan insyaallah blog ini akan memberi menafaat kepada diri ana sendiri, isteri tercinta.... Cikgu LindaCoop dan anak-anak ana Aslam yang masih belajar di SK Tengkera 1, Amar SMK Seri Tanjung dan Aqmal UTeM.

Kepada pembaca lain, ana ucapkan TQ kerana sudi membaca blog ini dan ana harap blog ini akan menjadi pilihan anda semua.

Salam perkenalan........hamzahMelaka