Pages

Wednesday, December 30, 2009

Cemerlangkan azam 2010 !!!!

Kadang-kadang ada antara kita menganggap, bila sampai tamatnya satu tahun, maka berakhirlah satu 'episod'. Bila bermula tahun baru, maka bermulalah episod yang baru. Seolah-olah macam drama bersiri dalam TV. Maka dengan sebab itu, ramai diantara kita akan mencetak senarai azam yang baru pabila tahun baru muncul. Senarai azam lama, entahkan terhasil atau termakbul dah tak penting lagi. Dibibir kita hanya terlintas soalan dan angan-angan dengan azam yang baru.
.
Bercita-cita kononnya untuk berhenti merokok, berhenti beradu nasib di ENE, berangan-angan mendapat keuntungan lebih atau apa saja berbentuk pengharapan material adalah azam lapuk yang sepatutnya tak perlu diulang untuk tempoh puluhan tahun. Azam yang begitu, ana dah dengar sejak ana berhingus lagi hinggalah kini.
.
Cubalah kita beralih arah yang berbeza sedikit dalam mengolah azam ini. Pastikan keazaman kita dapat membantu saudara kita dengan tidak menimbulkan kesusahan dan pergantungan padanya. Dalam ertikata lain, azam yang dapat membentuk kehidupan kita selesa dan bahagia dengan apa yang kita ada. Tambahnilai sifat-sifat keperibadian sediada agar ianya terserlah dilihat mulia dan berpekerti tinggi. Laksanakan tindakan dengan jujur serta ikhlas. Ana bukan apa, untuk mengingatkan diri ana sendiri. Dengan usia yang akan mencecah setengah abad tahun 2010, ana rasa perlu kepada semua ini.
.
Janganlah jadi saperti kacang yang lupakan kulit. Bila berkilat, cantik dan sedap dikunyah, dia lupa akan asal usulnya. Begitulah antara kejayaan kehidupan yang dicapai berbanding dengan usia . Janganlah kita leka akan usia yang semakin hampir meninggalkan kita dek kerana kesenangan dan keselesaan hidup yang dikecapi. Ingatlah hari perhitungan. Keseronokan hanya sementara. Kehidupan semula itu kekal selamanya.
.
Mudah-mudahan tahun baru 2010 memberi erti buat kita semua. Pertingkatkanlah kesungguhan dan kecapilah nikmat yang ada dan jangan lupa mesyukurinya. Insyaallah segala yang kita lakukan akan diberkati...













Carilah ketenangan.... Masjid Jamek Daerah Segamat

Tuesday, December 29, 2009

Bertambahnya Usia !


Alhamulillah, dalam kesuntukan masa, ana dan anak-anak masih sempat meraikan birthday isteri ana Teacher LindaCoop yang ke 45 yang jatuhnya pd 25 Dis lepas di Pizza , Giant Batu Berendam. Juga sempena kejayaan memberansangkan serta tak disangka anak ana Amar dalam PMR baru-baru ni, juga boleh dianggap sebagai pencapaian 3 pointer anak ana Aqmal UTEM serta penutup kepada tahun 2009.
.
Moga semuanya akan terkesan kepada semua dengan harapan menjanjikan kesempurnaan untuk masa mendatang. Buat isteri ana Teacher LindaCoop, moga akan lebih ceria dengan pertambahan usia. Buat anak-anak ana, berilah tumpuan dan kejituan dalam menimba ilmu dan sentiasalah ingat pesan mama kalian.... Sayang Mama !





Amar dan Aqmal..




Monday, December 28, 2009

Dari Putrajaya ke Tambun....

Sekali lagi ana menerima jemputan majlis kahwin anak rakan ana. Kali ini di Precint 18 Putrajaya. Rakan baik ana ni memang dah kenal lama sejak sama-sama dalam pasukan AW beberapa tahun lalu. Beliau ketika itu berpangkat Kapten. Sdr Nazar yang kini bertugas semula di ibu negara KL setelah beberapa tahun bertugas di Kuching Sarawak . Ana juga sempat kesana semasa beliau berada di Sarawak. Walaubagaimanapun ana gagal merakamkan gambar beliau.
.
Setelah selesai majlis, ana dan keluarga terus ke rumah beras (biras) ana di Precint 8. Rasanya dah lebih setahun ana tak ke sana. Selepas berbual panjang disebelah petangnya, kami ke Alamanda untuk santapan mata. Sempat juga beberapa kali balingan bola bowling dan kemudiannya makan malam sebelum pusing-pusing sekitar Putrajaya. Oleh kerana ada tawaran bermalam, kamipun terus terima tawaran untuk bermalam di Putrajaya.
.
Esoknya (Ahad) , selepas minum pagi, kami terus menuju ke Ipoh. Tak ada perancangan pun untuk ke sana. Oleh kerana promosi yang terlalu kerap, ana inginkan kepastian kecanggihan Lost World of Tambun . Terjawab juga akhirnya dan kami menghabiskan masa sehingga 3.00 petang sebelum berangkat pulang.
.
Apapun, hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dipenuhi dengan aktiviti tanpa dirancang . Walaubagaimana pun , perjalanan itu memenatkan sebab sepanjang perjalanan pulang kami terperangkap dalam kekesakan lebuhraya menghala ke KL....
Alamanda dan Malam Putrajaya















Tambun...oh Tambun
























Saturday, December 19, 2009

Lagi Ketemu Rakan Semenggok

Baru-baru ini sekali lagi ana bertemu dengan rakan sekelas dari tingkatan 2 hingga 5 di SMSJ adalah juga rakan Semenggok di Sarawak (UPM) dulu. Ana memenuhi jemputan kahwin Sdr Ased Shamsuddin untuk anak pertama beliau. Alhamdulillah ,perjalanan kami ke Kg Kundang Ulu mengingatkan kembali satu masa dulu ana dan beberapa rakan pernah kesana dengan menunggang motosikal. Ketika itupun Allahyarham Datuk Kiai Hj Shamsuddin masih ada . ...Kini semuanya dah berubah.
.
Sdr Ased yang kini bertugas sebagai Pengetua SMK Bukit Serampang, juga adalah adik kepada Mufti Kerajaan Negeri Johor. Apapun ana bersyukur dapat bertemu beliau walaupun dalam masa singkat, tapi kami masih dapat bergurau sapertimana dulu juga. Ana juga sempat menyampaikan salam Sdr Nasa yang kini menetap di Sabah dan menyerahkan pemberian dari Sdr Nasa .
.
Moga pertemuan ini akan berterusan dan meninggalkan kesan abadi buat rakan-rakan semua. Sebelum meninggalkan majlis, ana sempat bergurau tanya dengan Sdr Ased... majlis untuk cikgu bila pulak...eheem?......jangan marahhh..

Wednesday, December 16, 2009

Kenapa ke Sabah ?

Memang dah dirancang awal, kami akan bercuti di sabah tahun ini. Setakat itu sajalah yang kami mampubelanja. Ini adalah kali kedua trip ana bersama keluarga ke Sabah. Rancangan awalnya, ana nak bawa ibu bapa Teacher LindaCoop sekali (mertua analah tu !) tapi terpaksa dibatalkan disaat akhir gara-gara demam panas sehingga dimasukkan ke hospital beberapa minggu sebelum berangkat. Ditakuti sakitnya berulang, walaupun ana sekeluarga agak kecewa, namun terpaksalah dibatalkan hasrat tersebut.
.
Kali ini, ada kelainan sedikit dengan menggunakan khidmat agen pelancongan yang teratur lagi memudahkan. Kami terus dibawa ke Kundasang untuk bermalam disana. Hujung tahunni, biasalah cuacanya sejuk apatah lagi bila malam hari. Kami berkesempatan melihat sebentar Gunung Kinabalu(... bukan Gunung Kinajanda) diwaktu pagi, melawat Desa Diary Farm yang sangat menarik suasana dan pandangan serta air panas Poring. Meniti canopy walk sejauh hampir 100 meter membuatkan kami rasa seronok walaupun penat dan letih.
.
Apapun santai kami selama 4H 3M mulai 12 hingga 15 Dis 2009, amat berbaloi dan meninggalkan kesan. Semasa dalam penerbangan, isteri ana Teacher LindaCoop sempat bersembang dengan Paramugari bertugas. Menurut mereka, sejak sekolah mula bercuti, penerbangan ke Sabah pergi dan balik sentiasa penuh.... Adakah kerana seronok ke Kundasang berbanding Cameron Highland atau tahap mampu belanja telah bertambah atau Sabah menarik dimata ramai.
.
Ana tak kisah semua tu asalkan dapat cuci mata di Pulau Manukan, Pulau Sapi atau Pulau .... (dah lupa dah!)

.... semalam di Kundasang...







.....Sekitar Bandaraya KK...



....ke Pulau Sapi, Taman Negara Tuanku Abdul Rahman....




Ketemu Rakan Semenggok

Alhamdulillah, setelah hampir 30 tahun, sempena percutian ana di sabah baru-baru ni, ana telah diatur untuk ketemu rakan sepengajian di UPM Semenggok, Kuching, Sarawak satu ketika dulu. Sdr Nasaruddin atau lebih senang dengan panggilan Nasa , telah diatur temu oleh Sdr Md Nor yang berkhidmat di Sabah. Ana telah dijemput dari tempat penginapan dan seterusnya sembang-sembang malam di sebuah gerai agak istimewa.
juga.
.
Lebih teruja lagi, kami sekeluarga dijemput untuk santapan malam bersama Sdr Md Nor pada malam terakhir kami disana. Terima kasih kepada Sdr Nasa yang bersusah payah melayan kami sekeluarga. Ikhlas dari anak-anak ana, yang sentiasa memuji hidangan yang disediakan. Terima kasih banyak dan diharap Sdr Nasa yang telah menetap sejak 1984 di Sabah, berkeluarga di sana, akan sentiasa beroleh keberkataan dalam apa saja yang dilakukan. Moga ketemu dilain waktu.
.
Ana suka ke Sabah, tapi tak mahu jadi orang Sabah bah !!!






... bersama Sdr Md Nor selepas makan mlm di rumah Sdr Nasa ..

Thursday, December 3, 2009

Musim Mendirikan Masjid

Biasalah bila tiba musim cuti sekolah, 2 event yang biasa berlaku, pertamanya melancong bersama keluarga dan keduanya kenduri mendirikan masjid. Sejak dari mula cuti sekolah, dah bertimbun kad jemputan diterima. Kalau tak dicatit dipapan putih biar senang dilihat, ada juga yg terlupa nak penuhi jemputan. Maaf sajalah mana yang tertinggal.
.
Yang buat kenduri kahwin pun macam dah tak ada masa lain. Tunggu cuti sekolah, kononnya anak buah dan saudara mara ramai membantu. Zaman sekarang ni dah tak pakai tu semua. Semuanya ada perundingcara perkahwinan dan makan minumnya dibayar , asalkan semua beres, hatipun senang. Tapi itu terpulang pada diri sendiri. Tepuk dada, tanya selera dan poket. Janganlah berhabis dek kerana nak bergaya dan menunjuk-nunjuk. Habis majlis salam kautnya pun belum tentu dapat kambus separuh lubang. Akhirnya, pengantin seronok, mak bapak yang merana.
.
Dulu, masa dan zaman ana nak kawin, wang cari sendiri. Kalau rundingnya baik, wang hantarannya tak seberat mana. Bab ni ana kena ucap terima kasih kat bapa isteri ana Teacher LindaCoop (mertuaku lah tu!)yang rasanya tak membebankan ana bila nak menikah dengan anaknya. Walaupun separuh papa masa tu, tapi alhamdulillah semuanya beres. Mas kawin pun tak hutang !.
.
Apapun yang lebih penting adalah pengisian selepas kahwin. Perkongsian yang dipersetujui bersama haruslah dijaga dan diatur dengan baik agar ianya berkembang dan memberi pulangan yang lumayan. Paling penting adalah perancangan hidup walaupun kita tak berapa nak perasan pada masa kita masih kecil ianya harus diteruskan hingga kita hampir ke liang lahat.
.
Kepada yang menerima menantu dan mengadakan majlis mendirikan masjid, moga tabah dan didoakan majlis berjalan lancar. Ana lambat lagi.....isteripun baru satu...haha
.
.
.
.
Selamat Pengantin Lama...

Saturday, November 28, 2009

Qurban itu Pengorbanan

Pada sebelah petang sebelum magrib dan takbir raya bermula, ana dapat sms dari rakan di JB mengucapkan bahawa berkorban itu adalah satu pengorbanan, seterusnya kejayaan yang diraih juga memerlukan pengorbanan. Selamat Hari Raya Qurban untuk rakan sebilik ana selama 3 tahun semasa menuntut di UPM dulu. Moga Sdr Rodzi Rajimin akan membaca blog ini.
.
Hari Raya yang jatuh pada hari Jumaat tidak banyak yang boleh diketengahkan. Aktiviti Qurban rata-ratanya berlaku hari Sabtu sebab Jumaat kesuntukan masa untuk sembahyang raya seterusnya sembahyang jumaat. Biasanya program qurban dilaksana sebelah pagi.
.
Tahun ini rumah mertua ana sekali lagi menjadi tumpuan untuk program qurban Masjid kariah Pokok Asam. 3 ekor lembu kariah dan seekor dari kerabat isteri Teacher Lindacoop menjadikan 4 ekor semuanya. Sejak 7.30 pagi penyembelihan telah bermula dan tamat jam 11.30 pagi. Petugas sukarela yang ramai telah menjadikan program tersebut tamat lebih awal.
.
Mogo ibadat qurban dapat penghyatan dari kita semua dan insyaallah qurban akan membentuk kemurahan hati serta ketaqwaan iman.

Dari jauh ajer...takut tengok lembu disembelih

Asraf..asyik possing jer, kerja tak siap!

Turut sama potong daging

Tuesday, November 24, 2009

Derma Darah pun OK !

Sempena Hari Inovasi, Integriti dan ICT atau Hari 3i di pejabat tempat ana cari makan pada 23 November 2009 . Selepas beberapa acara sambutan ana berpeluang untuk menderma darah yang dianjurkan. Sejak tahun 2007 ana tak berkesempatan untuk menderma darah. Untuk yang ke 32 kalinya, ana rasa lega dengan peluang yang ada. Moga derma sedikit ini dapat membantu banyak kepada mereka yang memerlukan.
.
Apapun , ana gagal untuk mengeluarkan sejumlah 450 ml saperti dikehendaki kerana mengikut kata nurse bertugas, darah ana terlalu pekat. Tak kisahlah, biar darah pekat asalkan jangan darah manis !






Tak sakit pun!










Sokongan moral ...
Mahyudin, Kamarudin, Mansor dan Minyak


Sunday, November 22, 2009

Kenapa namanya Segamat ?

Dah hampir 1.5 tahun ana bermusafir di Segamat. Lama jugaktu. Sebelumni pun ana ada kata, bermastautin di Melaka, bermusafir di Segamat. Apapun, ana seronok tinggal disini namun rindukan Melaka kerana family ana berada di sana. Sapa yang tak sayang bini dan anak ! .
.
Tak ramai yang tahu mana datangnya nama Segamat ni. Sejak lahir hingga ke liang lahat menjadi orang Segamat, tapi masih tak tahu dari mana datangnya nama tersebut. Semasa ana nak rasmikan tempat ana mencari rezeki bulan Ogos lepas, ana tercari-cari sejarah Segamat untuk persembahan Multimedia. Tanya sana sini hinggakan buka internet nak tahu asal usul Segamat. Mengikut lagendanya, asalnya dari nama sebatang sungai yang cantik dan segar airnya. Suatu ketika dulu, sungai yang tidak bernama itu disinggahi oleh pembesar dari Melaka (negeri analah tu !) untuk mandi dan rehat. Oleh kerana kesegaran yang teramat sangat dirasai selepas mandian tersebut, sungai yang tidak bernama tu diberi nama Segar Amat sehinggalah sekarang yang telah bertukar menjadi Segamat.
.
Segamat yang dikelilingi dek hutan dan estat juga terkenal dengan raja buah tempatan iaitu durian sehingga Segamat digelar sebagai 'Selamat Datang ke Segamat, Bandar Raja Buah'. Seronok bila musim durian, tak seronok sebab tak boleh makan banyak durian...




Replika airterjun di Majlis daerah segamat









Warung dipintu masuk Masjid India Segamat

Tuesday, November 17, 2009

Hujan itu Rahmat

Hujan itu rahmat. Moga begitulah. Biasalah bila hujung tahun, ramalannya memang begitu. Hujan berterusan akan turun tidak mengira waktu. Lebih lagi di Segamat ni yang pernah mengalami banjir besar beberapa tahun dulu. Moga tahun ni, insyallah dijauhkan dari musibah tu. Apapun, hujan kerap turun di Segamat ni. Kadang-kadang seharian tempat ana ialah di office dan dirumah saja. Suasana menjadi muram dan keadaan sejuk diwaktu malam. jadi jimatlah sikit letrik sebab tak perlu pakai aircond .
.
Waktu pagi kerap sangat berkabus. Kadang-kadang jam 8 pagi masih berkabus. Seronok juga jadi orang Segamat. Maksud ana, berkerja atau menetap sementara di Segamat. Bukan menjadi orang Segamat selamanya. Moga suasana ini berterusan untuk beberapa ketika.
'
Ana mengkagumi dan menghayatinya.... Melaka...ada ker suasana begini ?



Hujan di Melaka..belakangtu Menara Masjid AlAzim







Suasana biasa waktu pagi di Segamat....lihatlah PKH Segamat

Sunday, November 15, 2009

Seminggu itu singkat

Rasanya dah seminggu kita dak bertemu baca. Mungkin ana sibuk sikit minggu ini, begitu juga dengan isteri ana Teacher LindaCoop yang juga gak sibuk dan ana pun ikut sama sibuk. Selepas sehari ana di Seminar Cukai tajaan Kesatuan ana di Muar disambut pula dengan program isteri ana, Program 'Heritage Sleepover' dengan peserta terdiri dari murid dan guru bermalam di Flor De La Mar, kapal replika Portugis yang pernah takluk Melaka dulu. Hari sabtu pulak, duk sibuk persiapan Makan Malam Flora, SMK Seri Tanjung yang diadakan di Hotel Equatorial. Tapi sebelum tu, kami sempat ke Melaka Sentral duk cari beberapa barang lagi sebelum menjelang malam. Ana joint sekali sebab isteri ana yang sponser . Selain makan yang agak best jugak, ana sempat berduet dengan isteri ana dalam pertandingan suara emas (karaoke lah tu!) malam tu tapi tak berapa nak menang..sumbang agaknya. Ahad, isteri ana masih ada program yang perlu dilunaskan iaitu menyambut dan mengatur student dari Negara-negara Asean untuk lawatan 3 hari ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia . Ana dan anak-amak, Aqmal yang dah mula cuti semester, Amar dan Aslam terpaksalah dengan agenda yang lain dengan memenuhi jemputan rakan ana di Kg Tedong, Merlimau sebelum balik ke kg asal ana di Sebatu ,Melaka. Sebelum sampai, anak ana sempat beli kupang untuk santapan kupang bakar..
.
Apapun ana seronok dengan situasi tersebut dan ana rasa masa bergerak begitu pantas sekali. Betul ker?



































Pt Pendekar, Merlimau, Melaka